Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Ads
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Ads
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Kucing Miko selalu menjadi penyeri hidup Aidan sejak hari pertama dia dibawa masuk ke rumah. Kisah ini bukan tentang kucing biasa, tetapi tentang si penjaga kecil yang penuh kasih sayang.
Sejak hari pertama Aidan bawa Miko masuk rumah, hidup Aidan berubah jadi lebih ceria. Miko bukan sekadar kucing biasa. Dia macam penjaga kecil yang sentiasa mahu pastikan Aidan gembira.
Setiap pagi, bila Aidan turun ke dapur untuk sarapan, Miko akan ikut sekali. Langkahnya kecil, tapi bunyinya kuat, Tap tap tap tap!
Dia jalan rapat betul belakang kaki Aidan, sampai kadang-kadang Aidan hampir terpijak ekornya. “Mikoooo… duduklah jauh sikit!”
Tapi Miko cuma jawab dengan meow lembut dan duduk di kaki Aidan sambil pandang muka dia tak berkelip.
Masa Aidan makan pun sama. Miko duduk tegak di sebelah kerusi, bulu ekor dia bergoyang perlahan, macam sedang tunggu peluang untuk dapat secebis biskut. Kadang-kadang dia tarik baju Aidan perlahan, nak tanya, “Ada sikit untuk saya?”
Aidan suka sangat gelagat tu.
Bila Aidan mandi, Miko pun ikut. Dia akan tunggu depan pintu bilik air, duduk dengan penuh kesetiaan sambil bunyi “purrr purrr” perlahan. Kalau Aidan lambat keluar, Miko akan ketuk pintu dengan tapak tangan kecilnya.
Tok… tok… tok…
Macam dia cakap, “Aidan, kamu okay ke dalam tu? Kenapa lama sangat?”
Masa malam pula, Miko memang ada jadual sendiri. Setiap kali Aidan nak tidur, Miko akan jadi yang paling excited. Dia akan naik atas katil dulu, duduk betul-betul atas bantal Aidan sambil goyang ekor.
Kadang-kadang dia baring atas kepala Aidan, macam topi bulu. Kadang-kadang dia duduk atas dada Aidan sambil pandang muka dia beberapa minit tanpa sebab.
Aidan selalu gelak, “Miko, kepala Aidan bukan tempat tidur…”
Tapi Miko buat tak tahu. Dia akan pusing dua kali, kemudian tidur lena atas rambut Aidan macam rumah sendiri.
Dengan suara purrr yang lembut, dia selalu buat Aidan rasa selamat, rasa tak sunyi walaupun lampu dah dipadam.
Tapi satu hari, Aidan balik sekolah dengan muka muram. Dia masuk rumah perlahan, kasut tak sempat buka elok pun.
Miko datang berlari sambil meow kuat, tapi Aidan tak senyum seperti biasa.
Dia duduk atas katil sambil tunduk. “Kawan Aidan main bola tanpa ajak Aidan… Aidan rasa macam tak ada siapa nak kawan hari ni…”
Miko naik ke riba Aidan. Dia letak dua tapak tangan kecilnya atas lutut Aidan dan gesel muka pada tangan tuan kecilnya. Aidan yang sedih tadi perlahan-lahan mula tersenyum.
“Miko… kamu memang faham Aidan kan?”
Miko jawab dengan purrr panjang, seolah-olah berkata:
“Aidan ada Miko. Walau semua orang tak nampak kamu, Miko tetap nampak.”
Tetapi keesokan pagi, sesuatu pelik berlaku. Aidan bangun dan perasan Miko tak sambut dia seperti biasa. Dalam bilik tiada. Dalam almari tiada. Bawah meja pun kosong.
“Miko?” panggil Aidan dengan suara yang mula bergetar. Rumah yang selalu penuh dengan bunyi tapak kaki kecil tiba-tiba rasa terlalu sunyi.
