Kebanyakan ibu bapa sekarang sibuk bekerja, kadang-kadang sampai tak sempat nak siapkan sarapan untuk anak ke sekolah.
Ibu bapa lebih gemar memberi wang saku setiap hari, dengan harapan anak-anak akan kenyang untuk makan di kantin. Tapi benarkah anak beli makanan? Atau beli benda lain?
Walau sesibuk mana pun kita ,anak-anak masih perlu membesar dengan makanan yang berkhasiat dan mempunyai perkembangan otak yang baik untuk pelajaran mereka.
Mari kami kongsikan sedikit senarai menu mudah dan ringkas.
1. Mi, beehun atau kuey teow
2. Makanan Frozen
3. Sandwich
4. Roti Telur
5. Nasi Goreng
Sentiasa pantau apa yang anak anda makan supaya mereka kekal sihat dan cegas apabila melakukan aktiviti di sekolah.
Ads
Tip sihat anak kena makan
1. Beri
Buah strawberi dan beri biru kaya dengan vitamin C, antioksidan dan fitokimia. Ia melindungi sel yang sihat daripada kerosakan dan meningkatkan sistem imun.
Ads
2.Oren
Oren adalah buah sitrus yang sangat popular dan menjadi kegemaran anak kerana rasa manisnya. Menambah buah ini dalam diet anak boleh meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan.
Ads
3.Telur, salah satu makanan yang membantu tumbesaran
Merupakan makanan tinggi protein dan vitamin, telur salah satu sumber yang kaya dengan kolin – nutrien penting yang membantu perkembangan otak.
4.Keju
Kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan vitamin D, keju sangat bagus untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
Salah satu kunci penting untuk membantu anak menulis dengan baik adalah melalui latihan kemahiran motor halus, iaitu pergerakan kecil jari dan tangan yang sangat penting semasa memegang pensel.
Jika kemahiran ini dilatih dari awal, anak-anak akan lebih mudah menulis dengan kemas dan betul. Salah satu cara yang menyeronokkan dan murah untuk melatih kemahiran motor halus ini adalah dengan menggunakan putik kapas (cotton bud).
Aktiviti menggunakan putik kapas bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membina kekuatan jari dan koordinasi tangan-mata anak.
Berikut adalah 3 aktiviti menggunakan putik kapas yang boleh anda cuba bersama anak-anak untuk merangsang motor halus mereka. Jom cuba aktiviti bajet friendly ni!
AKTIVITI 1:
Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak sedang menggunakan putik kapas yang dicelup dalam cat untuk mengisi huruf-huruf pada helaian kertas. Aktiviti ini adalah salah satu cara yang sangat bagus untuk merangsang kemahiran motor halus anak-anak. Dengan cara ini, mereka belajar mengenali bentuk huruf sambil melatih kawalan tangan dan jari yang penting untuk menulis dengan baik.
Aktiviti seperti ini membantu kanak-kanak:
Menguatkan otot tangan untuk memegang pensel dengan lebih stabil.
Mengembangkan koordinasi mata-tangan.
Membina daya fokus dan ketepatan.
AKTIVITI 2:
Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak sedang menggunakan putik kapas yang diikat bersama untuk melukis bunga pada dahan pokok. Ini adalah salah satu contoh aktiviti seni yang boleh membantu merangsang kemahiran motor halus kanak-kanak. Dengan menggunakan putik kapas untuk melukis, mereka dapat melatih pergerakan jari serta mengembangkan kreativiti.
Aktiviti ini juga:
Menguatkan otot tangan melalui gerakan menekan dan melukis.
Melatih koordinasi tangan-mata kerana mereka perlu fokus pada tempat yang mereka ingin letakkan cat.
Meningkatkan kemahiran seni dan imaginasi, membolehkan mereka meneroka corak dan warna dengan cara yang baru.
Ini adalah contoh bagaimana bahan bajet murah seperti putik kapas boleh dijadikan alat bantu untuk mengajar dan melatih kemahiran penting pada kanak-kanak, sambil mereka berseronok.
AKTIVITI 3
Gambar ini menunjukkan penggunaan beberapa batang putik kapas yang dicelup dalam warna yang berbeza untuk melukis pelangi. Teknik ini adalah salah satu cara kreatif untuk merangsang kemahiran motor halus anak-anak, di mana mereka perlu mengawal putik kapas untuk membuat sapuan warna yang kemas dan teratur.
Manfaat aktiviti ini:
Mengasah ketepatan dan koordinasi tangan-mata, yang penting dalam latihan menulis.
Melatih pergerakan tangan dengan menggunakan bahan yang mudah dan murah seperti putik kapas.
Mengenalkan anak kepada warna dan mengajarkan mereka tentang gabungan warna dalam cara yang menyeronokkan.
Aktiviti melukis pelangi ini adalah contoh yang menarik untuk memupuk daya imaginasi dan keseronokan anak-anak sambil membantu mereka membina kawalan jari dan otot tangan untuk kemahiran menulis yang lebih baik di masa hadapan.
Mengapa Aktiviti Ini Berkesan?
