The Chosen One cetus fenomena lagi! Tahun lepas, program realiti baharu nombor satu di Malaysia ini telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di kaca televisyen.
Juga masih ingat lagi, nama adik Amir Sisi yang merupakan kanak-kanak berusia 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak yang telah dinobatkan sebagai juara musim pertama.
Kejayaannya tular sehingga mencatatkan lebih 235 juta tontonan di TikTok, sekaligus membuktikan potensi bakat generasi muda Malaysia!
Musim Ke Dua
Kini, Astro sekali lagi tampil dengan program pencarian bakat, ‘The Chosen One 2024’, yang bakal menemui penonton mulai 20 September.
Program ini akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan akan turut disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104).
Setelah kejayaan musim pertamanya yang mencetuskan fenomena luar biasa, ‘The Chosen One 2024’ dijangka menarik perhatian lebih ramai penonton.
Ads
Melonjakkan Bakat Generasi Baharu
Selaras dengan aspirasi Astro untuk melahirkan bintang masa depan, musim kedua ‘The Chosen One 2024’ kembali menampilkan format yang sama, tetapi dengan intensiti yang lebih hebat.
Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan peserta yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Daripada ribuan yang mencuba nasib, 16 peserta berusia antara 11 hingga 17 tahun telah dipilih melalui uji bakat seluruh negara.
Ads
Daripada jumlah itu, hanya 8 peserta yang berjaya memikat hati para coach selebriti dan akan dipilih sebagai pasangan duet mereka. Setiap pasangan akan berentap di pentas utama untuk meraih gelaran juara musim ini.
Barisan Juri & Coach Hebat untuk Musim Yang Lebih Epik
Musim ini menyaksikan kepulangan juri legenda, Dato’ Awie, ikon rock Malaysia, yang akan terus menghangatkan pentas bersama penyanyi bersuara emas dan pemenang pelbagai anugerah, Jaclyn Victor.
Ads
Bersama-sama mereka, pengacara program Jihan Muse, seorang pelawak dan pelakon popular, akan bergandingan dengan personaliti radio ERA, Haziq Hussni, bagi mengendalikan setiap episod dengan penuh jenaka dan kejutan.
Bukan itu sahaja, musim kedua ini juga menampilkan barisan penyanyi ternama Malaysia sebagai coach yang akan mengasah bakat peserta. Antaranya ialah Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, serta pasangan kembar berbakat besar, Firdaus & Fahimi Rahmat.
Kesemua mereka bersedia memberikan tunjuk ajar dan membawa peserta ke tahap yang lebih tinggi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemunculan bintang masa depan dalam ‘The Chosen One 2024’. Adakah anda bersedia untuk menyaksikan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara musim ini? Saksikan malam ini di Astro Ceria dan Astro Ria!
Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk. Anak pun boleh cuba cara ni untuk kesihatan mereka!
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Tragis dan menyayat hati, seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar terpaksa menanggung kesakitan akibat keracunan makanan pada Rabu. Suasana bertukar pilu apabila anak-anak kecil ini mengadu sakit perut dan memerlukan perhatian segera.
Menurut lapiran Sinar Harian, seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, pada Rabu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, mereka mengalami keracunan makanan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah terbabit.
“Mereka yang mengalami keracunan makanan itu dari darjah satu sampai darjah enam dan telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan termasuk satu dua orang di hospital swasta.
“Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, pada Khamis.
Menurut beliau, pegawai kesihatan daerah sudah melakukan pemeriksaan di kantin sekolah berkenaan pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil serta dihantar ke makmal untuk ujian.
Jelasnya, keputusan sampel makanan tersebut akan diketahui dalam masa seminggu.
“Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu.
“Selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan, pegawai kesihatan daerah akan membuat siasatan dan sekiranya berpuas hati membenarkan kantin terbabit beroperasi lebih awal,” katanya.
Minggu kedua The Chosen One 2024 menyaksikan kesemua peserta masih bertahan dan bersedia untuk berentap lagi! Siapa sangka, Azry Sabri muncul sebagai bintang minggu ini dengan lagu “Mencari Konklusi” yang memukau!
Para Juri Kagum Dengan Prestasi Peserta
Juri tetap, Jaclyn Victor, terpesona dengan kemampuan Azry membawakan genre rock dari kumpulan Hujan. “Wow! Saya tidak sangka awak boleh bawa lagu ini dengan begitu hebat,” puji Jaclyn.
Ketua juri, Datuk Awie, turut memberikan sokongan. “Persembahan yang luar biasa! Awak telah tunjukkan bahawa bukan hanya orang dewasa boleh menyanyi lagu ini, tapi kanak-kanak seperti awak pun boleh bawa dengan cemerlang. Tahniah, Azry!”.
Atikah Rose tidak kurang hebat, menempatkan diri di tempat kedua dengan lagu “Bawa Dia Kembali.” Namun, Datuk Awie mencadangkan agar dia lebih menyerlah di minggu depan. “Minggu ini coach Adira nampak lebih menyerlah. Insya Allah, minggu depan pasti lebih baik!” Semoga Atikah dapat bangkit semula!
Farah Aina Terpaksa Tarik Diri
Namun, berita kurang baik datang dari Coach Amir Jahari yang mengumumkan anak didiknya, Farah Aina, terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan. Tempatnya digantikan oleh Baiq Balqis, yang mencuri perhatian dengan lagu “Semalam” dan meraih tempat ketiga!
Tiada Penyingkiran!
Di minggu ini, tiada penyingkiran berlaku, jadi semua lapan peserta masih berpeluang untuk bersinar di minggu seterusnya! Jangan lupa, penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran mereka di www.thechosenone.com.my selepas rancangan tamat. Peserta dan coach yang mendapat undian tertinggi akan merangkul anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’!
Tonton The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104). Siapa bakal jadi bintang seterusnya? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Usahawan, Shuib tampil mendedahkan keadaan anak bongsunya, Ayash Affan yang rupanya mempunyai masalah pada bahagian kanannya.Akui Shuib, tangan anaknya itu kurang berfungsi kerana Ayash...