Di sebuah kampung yang tenang, tinggal seekor kucing bernama Kiki yang suka duduk di bawah pokok.
Suatu hari, Kiki terdengar suara dari atas pokok. “Hai, Kiki!” sapa burung kecil yang cantik, bernama Bubu.
Bubu adalah burung ajaib yang boleh bercakap dengan kucing!
Kiki teruja dan bertanya bagaimana Bubu boleh bercakap dengannya.
Bubu menjelaskan bahawa di dunia ini, haiwan juga boleh berkomunikasi jika mereka saling memahami.
Ads
Kiki ingin belajar terbang, tetapi Bubu menjelaskan bahawa mereka boleh belajar daripada satu sama lain tanpa perlu menukar diri mereka.
Mereka telah menjadi sahabat baik.
Kiki mengajar Bubu tentang dunia di darat, sementara Bubu menceritakan keindahan dunia dari langit.
Ads
Pada suatu hari, tiba-tiba kampung dilanda banjir. Kiki dan Bubu bekerja sama untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang lain.
Bubu mencari tempat perlindungan dari udara, manakala Kiki membantu haiwan lain mencari tempat selamat. Mereka bekerjasama untuk melindungi haiwan yang lain.
Sehingga banjir sudah surut, atas kerjasama Kiki dan Bubu, semua haiwan telah selamat.
Semua haiwan mengucapkan terima kasih kepada Kiki dan Bubu atas pertolongan mereka.
Oleh itu, persahabatan mereka telah menunjukkan bahawa walaupun mereka berbeza, mereka boleh mencapai perkara hebat apabila bekerjasama.
Jadi, adik-adik perlu menghargai persahabatan kerana persahabatan yang sejati datang dari saling memahami dan menghargai perbezaan dari segi apa-apa pun!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak… tengah belajar, tiba-tiba haaa… menguap! Atau bila kawan menguap, korang pun ikut menguap sekali? Mesti pernah kan? Tapi kenapa benda ni berlaku? Ramai tak tahu jawapannya, dan itulah sebabnya topik kenapa kita menguap sangat menarik untuk dibincangkan.
Jom kita kupas rahsia menguap yang sebenarnya sangat menarik!
Bila kita rasa mengantuk, otak mula perlahan. Otak perlukan lebih oksigen untuk terus bekerja.
Jadi bila kita menguap, kita tarik udara banyak-banyak untuk “segar” kan otak. Menguap sebenarnya cara badan cakap, “Hey… aku penat ni, bagi aku rehat!”
Salah satu sebab kenapa kita menguap ialah badan cuba kembalikan kecergasan otak bila kita dah penat sangat dan kurang fokus.
Korang tahu tak? Otak kita tak suka panas. Kalau otak terlalu panas, kita jadi lembap dan susah fokus.
Bila kita menguap, kita tarik udara sejuk masuk ke badan. Udara sejuk tu bantu turunkan suhu otak supaya kita boleh fikir lebih baik. Macam kipas mini dalam badan!
Bila duduk lama tanpa bergerak, badan kurang dapat oksigen. Otak pun mula jadi slow…
Sebab tu bila dengar cikgu bercakap lama atau tengok video panjang sangat, tiba-tiba korang haaaa… menguap! Bukan sebab cikgu bosan ya, tapi sebab badan perlukan oksigen baru.
Selain itu, bila badan statik terlalu lama, aliran darah jadi perlahan. Oksigen yang sampai ke otak pun berkurang. Jadi menguap membantu “reset” pernafasan dan edaran darah.
Ni bahagian paling lawak. Kajian tunjuk bila seseorang menguap, orang dekat sebelah pun mudah ikut menguap juga.
Kenapa? Sebab otak kita suka “copy” tingkah laku orang lain. Benda ni dipanggil mirror behaviour. Kita tiru tanpa sedar!
Kalau kawan menguap 3 kali… jangan hairan kalau korang menguap 5 kali. Lagi rapat hubungan korang dengan seseorang, lagi mudah ‘jangkitan’ menguap berlaku.