Kucing Miko… hilang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang selalu datang sekolah lewat atau tiba-tiba tak hadir? Lepas ni, masalah tu jadi lebih senang! Ada satu sistem bijak yang diperkenalkan oleh seorang Guru Besar ni, bukan je bantu murid jadi lebih berdisiplin, tapi mak ayah korang pun rasa lega. Tak perlu lagi risau atau tertanya-tanya anak datang sekolah ke tak. Semua jadi lebih teratur dan mudah!
Sistem bijak ini direka oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Cikgu Mohd Faruze, yang buat murid mungkin jadi lebih disiplin.
Sekarang ni, murid-murid di sekolah tu cuma perlu imbas kod QR bila sampai sekolah. Senang macam scan QR kat kedai! Sistem ni dipanggil StudentQR.
✔️ Datang awal? Dapat merit ⏰ Datang lewat? Direkod sebagai demerit ❌ Tak datang sekolah? Cikgu boleh tahu lebih awal
Bila semua direkod dengan jelas, murid pun jadi lebih peka dengan masa. Tak perlu cikgu asyik marah atau tegur hari-hari.
Dengan sistem ni, cikgu tak perlu tulis kehadiran banyak kali. Pihak sekolah pun senang nak tengok rekod murid yang selalu lewat atau tak hadir. Semua data kemas dan teratur.
Yang paling best, tak perlu bayar apa-apa pun. Murid cuma guna lencana QR sahaja dan ibu bapa pun tak keluarkan duit tambahan.
Ramai ibu bapa perasan anak-anak mereka mula berubah. Ada yang bangun awal sendiri, ada yang siap-siap cepat sebab tak nak dapat demerit.
Cikgu Mohd Faruze kata, sistem ni sangat praktikal dan berkesan. Bukan je digunakan di Malaysia, tapi juga di negara lain macam Indonesia dan Jepun.
Sekarang ni, cikgu-cikgu dari sekolah lain pun mula belajar cara ni supaya murid boleh jadi lebih berdisiplin sejak awal.
Kesimpulannya
Datang sekolah awal bukan sekadar ikut peraturan, tapi tanda kita murid yang bertanggungjawab. Kalau cara ni boleh buat sekolah jadi lebih seronok dan teratur, kenapa tak cuba, kan?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak pandang langit dan fikir, “Eh, kenapa langit ni biru? Kenapa bukan ungu ke, merah ke, pink ke?” Jom kita bongkar misteri kenapa langit berwarna biru ni sama-sama!
Nampak macam pelik kan? Tapi betul! Cahaya matahari sebenarnya bukan warna kuning, tapi warna putih. Dalam cahaya putih ni ada macam-macam warna tersembunyi, ada merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Sama macam warna pelangi!
Bila cahaya matahari sampai ke Bumi, ia kena lalu atmosfera, lapisan udara yang ada gas dan debu halus. Masa tu, cahaya ni terserak, atau dalam istilah sains dipanggil penyerakan Rayleigh.
Warna biru ni jenis yang senang sangat “melantun” sebab gelombangnya pendek. Sebab tu bila kita pandang ke langit, warna biru tu yang paling banyak sampai ke mata kita! Jadi sebab utama kenapa langit berwarna biru ialah kerana penyerakan cahaya biru yang lebih kuat.
Sebenarnya ada juga warna ungu dalam cahaya matahari, tapi mata manusia kurang sensitif pada warna ungu. Mata kita lebih cepat tangkap warna biru. Jadi bila warna biru dan ungu bercampur, otak kita “nampak” langit tu biru, bukannya ungu.
Kalau waktu matahari terbit atau terbenam, cahaya matahari kena lalu udara yang lebih tebal. Jadi warna biru dah “habis” berserak jauh, tinggal warna merah dan oren yang masih nampak. Sebab tu masa senja, langit nampak cantik macam lukisan, warna oren, pink, ungu semua ada!
Langit nampak biru sebab cahaya matahari yang melalui udara buat warna biru tersebar paling banyak. Tapi kalau mata korang boleh nampak warna ungu dengan lebih kuat, mungkin langit kita nampak lain terus!
Itulah jawapan sebenar kenapa langit berwarna biru dan bukannya ungu, satu gabungan menarik antara sains, cahaya, dan cara mata kita berfungsi!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!