Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukkan keberanian apabila bertindak pantas menyelamatkan empat remaja yang hampir lemas selepas sampan mereka karam ketika memancing di sebuah tasik di Puncak Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor, memaklumkan bahawa Mohd Nor Khalid, yang bertugas di Kem Sungai Buloh, kebetulan melalui kawasan kejadian sebelum menyedari insiden itu dan segera membantu menyelamatkan keempat-empat remaja tersebut.
“Kalau diikutkan renangan pertama sudah membuatkan saya kepenatan tetapi mengenangkan wajah tiga lagi mangsa yang masih berpaut pada sampan itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk segera menyelamatkan mereka,” kata Sarjan Mohd Nor Khalid.
Mohd Nor, 40, adalah individu yang sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan empat remaja lelaki yang hampir lemas ketika menaiki sampan untuk memancing bersama dua rakan di sebuah tasik di Puncak Alam, semalam.
Mohd Nor yang bertugas sebagai Ketua Sel Semboyan di Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) Kem Sungai Buloh, di sini, berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 12.30 tengah hari daripada kumpulan WhatsApp taman perumahannya.
Katanya, dia bersama anak lelakinya ke lokasi kejadian selepas diajak jiran sebelum mendapati empat remaja lelaki berusia 13 tahun itu masing-masing masih terapung dan berpaut pada bucu sampan yang hampir tenggelam dengan wajah ketakutan.
KONGSI DETIK CEMAS SELAMATKAN MANGSA
“Ketika itu pasukan penyelamat belum tiba dan saya tidak sedap hati melihat keempat-empat remaja itu dalam keadaan takut membuatkan saya nekad mahu berenang ke tasik kerana bimbang perkara lebih serius boleh berlaku.
Ads
“Saya beritahu orang ramai di situ untuk menyelamatkan mangsa dan mereka meminta saya supaya berhati-hati.
“Saya turun ke tasik dengan kalimah Bismillah, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT supaya semuanya selamat.
“Sebaik tiba di lokasi mereka, saya lihat muka semua mangsa sudah pucat dan mereka juga menggigil, mereka cakap ‘tolong selamatkan kami’ dan beritahu tidak pandai berenang.
“Jadi saya biarkan mereka berpaut di belakang badan sambil saya berenang ke tebing tasik.”
Menurutnya, dia berenang membawa setiap mangsa secara berasingan sejauh kira-kira 35 meter dengan kedalaman tasik itu dianggarkan lima meter, malah mengakui empat kali berenang berulang-alik memang membuatkan dirinya terasa penat.
Ads
“Saya terbayang wajah mangsa lain yang ketakutan dan saya tidak mahu berfikir lebih-lebih kerana hanya mahu menyelamatkan mereka.
“Walaupun ketika itu saya tidak menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan, saya hanya bertawakal kepada Allah SWT saja.
“Saya mengambil masa hampir dua minit berenang membawa setiap seorang mangsa dan apabila semuanya sudah selamat sampai di tebing tasik kepenatan yang dirasai terus hilang, malah saya lega serta bersyukur kami semua selamat,” katanya.
Ads
Bapa kepada empat anak itu berkata, tindakan dilakukan itu ikhlas dan atas dasar prihatin sesama insan yang dalam kesusahan.
Walaupun mempunyai kemahiran berenang, Mohd Nor mengakui agak gementar kerana tidak biasa dengan kawasan tasik berkenaan.
“Saya bukan mahu tunjuk hebat atau jadi hero tetapi ini memang sudah menjadi keutamaan kita untuk membantu jika mempunyai keupayaan itu.
Sarjan Mohd Nor Khalid. (tengah)
“Sebagai seorang bapa, saya faham kita mesti mahu anak selamat, jadi saya cuba sedaya upaya menyelamatkan mereka.
“Saya sebak apabila ibu bapa mangsa berterima kasih kerana sudi menyelamatkan anak mereka.
“Bagi saya, saya hanya buat apa yang termampu saja dan ini juga pengalaman pertama menyelamatkan mangsa hampir lemas,” katanya yang sudah 20 tahun berkhidmat sebagai anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).
Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Mendidik anak supaya menjadi individu yang disiplin bukanlah tugas mudah, tapi ia sangat penting untuk membentuk karakter yang kukuh dan tanggungjawab dalam diri mereka.
Disiplin bukan sekadar tentang mematuhi peraturan, tetapi juga tentang mengajar mereka untuk membuat keputusan yang bijak, mengurus masa dengan baik, dan mempunyai sikap yang bertanggungjawab. Jom ikuti 5 tip mudah yang boleh membantu anda mendidik anak menjadi lebih disiplin dalam kehidupan seharian.
Tetapkan Peraturan yang Jelas dan Konsisten
Pastikan anak tahu apa yang diharapkan daripada mereka dengan menetapkan peraturan yang jelas. Jangan berubah-ubah, kekalkan konsistensi dalam mendisiplinkan mereka.
Beri Tanggungjawab Sejak Awal
Beri anak tanggungjawab kecil seperti menjaga barang peribadi atau membantu di rumah. Ini akan mengajar mereka tentang disiplin dan cara menguruskan tugas dengan baik.
Pujian dan Penghargaan
Apabila anak berjaya mengikut peraturan atau menyelesaikan tugas dengan baik, berikan pujian yang positif. Ini akan memberi motivasi untuk mereka terus menjaga disiplin.
Berikan Contoh yang Baik
Anak-anak akan mencontohi apa yang mereka lihat. Pastikan kita sebagai ibu bapa menjadi contoh dalam sikap disiplin, seperti mengikut masa, menyelesaikan tugas, dan bertanggungjawab.
Bersabar dan Tegur Dengan Cara Positif
Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza, jadi bersabarlah. Tegur mereka dengan cara yang positif dan tidak menghukum, supaya mereka dapat belajar dari kesilapan tanpa rasa takut.
Kanak-kanak pemalu cenderung untuk merasa tidak selesa atau gugup dalam situasi sosial, terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Mereka sering memilih untuk berada di tempat yang selamat, seperti bersama keluarga atau rakan rapat, dan memerlukan masa lebih lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu.
Justeru, perkongsian Wawa Shauqi yang terkenal dalam bidang penulisan kekeluargaan telah berkongsi 10 perkara yang membantu untuk mengelak anak bersikap pemalu.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri. Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting.
Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat. Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
Wawa Shauqi di samping anak-anaknya
1) Validate. Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia. Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.” 2) Puji. Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu. Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang. . 3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu. Bercakap kena yakin dan jelas.
. 4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali. . 5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai. “Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niat nya nak bodek main sekali je. . 6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan. Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagis semangat, “Tak apa. Ko cuba lagi weh.” . 7) Pesan pada anak, bila orang taknak kawan, tak apa. Saya cakap, “Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
. 8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident. “Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.” “Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.” Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak. Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia. That confident. Mama pun tak ada. . 9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli. Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu, “Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.” Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu. . 10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang, “Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok” Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan, “Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.” Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik dengan anak saya ni. Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok. “Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya. . Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap, “Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.” “Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan. Anak-anak yang pemalu ni, dia perlu push sikit je dari kita. Bagi mereka peluang, guide sebaiknya, insya Allah mereka membesar jadi lebih berkeyakinan.
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...