Yes, baby dalam perut ibu pun menguap. Saintis nampak dalam imbasan ultrasound. Menguap bantu bayi gerakkan otot muka dan rahang. Comel kan?
Ini juga tunjukkan bahawa menguap bukan sekadar reaksi mengantuk tapi sebahagian daripada perkembangan tubuh.
Bila badan terlalu letih, menguap berlaku lebih kerap. Ini cara tubuh minta kita berhenti dan tidur.
Macam bateri telefon kalau merah, mesti kena charge. Kalau badan menguap banyak, itu tanda diri perlukan rehat.
Menguap bukan tanda malas! Menguap ialah cara badan bagi signal.
Lepas ni kalau korang menguap, jangan rasa pelik. Itu tanda badan tengah bekerja untuk bagi korang segar balik! Bila kita faham kenapa kita menguap, barulah kita sedar yang badan sebenarnya sangat pintar dalam jaga diri sendiri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun masih muda, nama Mia Ghazali semakin dikenali dalam dunia Muay Thai remaja kerana keberanian, disiplin dan pencapaiannya yang luar biasa. Dia juga merupakan adik kepada Johan Ghazali, atlet Muay Thai profesional yang sering mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Namun, kejayaan Mia Ghazali berdiri atas usaha dan kerja kerasnya sendiri.
Mia Ghazali dilahirkan pada 9 Julai 2011 dan kini berusia 14 tahun. Dia merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Sejak kecil lagi, Mia Ghazali sudah biasa melihat latihan Muay Thai dalam keluarganya. Walaupun paling kecil dalam keluarga, semangat juang Mia Ghazali sangat besar sehingga mampu membuatkan ramai orang dewasa kagum dengan ketabahan dan keberaniannya.
Mia Ghazali datang daripada keluarga yang sangat sebati dengan dunia Muay Thai. Tiga orang abangnya, Elias, Johan dan Mikail, semuanya aktif dalam persembahan dan pertandingan Muay Thai. Kehadiran Mia Ghazali melengkapkan empat beradik yang berkongsi minat, disiplin dan gaya hidup sebagai atlet sukan tempur.
Ibu Mia Ghazali, Jennana Johnson, berasal dari Amerika Syarikat manakala ayahnya, Zulfikar Mohd Ghazali, mempunyai darah kacukan Melayu, Indonesia dan Jepun. Gabungan latar belakang inilah yang membentuk peribadi Mia Ghazali yang berdisiplin, berani dan tidak mudah mengalah.
Mia Ghazali mula mencuba Muay Thai ketika berusia lima tahun. Pada awalnya, ramai yang menyangka ia sekadar aktiviti suka-suka. Namun, minat tersebut berkembang menjadi kesungguhan yang luar biasa. Kini, Mia Ghazali mewakili Kelab Rentap Muay Thai Gym di Kuching, Sarawak dan aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan serta antarabangsa.
Selain Muay Thai, Mia Ghazali juga pernah mencuba gimnastik. Pengalaman ini banyak membantu dari segi fleksibiliti, keseimbangan dan kawalan badan, menjadikan pergerakannya di gelanggang kelihatan lebih kemas dan bertenaga.
Mia Ghazali menjadikan Smilla Sundell, atlet Muay Thai terkenal dari Sweden, sebagai sumber inspirasi. Dia sangat mengagumi teknik lutut dan ketangkasan atlet tersebut. Daripada inspirasi inilah, Mia Ghazali belajar bahawa untuk menjadi hebat, seseorang perlu rajin berlatih, berdisiplin dan berani memasang impian besar.
Untuk mencapai tahap terbaik, Mia Ghazali menjalani latihan yang sangat intensif. Dia sanggup berlari sejauh 12 kilometer setiap hari sebagai persediaan menghadapi pertandingan Rentap Fighting Championship. Disiplin latihan sebegini jarang dimiliki oleh kanak-kanak seusianya dan menjadi bukti kesungguhan Mia Ghazali dalam mengejar kejayaan.
