Ads

Tahfiz Hebat, Bermula 2026, Tahfiz Cemerlang Dapat RM50,000!

Korang tahu tak apa itu tahfiz? Tahfiz ialah tempat adik-adik dan abang kakak belajar menghafal al-Quran. Bukan senang tau nak hafal ayat demi ayat. Kena rajin, sabar dan fokus!

Berita baiknya, kerajaan nak bagi pengiktirafan khas untuk sekolah tahfiz yang betul-betul hebat bermula tahun 2026. Nama pengiktirafan ni ialah Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM).

Apa Itu SPTM?

SPTM ni macam markah bintang untuk sekolah tahfiz. Kalau sekolah tahfiz ikut peraturan yang baik, jaga kualiti pembelajaran dan murid-muridnya cemerlang, mereka akan diiktiraf sebagai tahfiz terbaik!

Kiranya macam dapat piala tapi versi sekolah tahfiz.

Ads
Tahfiz Hebat, Bermula 2026, Tahfiz Cemerlang Dapat RM50,000!
Kredit: Bernama

Wah! Ada Ganjaran RM50,000 Tau!

Paling best, 10 buah institusi tahfiz paling cemerlang akan dapat insentif RM50,000 setiap satu. Banyak tu!

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata ganjaran ni bukan sekadar duit, tapi sebagai semangat dan motivasi supaya sekolah tahfiz terus jadi lebih hebat dan berkualiti.

Ads

Kalau sekolah bagus, murid pun makin bersemangat belajar al-Quran.


Ramai Huffaz Berhimpun, Meriah Sangat!

Berita ni diumumkan masa program besar-besaran iaitu Himpunan Huffaz 2025.
Lebih 25,000 orang huffaz berkumpul. Bayangkan ramainya orang yang hafal al-Quran, mesti rasa tenang dan damai!

Ads

Ramai juga pemimpin negara datang bagi sokongan. Semua nak tengok pendidikan tahfiz di Malaysia terus maju.


Kesimpulannya

Kalau korang sedang belajar menghafal al-Quran atau bercita-cita nak masuk sekolah tahfiz, jangan putus asa ya. Sekarang ni, usaha korang makin dihargai dan diiktiraf.

Siapa tahu satu hari nanti, sekolah tahfiz korang pula tersenarai sebagai Tahfiz Cemerlang Malaysia. Teruskan usaha, insya-Allah al-Quran jadi cahaya hidup kita semua.

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Cabar Diri Naik Roller Coaster, Berani Cuba!

Pengalaman naik roller coaster memang mendebarkan. Artikel ini kongsikan rasa takut, seronok dan kepuasan bila berani cabar diri naik roller coaster