Terkejut melihat seorang kanak-kanak kecil berlari di jalan raya! Tular sebuah rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Gabriel Liew, di facebook kanak-kanak berlari di tengah jalan raya, Sarawak.
Rakaman video itu telah mengejutkan ramai orang setelah melihat kanak-kanak kecil berlari tanpa ditemani orang dewasa.
Apa yang kagum, tindakan pemilik kenderaan prihatin menghentikan kereta untuk menyelamatkan kanak-kanak kecil itu.
Ads
Tiga buah kereta berhenti sekali gus berhenti dan bergegas mendapatkan kanak-kanak itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
NETIZEN KAGUM SIKAP PRIHATIN
Ads
Ads
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mengenai faktor keselamatan anak-anak kecil yang berpotensi terdedah kepada bahaya jika tidak diawasi dengan baik.
Dalam pada itu ada juga menasihati ibu bapa dan penjaga untuk lebih berhati-hati bagi mengawasi kanak-kanak supaya tidak terdedah dengan risiko bahaya.
Tidak dinafikan mendidik anak zaman sekarang amat mencabar. Oleh itu, ramai antara kita mencari cara didik anak yang betul supaya mereka dapat dibentuk sejak kecil.
Malah untuk mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza pendekatannya.
Nak didik anak lelaki kena tahu caranya. Begitu juga yang diperkatakan oleh saudara Redza Zainol menerusi facebooknya.
Moga jadi panduan untuk kita mendidik anak-anak dengan istiqomah dalam era digital yang mencabar ini.
5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.
1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
• Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
• Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan.
• Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.
3 Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya. Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.
• Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.
4 Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
• Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
• Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.
5 Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.
• Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sejak 30 tahun yang lepas, semakin ramai ayah yang rapat dengan anaknya.
Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diisi dengan ketakutan.
Biasa makan keledek tak? Tentu ada yang pernah menikmati makanan ini bersama nenek atau ibu ayah di kampung.
Sebenarnya keledek ini banyak khasiat yang ramai tak tahu. Bukan calang-calang makanan kampung ini.
Rupanya telah terbukti mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Patutlah orang dulu-dulu suka makan keledek.
Keledek ungu salah satu keledek yang mempunyai banyak khasiat. Ikuti perkongsian pakar otak, DrRizal Abu Bakar ini dengan menyatakan kajian yang telah dilakukan kepada makanan superfood ini.
Nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.
Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU.
Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.