Hasil usaha tanpa jemu, Mia Ghazali berjaya mencatat pelbagai pencapaian membanggakan dalam dunia Muay Thai remaja. Antara kejayaan yang diraih ialah menjuarai Wai Kru Female Youth peringkat Negeri Sarawak dalam Sarawak MuayThai Virtual Championship 2021.
Pada tahun 2024, Mia Ghazali turut memenangi perlawanan dalam KL Fight League. Dia juga menerima Anugerah Peninju Terbaik Wanita kategori umur 12 hingga 13 tahun di Kejohanan MuayThai Remaja Terbuka Kebangsaan dan Pra Sukma. Selain itu, Mia Ghazali berjaya meraih pingat gangsa kategori umur 12 hingga 13 tahun di WBC Amazing MuayThai World Festival yang berlangsung di Bangkok.
Kisah Mia Ghazali membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Dengan sokongan keluarga, disiplin tinggi dan keberanian mencuba, kanak-kanak juga mampu melangkah jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.
Bagi sesiapa yang mempunyai impian, sama ada dalam sukan, seni atau pelajaran, kisah Mia Ghazali membawa satu mesej penting. Jika dia mampu mengejar impian sejak kecil, anda juga boleh melakukannya. Teruskan berusaha dan jangan pernah takut untuk bermimpi besar.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilihan baju renang sebenarnya amat penting bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak terutama ketika berlaku kecemasan.
Jadi mak ayah, sebelum membeli bayi renang baru buat anak, pastikan warna-warna seperti yang dikongsikan oleh OT, Siti Aisyah Rozalli ini dalam senarai yang menjadi pilihan.
Yang plan nak bawa anak swimming, make sure baju anak buat berenang tu, warna yang senang detect ya.
Risau baca kes anak-anak lemas berenang setiap tahun.
P/S: Anak-anak saya tak guna baju renang gini. Biasanya pakaikan baju microfiber & seluar panjang je.
Warna baju renang yang disarankan
Pilihlah warna-warna terang seperti warna oren neon, kuning neon dan hijau neon kerana sangat menonjol di dalam air. Ini menjadikan anak-anak lebih mudah dilihat ketika berada di alam air.
Oren
Oren neon adalah warna yang sangat terang dan kontras dengan hampir semua warna air termasuk air kolam renang biru atau air laut hijau.
Warna ini sangat menonjol di bawah cahaya matahari dan kelihatan jelas walaupun dalam air yang keruh atau berlumpur.
Kuning Neon
Kuning neon adalah satu lagi warna terang yang sangat efektif di dalam air. Warna ini memantulkan cahaya yang baik dan mudah dikesan oleh mata manusia. Pilihan terbaik untuk anak!
Hijau Neon
Hijau neon memberikan kontras yang jelas dengan air yang lebih gelap seperti air kolam renang atau laut dalam. Ia juga merupakan pilihan yang baik kerana menonjol dipelbagai jenis air termasuk Kawasan engan tumbuhan dan alga.
Warna Merah Terang
Warna merah terang adalah warna yang kuat dan kontras dengan kebanyakkan latar belakang air. Ia juga menonjol dengan jelas di bawah cahaya matahari dan tetap kelihatan baik di bawah air.
Warna-warna ini membantu penjaga dan penyelamat mengenal pasti mereka dengan cepat ketika dalam kecemasan terutama ketika bermain dalam keadaan sesak.
Warna patut dielakkan
Menurut pakar warna yang patut dielakkan dan kurang sesuai dipakai oleh kanak-kanak adalah seperti:
Biru: Sama seperti warna air kolam dan air laut, anak-anak sukar dilihat Putih: Walaupun cerah, putih boleh bersatu dengan buih atau refleksi cahaya di permukaan air. Hijau Muda: Bersatu dengan warna tumbuhan atau lumut di dalam air, anak-anak sukar dilihat pandangan mata.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!