Batik adalah salah satu seni tekstil tradisional Malaysia yang paling terkenal, terutamanya di negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Batik juga merupakan lambang kebanggan negara kita!

Adik-adik kena tahu batik ini dihasilkan dengan menggunakan lilin panas dengan menggunakan alat khas iaitu canting, untuk membentuk corak di atas kain, dan kemudian kain tersebut dicelup dalam pewarna.

Corak yang dilukis dengan lilin akan menghalang pewarna daripada meresap ke bahagian tersebut, lalu menghasilkan reka bentuk yang indah dan unik.

Ads

Corak batik seringkali mengambil inspirasi daripada alam semula jadi seperti bunga, daun, burung, dan juga geometri.

Ads

Proses pembuatan batik adalah kompleks dan memerlukan kesabaran serta ketelitian, namun hasilnya amat memukau dan dihargai di seluruh dunia.

Kalau adik-adik nak belajar untuk membuat batik, boleh juga dilakukan di rumah. Menarik, boleh luangkan masa bersama-sama keluarga!

Ads

Aktiviti Kraf di Rumah: Membuat Corak Batik Sendiri

Anda boleh mencuba membuat corak batik mudah dengan menggunakan kertas dan pewarna air. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Ambil kertas tebal atau kain kecil.
  2. Lukis corak menggunakan lilin atau krayon putih.
  3. Celupkan kertas atau kain dalam pewarna air dan lihat bagaimana corak muncul. Aktiviti ini akan membantu kanak-kanak memahami asas batik dan menghargai keindahan seni tradisional ini.

Pastikan adik-adik buat bersama-sama orang dewasa seperti ibu atau ayah untuk keselamatan.