Ads

Kanak-Kanak 12 Tahun Lemas Selamatkan Rakan, Pergi Sebagai Wira!

Seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Muhammad Naim Mohd Zahir Alam terkorban selepas menunjukkan keberanian yang sangat luar biasa apabila dia cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di sungai. Walaupun dia tidak pandai berenang, dia tetap terjun ke dalam air kerana tidak sanggup melihat rakannya dalam bahaya.

Kanak-Kanak 12 Tahun Lemas Selamatkan Rakan, Pergi Sebagai Wira!
Foto: Sinar Harian

Tak Sanggup Lihat Rakan Dalam Bahaya

Ibu kepada Muhammad Naim, Maizatuakma Zakaria, berkongsi dengan suara yang penuh sebak. Katanya, rakannya selamat, tetapi anaknya pula tidak dapat diselamatkan. Hati siapa yang tidak hancur bila dengar kisah begini.

“Anak tidak pandai berenang, tapi dia tetap mahu selamatkan rakan. Rakan selamat tapi dia yang lemas.

“Saya dimaklumkan rakan dia mandi dan dua daripadanya lemas. Muhammad Naim telah turun ke dalam air untuk selamatkan rakannya itu dan sempat dihalang oleh salah seorang lagi rakan tapi dia tetap berbuat demikian,” katanya sebak.

Ads

Muhammad Naim pergi ke sungai bersama tiga orang rakannya selepas pulang dari sekolah. Dia masih memakai baju sekolah dan belum sempat makan atau minum. Bila dua orang rakannya hampir lemas, Muhammad Naim terus masuk ke sungai untuk membantu. Seorang lagi rakan sempat menahannya, tetapi dia tetap berani mencuba.

Keberanian Muhammad Naim sangat luar biasa. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kawan.

Anak Paling Rapat Dengan Ayah

Di rumah, Muhammad Naim ialah anak ketiga daripada lima beradik. Dia sangat rapat dengan ayahnya dan selalu membantu keluarga. Beberapa hari sebelum kejadian, ibunya perasan sesuatu yang berbeza. Biasanya Muhammad Naim berbasikal ke sekolah, tetapi kebelakangan ini dia dihantar oleh ibunya. Dia juga sangat penyayang kepada adik bongsunya yang berumur lima tahun dan sering menemani adiknya ke sekolah.

Ads

Ada satu perkara kecil yang membuatkan ibunya sangat terkilan. Muhammad Naim pernah meminta dibelikan pakaian sukan baharu untuk sekolah. Namun permintaan itu ditangguhkan dan dia diminta memakai pakaian lama dahulu. Siapa sangka, itu antara permintaan terakhirnya.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang. Selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan, jasad Muhammad Naim ditemui pada jam 5.25 petang.

Ads
Kanak-Kanak 12 Tahun Lemas Selamatkan Rakan, Pergi Sebagai Wira!
Foto: Sinar Harian

Pergi Sebagai Wira Kecil

Kisah ini mengajar kita bahawa keberanian itu sangat mulia, tetapi keselamatan diri juga sangat penting. Kalau berdepan dengan bahaya seperti air sungai yang deras, kita mesti segera minta bantuan orang dewasa atau pihak yang lebih mahir.

Muhammad Naim pergi sebagai seorang wira kecil. Keberaniannya akan sentiasa dikenang dan menjadi pengajaran buat kita semua agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan. Al-Fatihah buat Muhammad Naim.


Sumber: Sinar Harian

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Kawan Pinjam Barang Tapi Tak Pulang, Apa Patut Buat?

Kawan pinjam barang tak pulang memang buat serba salah. Ketahui cara bijak, sopan dan berani untuk minta balik barang tanpa bergaduh atau rosakkan persahabatan.