Ads

Murid Merentas Desa, Tuan Rumah Murah Hati Bagi Air Percuma!

Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.

Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.

Murid Merentas Desa, Tuan Rumah Murah Hati Bagi Air Percuma!

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.

Ads

Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.

Murid Merentas Desa, Tuan Rumah Murah Hati Bagi Air Percuma!

Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.

“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.

Ads

“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.

Murid Merentas Desa, Tuan Rumah Murah Hati Bagi Air Percuma!

“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.

Murid Merentas Desa, Tuan Rumah Murah Hati Bagi Air Percuma!

 

@kokshaf Tahun ke3 berturut² kita bagi air kat anak² merentas desa ni. Kali ni sirap kita dah upgrade ke air kotak😂. Tq to all my frens who contribute!”customer” yang last paling special. Nampaknya rumah kita dah boleh jadi main pit stop setiap tahun! #merentasdesa #merentasdesa2025 #skip #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #thisisperak #peraktengah ♬ Santai – The Lantis

Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Dah Besar Kan? Kenalah Kemas Bilik Tidur Sendiri

Pernah tak tengok bilik sendiri penuh dengan mainan berselerak, baju tak berlipat, dan buku bertaburan? Kalau bilik macam tu, susah nak cari barang dan rasa serabut, kan? Tapi jangan risau! Kemas bilik sebenarnya tak susah pun. Malah, ia boleh jadi seronok macam bermain!