Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Orang ramai diminta untuk membantu mengesan pelajar itu segera.
Kali terakhir Muna dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama sekolahnya.
Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Menurut ibunya, Juliana Johari, 42, Muna Qaisara dilapor hilang dari asramanya di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. Malah menurutnya lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.
Ads
“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.
Ads
Muna Qaisara Muhammad Budiman berusia 15 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tersebut pada Ahad.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.
Ads
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, team Bintang Kecil telah di undang untuk turut sama merasai kemeriahan acara ini.
Lebih dari 2000 orang murid hadir bagi meraikan acara ini, gabungan dari sesi pagi dan petang.
Memilih tema ‘Bangsawan Melaka’, guru-guru hadir dengan baju yang sangat kreatif dan mencuit hati. Masa inilah mereka ingin melaram kan?
Istimewa sambutan hari guru di SKBK 2 ini adalah acara sukaneka telah di kendalikan oleh murid-murid sekolah itu sendiri seperti boling kelapa, dayung sampan dan banyak lagi.
Menjadi tradisi sekolah ini, setiap kali sambutan Hari Guru para pengawas akan diberikan amanat untuk menyampaikan cenderahati kepada setiap guru.
Suasana sambutan memang meriah lebih-lebih lagi setiap murid membawa hadiah dari mereka sendiri untuk para pendidik yang telah banyak menabur jasa kepada mereka ini.
Kami di Bintang Kecil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih guru kerana menjadikan kami insan yang berguna.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa sesi persekolahan 2026 akan bermula pada 11 Januari 2026 bagi negeri dalam Kumpulan A, dan 12 Januari 2026 bagi negeri dalam Kumpulan B.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, permulaan sesi persekolahan 2026 ini menandakan kejayaan besar usaha KPM dalam mengembalikan semula kalendar persekolahan kepada bulan Januari seperti sebelum pandemik COVID-19. Perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran operasi semua sekolah di seluruh negara.
Fadhlina menjelaskan bahawa langkah mengembalikan sesi persekolahan ke bulan Januari dilakukan secara tertib dan tidak menjejaskan pengoperasian harian sekolah.
Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil perancangan teliti dan komitmen tinggi daripada seluruh warga pendidikan termasuk guru, pentadbir dan kakitangan sokongan.
“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.
Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, usaha ini menunjukkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah. Dengan penetapan semula sesi persekolahan 2026, KPM yakin dapat memastikan perancangan akademik dan pentadbiran berjalan lebih teratur.
Dengan langkah ini, KPM sekali lagi menegaskan komitmen untuk menyeimbangkan antara keperluan akademik dan kesejahteraan pelajar dalam pelaksanaan sesi persekolahan 2026.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau korang selalu scroll TikTok, mesti perasan ada video yang laju je naik FYP. Paling best, banyak sangat video TikTok budak yang memang “kena” dengan selera korang. Pendek, kelakar, comel dan penuh warna. Memang sesuai untuk generasi yang tak boleh duduk diam!
Jom tengok 10 jenis video TikTok yang budak-budak paling suka.
Budak memang suka benda kelakar. Lagi-lagi kalau bab watak murid cuai, cikgu garang tapi baik, atau kawan yang blur tapi comel. Video pendek macam ni memang buat ramai gelak sambil tekan “repeat”. Banyak video TikTok budak yang trending pun datang daripada babak sekolah yang spontan dan lucu.
Kartun 10 saat pun korang dah suka. Betul tak? Animasi kecil-kecil macam kucing comel, robot pandai menari atau monster tak menakutkan selalu jadi kegemaran. Lagi comel, lagi viral. Animasi mini selalu masuk FYP sebab warna terang dan pergerakan laju.
Kalau video ada Roblox, confirm ramai budak berhenti scroll. Gameplay simple, suara lucu dan character cute buat video-game content selalu dapat banyak like. Ramai creator muda pun buat kandungan sebegini sebab mudah nak tarik perhatian penonton kecil. Tapi ingat ya, Roblox bahaya. Mak ayah korang mesti tak suka!
Suara slime ditarik, pasir kinetik dipotong atau sabun dikerat perlahan-lahan… memang “healing” untuk korang kan? Korang suka sebab bunyinya tenang dan pergerakannya cantik. Video jenis ASMR sentiasa trending sebab boleh buat rasa puas hati.
Budak suka tengok fakta pelik seperti “Kenapa kita bersin?”, “Apa jadi kalau bulan hilang?” atau “Kenapa kucing suka tidur lama?”. Senang faham dan buat mereka rasa bijak sekelip mata. Banyak channel pendidikan pun guna format ringkas untuk tarik penonton kecil.
Dari squishy sampai Hot Wheels, video unboxing memang buat budak rasa macam dapat hadiah. Lagi banyak surprise, lagi laju views naik. Kejutan dalam kotak memang buat kandungan ini terus relevan dalam dunia video TikTok budak.
Cabaran 3 warna, teka makanan dalam bekas misteri atau cabaran menari 5 saat. Ini semua memang buat budak teruja nak cuba sendiri. Challenge pendek dan comel senang viral sebab mudah ditiru.
Video kucing jatuh sopan, hamster makan laju, atau arnab tidur terlentang. Confirm budak tekan like. Lagi pelik perangai haiwan tu, lagi menarik. Kandungan haiwan memang evergreen dalam kategori video TikTok budak.
Origami bentuk hati, buat slime sendiri, hias buku nota atau DIY gelang manik. Budak suka sebab ada benda boleh tiru dan cuba buat dengan kawan. Aktiviti ini juga membantu mereka jadi lebih kreatif.
Abang atau kakak influencer yang beri kata-kata baik macam “jangan malas solat ya”, “jaga hati mak ayah”, atau “kita boleh jadi baik setiap hari”. Simple tapi menyentuh hati budak. Kandungan sebegini banyak dapat sokongan sebab memberi vibes positif.
TikTok memang penuh benda seronok untuk budak-budak. Asal pendek, comel dan kreatif, mesti mereka suka. Yang penting, pilih dan tonton kandungan yang selamat serta positif. Banyak video TikTok budak bukan saja menghiburkan, tapi juga boleh bagi inspirasi dan idea baru untuk pembelajaran santai.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!