1. Koordinasi Tangan-Mata
Apabila anak-anak melukis menggunakan putik kapas, mereka perlu melihat apa yang mereka lakukan dan menyesuaikan pergerakan tangan mereka untuk menghasilkan gambar yang mereka inginkan. Ini melatih koordinasi tangan-mata, yang penting dalam menulis dengan betul.
2. Menguatkan Otot Tangan
Pergerakan halus semasa mencelup putik kapas ke dalam cat dan melukis di atas kertas menguatkan otot-otot kecil di tangan. Ini membantu anak memegang pensel dengan lebih stabil dan selesa, sekaligus meningkatkan kemahiran menulis.
3. Melatih Sabar dan Fokus
Aktiviti melukis dengan putik kapas memerlukan perhatian dan kesabaran kerana anak perlu bekerja dengan teliti. Ini membantu mereka membina daya tumpuan yang penting untuk menulis dalam tempoh masa yang panjang.
Latihan kemahiran motor halus adalah langkah penting untuk membantu anak-anak belajar menulis dengan baik. Menggunakan putik kapas dalam aktiviti harian adalah cara yang menyeronokkan, murah, dan efektif untuk melatih otot tangan anak serta membina kawalan pergerakan halus. Dengan kesabaran dan galakan, anak anda bukan sahaja dapat menikmati aktiviti ini, tetapi juga bersedia untuk menulis dengan baik dan kemas.
Cuba aktiviti ini di rumah dan lihat perubahan yang positif dalam kemahiran menulis anak anda!
Hebat betul! Seorang kanak-kanak comel bernama M Rajamitheran, baru je berusia 2 tahun 11 bulan, dah berjaya mencipta sejarah dalam Malaysian Book of Records (MBOR) pada 25 Oktober lepas. Rajamitheran dengan pantasnya dapat menyebut 57 logo kereta dalam masa satu minit sahaja. Ini merupakan suatu pencapaian luar biasa bagi anak sekecil ini!
Memetik laporan Sinar Harian, ibunya, C Saranyaa, 33, berkata, pencapaian tersebut diterima bagi kategori bilangan logo kereta terbanyak yang dikenal pasti oleh kanak-kanak.
Rajamitheran yang merupakan anak tunggal mula menunjukkan minat terhadap logo kereta sejak berumur satu tahun selepas melihat kereta model Volkswagen di jalan raya buat pertama kali.
“Bermula dari situ, suami saya, S M Mugilan, 35, mula ajar (Rajamitheran) dengan kenal lima logo kereta dahulu menggunakan kad imbas kanak-kanak. Keesokan harinya, anak saya boleh ingat lima logo itu.
“Dalam masa dua bulan sahaja, dia sudah tahu 70 logo kereta. Dari situ selepas bincang dengan suami, kami cadang bawa Rajamitheran untuk MBOR,” katanya yang menetap di Ipoh, Perak.
200 LOGO KERETA
Menurut Saranyaa, sehingga kini Rajamitheran mampu menamakan 200 logo kereta.
Ujarnya, ketika sesi ujian bersama panel MBOR, Rajamitheran hanya dapat menjawab 45 logo kereta bagi percubaan kali pertama sebelum mencuba untuk kali kedua.
“Tapi hanya dapat jawab 10 logo sahaja dan untuk pengiktirafan ini, kami hanya diberi tiga kali percubaan.
“Saya ingat mereka hanya soal 70 logo kereta yang saya ajar sahaja, tetapi tidak sangka logo kereta yang Rajamitheran tidak tahu pun mereka tanya juga,” ujarnya.
Jelas Saranyaa, bagi percubaan terakhir, mereka diberi tempoh selama sebulan untuk membuat persediaan.
“Rajamitheran berjaya jawab 70 logo tetapi selepas tolak dari segi salah sebutan, pihak MBOR tetapkan sebanyak 57 logo yang berjaya dinamakan.”
Terkejut melihat seorang kanak-kanak kecil berlari di jalan raya! Tular sebuah rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Gabriel Liew, di facebook kanak-kanak berlari di tengah jalan raya, Sarawak.
Rakaman video itu telah mengejutkan ramai orang setelah melihat kanak-kanak kecil berlari tanpa ditemani orang dewasa.
Apa yang kagum, tindakan pemilik kenderaan prihatin menghentikan kereta untuk menyelamatkan kanak-kanak kecil itu.
Tiga buah kereta berhenti sekali gus berhenti dan bergegas mendapatkan kanak-kanak itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
NETIZEN KAGUM SIKAP PRIHATIN
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mengenai faktor keselamatan anak-anak kecil yang berpotensi terdedah kepada bahaya jika tidak diawasi dengan baik.
Dalam pada itu ada juga menasihati ibu bapa dan penjaga untuk lebih berhati-hati bagi mengawasi kanak-kanak supaya tidak terdedah dengan risiko bahaya.
Cuti sekolah adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Tapi, bila terlalu lama di rumah tanpa aktiviti menarik, anak-anak boleh cepat bosan.Jadi, jom cuba...