Adakah cara kita selama ini mendidik anak dengan cara yang betul? Tersalah didik, boleh beri kesan pada anak. Ini tip dan panduan betul dalam mendidik anak.
Ikuti perkongsian Parent Connect ini. Semoga menjadi panduan ibu bapa.
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Ads
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati:
* Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang.
* Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah.
Ads
* Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang.
* Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati:
* Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira.
* Kurang berdikari kerana takut berbuat silap.
* Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah.
* Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli.
*Mempunyai tahap akademik yang rendah.
* Mempunyai skil sosial yang rendah.
* Cenderung kepada keganasan.
* Terdedah kepada masalah kesihatan mental.
Ads
Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati:
* Lebih tenang dan gembira.
* Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang.
* Berjaya mencapai tahap akademik yang baik.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi.
* Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling.
* Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.
* Tidak cenderung kepada keganasan.
Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati:
* Lebih impalsif dan kurang kawalan diri.
* Tidak berupaya untuk mengawal emosi.
* Tiada empati terhadap orang lain.
* Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku.
* Cenderung kepada masalah kesihatan mental.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, team Bintang Kecil telah di undang untuk turut sama merasai kemeriahan acara ini.
Lebih dari 2000 orang murid hadir bagi meraikan acara ini, gabungan dari sesi pagi dan petang.
Memilih tema ‘Bangsawan Melaka’, guru-guru hadir dengan baju yang sangat kreatif dan mencuit hati. Masa inilah mereka ingin melaram kan?
Istimewa sambutan hari guru di SKBK 2 ini adalah acara sukaneka telah di kendalikan oleh murid-murid sekolah itu sendiri seperti boling kelapa, dayung sampan dan banyak lagi.
Menjadi tradisi sekolah ini, setiap kali sambutan Hari Guru para pengawas akan diberikan amanat untuk menyampaikan cenderahati kepada setiap guru.
Suasana sambutan memang meriah lebih-lebih lagi setiap murid membawa hadiah dari mereka sendiri untuk para pendidik yang telah banyak menabur jasa kepada mereka ini.
Kami di Bintang Kecil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih guru kerana menjadikan kami insan yang berguna.
Di tengah keindahan dan misteri yang dibawa oleh Al-Quran, terdapat cerita yang luar biasa mengenai Nabi Yunus dan pengalamannya yang unik dengan ikan Nun.
Kisah ini tidak hanya menarik kerana elemen-elemen ajaibnya, tetapi juga kerana pelajaran berharga yang dapat kita petik darinya.
Nabi Yunus, seorang rasul yang diutus kepada kaumnya, berusaha keras menyampaikan dakwah dan mengajak mereka ke jalan yang benar. Namun, kaumnya terus menerus menolak seruan tersebut.
Dalam keputusannya, Nabi Yunus memutuskan untuk meninggalkan mereka dan berlayar jauh.
Dalam perjalanannya, sebuah badai hebat menimpa kapal yang ditumpanginya.
Melalui proses undian, nasib menyebelahi Nabi Yunus sebagai penyebab badai tersebut dan beliau dilemparkan ke laut.
Dalam keadaan yang tidak terbayangkan, Nabi Yunus ditelan oleh ikan Nun. Berada dalam gelap gelita, Nabi Yunus tidak kehilangan iman. Dari dalam perut ikan, dengan penuh keikhlasan, beliau memohon keampunan kepada Allah.
Doa beliau, yang dikenal dalam Al-Quran Surah Al-Anbiya ayat 87, merupakan pengakuan kesalahan dan permintaan ampun yang tulus kepada Sang Pencipta.
Allah Yang Maha Pengampun, mendengar dan mengabulkan doa Nabi Yunus. Setelah 40 hari dan 40 malam, ikan Nun memuntahkan beliau ke daratan.
Nabi Yunus kembali ke kaumnya dengan hati yang penuh rasa syukur dan mendapati bahawa mereka telah berubah dan menerima ajaran yang dibawa.
Kisah Nabi Yunus mengajarkan kita tentang pentingnya kesabaran, keikhlasan dalam doa, dan pentingnya memohon keampunan. Setiap kesulitan yang kita hadapi, seberat apapun itu, selalu ada hikmah yang bisa kita ambil.
Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang memohon dengan tulus dari hati.
Selain itu, cerita ini juga mengingatkan kita tentang kebesaran dan kasih sayang Allah.
Bagaimana seorang Nabi dapat diberi kesempatan kedua setelah menyadari kesalahannya menunjukkan bahawa pintu taubat selalu terbuka untuk siapa saja.
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di muka mengundang kemarahan ramai.
Pengurus operasi pusat jagaan itu, berkata dia dimaklum seorang kanak-kanak lelaki penghuni pusat itu ditampar dan ditumbuk seorang guru.
Beliau berkata, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Johor Bahru.
Katanya, mangsa ditampar dan ditumbuk di pipi sebelah kanan oleh seorang guru lelaki disebabkan berlaku perselisihan faham dengan murid lain di makmal komputer.
“Boleh ke cikgu lelaki sekolah sepak muka budak 10 tahun? Selepas tu bila budak jatuh menangis dia tumbuk pula.
“Lepas tu rentap rambut dan seret budak punya rambut sampai ke ofis. Sebab dia tak ada mak bapa, cikgu berani buat begitu kepada anak TBQ Amal?
“Sebab dia duduk di rumah kebajikan maka boleh perlakukan budak ini lebih teruk dari binatang?” tulisnya di Facebook.
Dakwanya lagi, kejadian ini berlaku disebabkan murid tersebut dikatakan berkelakuan nakal namun tindakan guru terbabit dianggap keterlaluan.
“Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak. Walau nakal macam mana sekali pun, ikutlah SOP.
“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut SOP KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) bukan belasah budak ikut nafsu sampai blue black (lebam) muka budak,” katanya lagi.
Menurut pelayar itu, pusat kebajikan tersebut akan membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya diambil.
Sementara itu, memetik laporan BHarian, pengurus operasi pusat jagaan itu mengesahkan telah membuat laporan di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, pada Khamis.
Kes seorang kanak-kanak enam tahun yang maut kerana tersepit di celah meja lipat banyak membuka mata orang ramai akan bahayanya yang tidak boleh dipandang...