Kata orang, kalau nak melentur bulu biarlah dari rebungnya. Bila didik anak tu biar masa mereka masih kecil sebab mudah faham dan dapatlah mereka biasakan dengan sesuatu perkara dan boleh jadi lebih pandai dan berdikari sepanjang nak membesar.
Keletah comel anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam sering mencuri perhatian ramai. Biarpun masih kecil, tetapi Rina anak yang sangat bijak dan boleh berdikari. Video-video Rina ketika makan sering dipuji ramai kerana dia boleh makan tanpa tumpah serta sentiasa menghargai setiap masakan Ommanya.
Begitu juga dengan Maryam yang sangat menitikberatkan tentang surviving skills terhadap anaknya. Terbaru, Maryam berkongsi video Rina sedang membasuh bajunya sendiri. Sambil merakam video anaknya, Maryam memberikan kata-kata semangat dan memuji Rina.
Tanpa perlu diajar, Rina membasahkan baju serta menggunakan sabun untuk mencuci pakaiannya itu. Bukan itu saja, dia turut menggosok serta membilas baju dengan air.
Ads
Malah, Rina turut menghalang Maryam dari membantunya. Dia menyuruh Maryam pergi dan biarpun memberitahu mahu tolong, Rina tidak membenarkannya.
Ternyata ramai yang terhibur dengan video tersebut dan memuji kecerdikan Rina. Antaranya komen yang ditinggalkan rata-rata memuji Maryam yang mendidik Rina berdikari dari kecil serta betapa bagusnya Bahasa Melayu Rina.
Ads
Eiii.. Geramlah dengan Rina ni! Semoga terus membesar menjadi anak yang baik dan membanggakan Omma dan Appa okay!
Sebut sahaja nama Asyraff Khan, mesti korang semua kenalkan siapakah orangnya.
Popular dengan lagu Langkah Seiringan yang dinyanyikan bersama abang Afieq Shazwan, ramai yang puji nyanyian Asyraff.
Kalau nak tahu, cara Asyraff bahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran adalah dengan menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.
Asyraff Khan juga mendisiplinkan diri untuk sentiasa hadir ke sekolah walaupun jadual padat dengan jemputan nyanyian.
Bagi Asyraff, tiada alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan pelajarannya juga tidak terganggu.
Jadi , kalau korang semua nak jadi macam Asyraff Khan, kenalah kental tau. Disiplin penting untuk pastikan kita berjaya dalam apa juga yang di ceburi.
Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
MENINGKATKAN SEMANGAT DAN MENYEBARKAN POSITIVITI DI
PUSAT VAKSINASI KANAK-KANAK
Sempena pembukaan semula sekolah pada akhir Mac, Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs. Bertujuan untuk menceriakan pengalaman vaksinasi kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka, Goodday’s Happee PPVs ialah kempen yang diteruskan daripada kempen Goodday’s Happee PPEs yang telah diadakan pada November-Disember 2021.
Goodday’s Happee PPVs akan menceriakan stesen vaksin untuk menjadikannya mesra kanak-kanak khas buat si kecil yang akan divaksinasi. Stesen vaksin warna-warni yang dihiasi karya-karya menarik yang direka oleh rakan sebaya mereka dijadikan tumpuan utama. Selain itu, si kecil akan diberikan accomplishment board apabila gambar mereka diambil di photo booth.
Kempen Goodday’s Happee PPVs juga telah mengubah rupa PPV di WTC KL, Axiata Bukit Jalil, MMU dan Emporis Kota Damansara untuk suasana yang lebih mesra kanak-kanak. Tambahan pula, Susu Goodday yang enak dan berkhasiat juga akan diedarkan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka selesai menerima vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi tersebut.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar...