Melihat anak asyik dengan gajet buat mak ayah pening kepala untuk mengawal mereka. Lagi-lagi bila asyik bermain game seharian. Buntu jadinya.
Walau sudah ditegur dengan baik, anak yang semakin membesar menjadi semakin susah untuk dikawal. Apa lagi kepada anak yang makin meningkat remaja.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sibukkanlah waktu anak agar anak tidak mempunyai masa untuk bermain di telefonnya.
Jom ikuti perkongsian dari beliau.
Anak asyik main game sebab terlalu banyak masa lapang. Sebab tu kena sibukkan anak remaja dengan rutin dan jadual yang padat.
Cara yang saya guna:
1. Setiap petang, mesti keluar rumah untuk beriadah. Boleh main bola, joging dan buat apa sahaja aktiviti untuk keluarkan peluh.
2. Yang saya sangat belajar ialah mak ayah pun ikut beriadah dengan anak. Membuatkan bonding kita dengan anak jadi lebih baik.
Penat atau tak, saya pun kena keluar beriadah dengan anak.
3. Beri kelas tambahan untuk tambah skil baru. Contohnya, kelas karate, kelas berenang dan kelas mengaji.
4. Bila dah sibuk, lama-lama dia pun dah tak teringin nak main game.
Baru-baru ni saya tanya anak saya, ada lagi ke rasa nak main game. Walaupun hujung minggu ada je slot untuk dia berehat tapi dia dah kurang minat dengan game.
Kadang kita tak perasan sikap kita sebagai mak ayahlah yang membuatkan anak mula hilang keyakinan dirinya sendiri.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu fahami dan jadikan ilmu yang berguna untuk kita mendidik anak kita. Ikuti perkongsian beliau.
Tiga sifat toksik ni kalua mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1. Stonewalling
Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:
* Tak jawab soalan anak
* Sengaja lambat jawab soalan anak
* Tak cakap apa-apa
* Terus tinggalkan anak
* Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan. Contoh: “Papa suka makan apa? Kita jawab, “entah, apa-apa jela.”
Bila perangai macam ni berulang, anak rasa lagi baik cakap dengan dinding. Sekurang-kurangnya cakap dengan dinding, taklah rasa sakit hati.
2. Tak ada sebarang reaksi pada wajah dan abaikan anak. (Expressionless & being ignored)
Contoh: Balik rumah je, anak semangat nak cerita tentang benda baru yang dia belajar dari buku. Kita pun buat-buat dengar sampai habis. Tapi sampai ke sudah tak bagi apa-apa respon.
Yang buat anak jadi keliru ialah air muka mak ayah tak ada reaksi langsung, lepas tu diam je.
Yang sebenarnya kita tak focus pun pada cerita anak. Sambil dengar sambal tu tengok cerita Korea. Katanya nak luang masa dengan anak tapi tangan pegang telefon ralit balas mesej whatapps.
Maksud beri perhatian pada anak ialah kita 100% focus pada anak Waktu itu. Kita adalah betul-betul ‘present’ di hadapan si kecil kita itu.
3. Gaslighting
Maksudnya kita meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. Contohnya anak balik asrama, dia mengadu ada Budak lain asyik pegang-pegang dia. Tapi kita jawab,”biasalah tu. Tak ada apalah.”
Atau anak balik dari rumah pengasuh kata itu dan ini. Kita pun kata anak kita cakap yang bukan-bukan.
Si kecil kita pun jadi keliru dengan apa yang berlaku dan hilang rasa percaya pada diri sendiri. Dia akan fikir semua pendapat dia memang tak penting.
Bila tiga sifat mak ayah ini diulang setiap hari,
* Anak jadi tak percaya pada diri sendiri
* Keyakinan diri yang sangat rendah
* Selalu buat keputusan hidup yang salah akibat asyik dengar cakap orang lain
* Asyik kritik diri sendiri (self criticism)
* Tak tahu cara urus dan kawal emosi sendiri
Bila anak ni besar dan berkeluarga, mereka akan buat perkara yang sama pada anak sendiri.
Jangan tidakkan apa yang anak kita rasa. Acknowledge apa yang mereka rasa dengan cara pandang, dengar dan peluk mereka.
Kadang-kadang bila dengar perbualan anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Tak sangka topik yang mereka bualkan tu di luar jangkaan. Imaginasi anak-anak ni menunjukkan betapa mereka seorang yang kreatif dan mempunyai kebolehan untuk menyusun jalan cerita supaya jadi menarik.
Begitulah yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti cantik, Hanis Zalikha, yang telah merakam perbualan anak-anaknya ketika dia tidak bersama mereka. Ketika itu, Yusuf dan Alisa berada di dalam kereta apabila dua beradik ni bersembang tentang mommy mereka.
Ia bermula apabila Yusuf bertanya kepada adiknya, adakah Alisa sentiasa berharap mommy akan sentiasa bersama mereka. Alisa dengan tekun mendengar cerita abangnya dan kata Yusuf hanya mereka saja boleh melihat mommy ketika di sekolah.
Tambah Yusuf lagi, cikgu pun takkan nampak mommy mereka. Hanya mereka berdua yang akan nampak mommy. Kemudian Alisa pula menambah, kanak-kanak lain juga tidak boleh lihat mommy. Namun yang lucunya, Alisa kelihatan sedikit bingung apabila bersembang dengan abangnya itu.
Yusuf kemudian menambah ketika hari akhir persekolahan, dia dapat melihat mommy mereka sedang mengikutnya naik tangga. Biarpun nampak seperti keliru tetapi kesungguhan Alisa mendengar cerita abangnya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Cerdik sungguh anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Topik perbualan tentang mommy menunjukkan betapa mereka berdua sangat menyayanginya. Semoga Yusuf dan Alisa akan membesar menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Di sebuah kampung nelayan yang damai, tinggal seorang pemuda bernama Amir. Setiap hari, Amir akan keluar ke laut untuk menangkap ikan. Namun, nasib Amir...