Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, adik Ziyad meraih perhatian netizen apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran pada usianya yang cukup muda di sebuah Akademi Al-Quran Akmal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hafiz cilik yang dikenali sebagai Ziyad itu dikhabarkan mula menghafal Al-Quran sejak berusia tiga tahun lagi.
Kejayaan besarnya itu membuatkan rata-rata netizen kagum dan sebak dengan kejayaannya seawal usia 10 tahun.
Ads
“Adik Ziyad bukan nama asing dalam kalangan kami. Waktu usianya masih bayi, dia pernah viral dan digelar sebagai Hafiz Cilik.
“Sejak kecil lagi, dia dah mula menghafal surah-surah lazim.
“Umur baru 3 ke 4 tahun dia dah boleh baca dan hafal beberapa surah dengan lancar.
Ads
“Pada umur 9 tahun, Ziyad masuk akademi ini dengan satu niat besar iaitu untuk khatam 30 juzuk dalam masa setahun,” kongsinya menerusi video tersebut.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui kejayaan Ziyad yang bergelar Hafiz Al-Quran seawal usianya 10 tahun.
Didikan ibu bapa adik Ziyad juga turut dipuji kerana berjaya mendidik insan hebat ini sejak kecil dengan disiplin hingga memperoleh kejayaan besar buat dirinya. Hebat!
Sumber: TikTok @danialhussin
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang mesti kenal sangat dengan abang Aqil Zulkiflee? Haa, dia ni antara personaliti media sosial yang ramai budak suka tengok! Tapi tahu tak, video Aqil Zulkiflee bukan sekadar lawak atau hiburan je, ada kisah menyentuh hati di sebaliknya.
Selepas Abang Aqil dikecam gara-gara Roblox hari tu, abang Aqil kata dia tetap akan terus buat video dan dia ada sebab kenapa terus nak hiburkan kanak-kanak.
“Salah satu sebab kenapa aku takkan stop buat video. Video aku memang untuk hiburan je, sama macam kita dulu-dulu tengok kartun.
“Tapi bila makin ramai budak-budak tengok, aku cuba selit sikit zikir, suruh solat, dengar cakap ibu bapa dan baca doa ringkas.
“Ya, video aku tak sempurna tapi aku seronok bila dapat gembirakan budak-budak terutama yang sudah kehilangan orang tersayang.
Itu kata Aqil Zulkiflee bila ramai budak cakap video dia buat mereka rasa gembira semula terutama yang kehilangan orang tersayang.
Macam kartun zaman dulu yang buat kita senyum, Aqil Zulkiflee pun nak video dia jadi “ubat hati” untuk budak-budak yang tengah sedih. Tapi yang best, dia selit juga pesanan baik-baik macam zikir, doa pendek, ajak solat, dan hormat ibu bapa. Simple tapi bermakna kan?
Aqil Zulkiflee cerita, ada sekali seorang ayah datang jumpa dia masa dia tengah jual corndog. Ayah tu bawa tiga orang anak yang baru kehilangan ibu mereka.
Katanya, anak-anak tu lama tak senyum tapi bila tengok video Aqil Zulkiflee, mereka mula ketawa balik. Ayah tu siap menangis sebab terharu!
“Seorang ayah bawa tiga orang anak dia semasa aku sedang menjual corndog. Dia menangis depan aku dan ucap terima kasih kerana hiburkan anak-anak dia sejak kehilangan ibu mereka.
“Ayah dia kata anak-anak tak pernah senyum sejak itu, tapi semua mula ketawa bila tengok video-video aku.
Momen tu lah yang paling Aqil Zulkiflee takkan lupa. Dia cakap, sebab tu dia akan terus buat video. Bukan untuk populariti, tapi sebab nak sebarkan kebaikan dan senyuman.
Korang pun boleh jadi macam abang Aqil Zulkiflee, guna bakat sendiri untuk buat orang lain tersenyum!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Hari itu, Aidan balik sekolah sambil mengheret begnya perlahan. Cuaca panas sangat, kasut pun rasa macam meleleh. Dia terus singgah minum air dekat dapur sebelum terdengar bunyi pelik dari luar.
“Meow… meow… meow…”
Bunyi tu lembut, tapi penuh rayuan.
Aidan menjenguk ke luar pintu dapur. Di celah pasu bunga yang Mama tanam, ada seekor anak kucing kecil dengan bulu putih oren, kotor sedikit, macam baru lepas hujan semalam. Matanya bulat besar, dan dia pandang Aidan tanpa berkelip.
“Hai… kamu sesat ke?” Aidan tanya perlahan.
