Penyanyi Wany Hasrita tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila anak didiknya, Qal Daienesh, tersingkir pada minggu keempat The Chosen One 2024 yang berlangsung Jumaat lalu. Dalam pandangannya, keputusan itu terasa tidak adil, kerana Wany percaya Qal telah menunjukkan banyak peningkatan sejak awal pertandingan.
“Sebagai coach, sudah tentu saya merasa sedih. Kami sudah merancang pelbagai strategi untuk minggu hadapan, tetapi inilah hakikat pertandingan, ada yang terpaksa pergi. Ini juga adalah pengalaman pertama saya di rancangan televisyen, jadi saya menghormati keputusan tersebut.”
Namun, Wany berpendapat Qal tidak seharusnya tersingkir, kerana dia telah berusaha keras untuk memperbaiki persembahan.
Ads
“Kami telah mencuba mempelbagaikan genre nyanyian, dan saya menghargai pandangan Datuk Awie. Dalam dunia nyanyian, perubahan memerlukan masa. Mungkin Qal belum sepenuhnya mengubah gaya nyanyiannya, tetapi kami telah berusaha sebaik mungkin.”
Walaupun Qal telah tersingkir, Wany tetap memberikan semangat untuknya meneruskan perjalanan dalam dunia muzik.
“Jangan berhenti menyanyi! Awak mempunyai pakej yang lengkap dan suara yang jarang ditemui. Setiap penyanyi memiliki keistimewaan, dan Qal punya keunikan tersendiri.”
Ads
Wany juga menyatakan keterbukaannya untuk berkolaborasi dengan Qal jika ada peluang.
“Jika ada rezeki untuk menghasilkan lagu atau berduet, saya sangat berbesar hati. Keistimewaan Qal sukar dicari di zaman sekarang.”
Ads
The Chosen One 2024 menampilkan Dato’ Awie sebagai juri tetap bersama Jaclyn Victor, penyanyi bertaraf antarabangsa. Rancangan ini juga menyaksikan kehadiran coach-coach ternama seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, serta pasangan kembar berbakat Firdaus dan Fahimi Rahmat.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Chosen One 2024 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104)!
Dalam kawasan hutan yang rimbun, hiduplah sekumpulan katak yang bermain dengan gembira di dalam sebuah kolam. Mereka hidup dalam keadaan yang aman dan damai, menikmati kebebasan berenang dan bergurau senda tanpa kerisauan.
Namun, ketenangan tidak selamanya bertahan di alam liar, satu ancaman hadir yang akan menguji kecerdikan dan kerjasama mereka.
Pada suatu hari, seekor ular besar menjumpai kolam tersebut. Dengan mata yang bersinar memandang sekumpulan katak, ular itu menganggap mereka sebagai makanan yang sedap. Sang ular dengan niat jahat, merancang untuk menangkap salah satu dari mereka.
Namun, sebelum dia berhasil melakukan niatnya, satu rancangan cerdik telah disusun oleh salah satu katak yang paling pandai di antara mereka.
Katak ini, dengan keberanian dan kecerdikan, menghadapi ular tersebut. Dia menawarkan diri dan kawannya sebagai tawanan kepada ular, dengan harapan untuk mengalihkan perhatian si ular sehingga yang lainnya boleh melarikan diri.
Strategi ini yang terdengar sebagai penyerahan diri, sebenarnya adalah bahagian dari perancangan yang lebih besar untuk menyelamatkan seluruh kumpulan katak dari bahaya.
Dengan perancangan yang matang, katak tersebut memberi isyarat kepada kawannya untuk berenang ke arah yang berlawanan, sementara dia sendiri memancing perhatian ular dengan tindakannya.
Rancangan itu berhasil, sementara ular tertumpu pada katak yang berani itu manakala katak-katak yang lain berhasil melarikan diri. Akhirnya, melalui keberanian dan kecerdikan seekor katak, seluruh kumpulan berhasil diselamatkan dari menjadi makanan si ular.
Kisah ini tidak hanya menunjukkan kecerdikan dan keberanian, tetapi juga pentingnya kerjasama dan kepercayaan di antara satu sama lain dalam menghadapi bahaya.
