Baru-baru ini, satu kisah tular yang buat ramai ibu bapa risau apabila seorang murid perempuan Tahun 2 dikatakan terlibat dalam “misi berbahaya” yang diinspirasikan daripada permainan dalam talian Roblox.

Kisah Bermula Daripada Permainan Roblox

Cerita ini dikongsi oleh seorang pakcik bernama Encik Khairul Ahmad Fitri di Facebook. Anak saudaranya, seorang budak perempuan yang comel dan baik, tiba-tiba menerima “arahan pelik” daripada kawan sekelasnya yang digelar “kapla”, sama seperti ketua dalam permainan Roblox.

Budak Tahun 2 Suruh Kawan Terjun Bangunan, Ikut Misi Roblox!

Arahan Bahaya Dari “Kapla”

Misi pertama yang diberikan oleh “kapla” ialah menyuruh budak itu mencium seorang pelajar lelaki! Bila dia menolak, “kapla” terus marah dan memberi misi kedua yang lebih berbahaya iaitu suruh dia terjun dari tingkat satu bangunan sekolah!

Namun, budak itu berani dan menjawab:

“Kenapa pula aku kena terjun, hang la terjun!”

Ads

Tidak berpuas hati, “kapla” arah seorang lagi kawan, dipanggil “si polan 1”, supaya dukung dan baling dia keluar tingkap. Mujur si polan 1 ialah kawan baiknya, jadi dia tidak ikut arahan berbahaya itu. Fuh, lega kan?

“Aku Bukan Sayang Hang Pun!”

Namun ayat seterusnya memang menyedihkan apabila “kapla” berkata:

“Aku bukan sayang hang pun. Kalau hang mati pun biar ja la.”

Ads

Kesian kan? Bila dengar benda macam ni, tentu semua rasa takut dan sedih. Inilah antara kesan pengaruh negatif permainan seperti Roblox jika tidak dikawal.

Budak Tahun 2 Suruh Kawan Terjun Bangunan, Ikut Misi Roblox!

Ibu Ayah Terus Ambil Tindakan

Apabila ibu bapa murid itu mengetahui tentang kejadian tersebut, mereka terus melaporkannya kepada guru kelas dan bercakap dengan ibu bapa si polan 1. Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama “kapla” memberi misi pelik. Kadang-kadang disuruh pilih pen atau gunting, kemudian ketuk tangan atau cucuk buku sampai koyak dan semuanya terinspirasi daripada permainan Roblox.

Ads

Disebabkan terlalu takut, budak itu tidak pergi ke sekolah selama tiga hari. Ibunya juga cemas dan susah tidur kerana risau keselamatan anaknya.

Sekolah & JPN Turut Ambil Tindakan

Guru besar telah menasihati “kapla” dan menghubungi ibu bapanya. Tidak lama kemudian, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga masuk campur untuk menyiasat kes ini. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan menjadi pengajaran buat semua.

Pengajaran Dari Kisah Roblox Ini

  • Jangan ikut sebarang arahan pelik daripada sesiapa pun, walaupun kawan sendiri.
  • Kalau ada “misi pelik” atau rasa takut, cepat-cepat beritahu guru atau mak ayah.
  • Permainan seperti Roblox memang menyeronokkan, tetapi jangan sesekali bawa permainan maya ke dunia sebenar.
  • Kalau kawan berani buat perkara bahaya, kita juga mesti berani untuk berkata “TIDAK!”

Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada semua ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka, terutama ketika bermain permainan dalam talian seperti Roblox. Dunia maya tidak sama dengan dunia sebenar, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak harus sentiasa diutamakan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sumber: FB Khairul Ahmad Fitri Suhaimi