Anak kucing tu cuba bangun tapi langkahnya goyah. Dia meow sekali lagi, kali ini lebih perlahan, macam minta tolong.
Aidan cangkung dekat-dekat. “Aidan tak boleh ambik kamu masuk rumah… Mama tak bagi bela kucing,” bisiknya.
Tapi anak kucing itu tak berganjak. Dia tunduk sedikit, kemudian naikkan kepala dan buat muka paling kasihan di dunia. Mata dia berair, telinga dia jatuh, dan ekornya melingkar dekat kaki.
“Haihh… jangan tengok Aidan macam tu,” kata Aidan sambil gelak kecil.
“Tak boleh… Mama nanti marah. Betul ni.”
Aidan bangun dan mula berjalan masuk rumah. Tapi…Tap tap tap tap!
Anak kucing itu ikut dari belakang! Kaki kecilnya laju mengejar Aidan, seolah-olah dia tak mahu ditinggalkan. Setiap kali Aidan berhenti, dia berhenti. Bila Aidan jalan, dia berjalan. Macam bayang-bayang!
Aidan menoleh. “Eh, kamu nak apa ni?”
Anak kucing itu duduk betul-betul depan kaki Aidan, angkat satu kaki kecilnya, dan buat bunyi “Meowww…”
Kali ini bunyinya betul-betul macam, “Please jangan tinggalkan saya…”
Aidan rasa hatinya cair sikit. Tapi dia masih cuba buat muka tegas.
“Tak boleh ikut Aidan. Rumah Aidan bukan tempat kucing…”
Aidan melangkah lagi. Dan… anak kucing itu terus ikut. Sampai ke tangga. Sampai ke pintu. Sampai ke dalam laman. Setiap kali dia mengejar, ekornya bergoyang-goyang macam dia sedang cuba menggembirakan Aidan.
Aidan garu kepala. “Kenapa kamu ikut Aidan ni…?”
Aidan cuba masuk rumah perlahan-lahan sambil menutup pintu. Tapi sebelum pintu tertutup sepenuhnya, anak kucing itu letakkan dua tapak tangan kecilnya pada pintu, macam dia merayu nak masuk.
Aidan terdiam. “Ya Allah… comelnya kamu ni.”
Akhirnya, Aidan buka sedikit pintu dan duduk betul-betul di hadapan anak kucing itu. Dia angkat anak kucing kecil itu perlahan-lahan.
“Kalau Aidan mandikan kamu, bagi makan sikit, Mama tak marah kot… mungkin…”
Anak kucing itu mengiau perlahan sambil gesel pipi pada tangan Aidan.
Dalam hati Aidan terlintas satu rasa pelik, macam dia dah pilih Aidan sebagai ‘manusia dia’.
Sejak hari itu, Aidan bagi nama pada anak kucing itu… anak kucing Miko.
Dan tanpa dia sedar, hari itu adalah hari pertama sebuah persahabatan paling bermakna bermula. Hubungan antara Aidan dan anak kucing Miko ini akhirnya menjadi satu kenangan yang sangat indah, seolah-olah ditakdirkan sejak awal lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Benar dan tepat sekali! Terkadang kita tak perasan cara dan percakapan kita untuk memulakan komunikasi bersama anak kecil jauh tersimpang hinggakan bertanyakan soalan tak sepatutnya.
Banyak lagi cara dan soalan yang lebih baik boleh ditanyakan pada anak-anak kecil ketika memulakan bicara. Orang ramai patut peka dengan hal ini.
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi media sosialnya. Bertindaklah prihatin dengan anak-anak orang lain.
Antara soalan tak senonoh dan tak berfaedah di tanya kepada kanak-kanak. Elakkan la soalan begini walaupun untuk secebis content.
1. Ada boyfriend tak?
2. Siapa nama girlfriend?
3. Dekat sekolah ada crush?
4. Ada kawan lelaki yang hensem?
5. Cantik tak kawan perempuan sekolah?
6. Ada suka sesiapa kat sekolah?
7. Pernah jatuh cinta?
Macam dah tak ada benda lain nak borak dengan budak budak, soalan macam ni di tanya.
Tak ada faedah soalan begini, seolah olah kita mengalakkan pulak mereka buat perkara begini.
Hal ini turut disokong oleh segelintir ibu bapa yang tidak senang hati dengan persoalan yang nampak remeh tetapi memburukkan minda anak kecil kita.
Jadi bertimbang rasa dan jadi insan yang lebih baik dengan anak kecil. Cakaplah yang baik-baik dengan mereka. Biar minda mereka terjaga dari pertanyaan yang kurang memberi ilmu.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!