Pada usia anak semakin membesar, anak sudah mula pandai memegang pensil untuk menulis. Pun begitu anak masih keliru untuk menggunakan mana tangan yang sesuai dan dominan untuk mereka melakukan pelbagai perkara termasuklah menulis.
Melalui perkongsian Ahli Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, terdapat 5 ujian yang boleh dijalankan secara santai terhadap anak untuk mengesan kecenderungan tangan mereka sewaktu melakukan aktiviti.
“Macam mana nak tahu anak kita dominan tangan kiri atau kanan?”
Ini antaran ujian ringkas yang ibu ayah atau cikgu boleh test kepada anak-anak.
Hand dominance akan berkembang sekitar umur 2-3 tahun dan matang apabila dah masuk 5-6 tahun. Kalau 5-6 tahun masih belum develop hand dominance, boleh jalankan ujian ini. Kadang-kadang kita tak perasan kecenderungan tangan mereka.
1. Bean bag
Cuba bagi bean bag di hadapan anak anda dan lihat tangan mana yang akan diguna untuk mengambil dan membaling bean bag.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
2. Bola
Guna bola kecil seperti bola tenis untuk membaling. Perhatikan tangan mana yang dia guna untuk membaling.
3. Makanan kegemaran.
Letakkan makanan kegemaran (yang kering) anak anda di tengah-tengah meja. Biar mereka ambil. Perhatikan tangan mana yang mereka guna dahulu untuk ambil.
4. Menaip atau ‘touch screen’
Boleh guna alat berteknologi tinggi seperti komputer atau tablet untuk mengesan tangan mana yang anak anda selalu guna.
5. Handwriting
Letak pensel di tengah meja. Lihat tangan mana yang digunakan untuk mengambil pensel. Pastikan tiada verbal prompts atau arahan untuk ubah tangan. Kita nak lihat secara spontan ‘hand dominance’ tersebut.
Ujian-uijan tersebut perlu dilakukan dalam situasi santai. Kesemua lima ujian di atas harus dilakukan dalam situasi santai dan tidak formal. Kita hendak mengesan kecenderungan tangan.
Selamat mencari kecenderungan! Semoga di dunia kita lefty, tapi menerima amalan baik di akhirat dengan tangan kanan.
Anak perempuan sememangnya cukup istimewa. Dikurniakan dengan pelbagai emosi dan pelbagai, kelembutan dan kasih sayang dari dalam, maka jiwa halus dan lembut perlu dibajai dengan kasih sayang.
Namun dalam menerapkan kasih sayang yang tepat, terapkanlah ilmu asas dalam diri agar anak perempuan tahu akan batas-batas yang perlu dijaga sebaiknya.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, didiklah anak perempuan kita dengan ilmu-ilmu ini sebelum mereka menginjang usia remaja. Ini penting!
Anak perempuanmu harus menjadi wanita yang ‘Iffah. Didiklah 8 perkara ini sebelum anak perempuan masuk umur remaja
1. Didiklah dia rasa malu dengan lawan jantina.
2. Ajari dia cara untuk berkata TIDAK / NO pada perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya.
3. Didiklah dia untuk bersikap agak tegas pada orang luar tetapi berlemah lembut dengan keluarganya.
4. Bagitahu dia bahawa rasa malu itu benteng pertahanan terkuat seorang wanita
5. Ajari dia untuk ada pendirian agama yang kukuh dan kuat walau apa pun terjadi di sekelilingnya
6. Didiklah dia untuk hanya bergantung pada Penciptanya
7. Didiklah dia untuk mengawal emosinya di saat dia sangat marah dan berduka
8. Beritahulah dia bahawa dialah wanita paling cantik di pandangan orang tuanya
Ya Allah. Lindungi anak anak perempuan kami daripada segala ujian dan fitnah dunia. Dan jadikanlah anak anak perempuan kami anak yang ‘Iffah yang jauh daripada kerosakan dan godaan dunia dan jadikan anak anak perempuan kami wanita solehah semuanya.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...