Generasi 80-an dan 90-an mesti tahu kisah seram ‘Hantu Lilin’ ini. Ianya pernah viral gara-gara sebuah keluarga terakam satu entiti seram dalam gambar yang mereka ambil di satu lokasi yang terletak di Johor Bahru.
Kisahnya berlaku apabila mereka datang beriadah di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada waktu malam untuk menikmati angin laut dan pemandangan.
Sebagai kenangan, mereka sekeluarga pun bergambar di hadapan air pancut yang terletak di tepi menara jam.
Ads
Apa yang mengejutkan, apabila filem kamera itu dicuci (pada waktu itu kamera digital masih belum digunakan lagi) terdapat imej seseorang yang tidak dikenali sedang memegang lilin.
Ads
Keluarga tersebut telah menghubungi salah sebuah akhbar terkenal di Malaysia. Setelah meneliti negatif filem gambar tersebut barulah wartawan akhbar tersebut percaya dan menerbitkan cerita itu.
Ads
Kisah HANTU LILIN ini menjadi tajuk utama akhbar dan memberi impak yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Seluruh Malaysia hangat memperkatakan mengenai kewujudan makhluk ghaib ini.
Ianya berlanjutan hampir setahun sehinggalah kisah ini dilupakan. Malah makhluk itu tidak pernah lagi muncul selepas itu walaupun ada khabar angin mengatakan dia pernah menjumpai Hantu Lilin di kawasan lain namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Hai adik-adik! Suka menyanyi macam adik Iman Darwisy tak? Mari, kita berkenalan dengan adik Iman Darwisy.
Iman Darwisy merupakan bintang muda yang berbakat, memukau penonton dengan suaranya yang merdu. Saksikan adik Iman bertemu bual bersama Kak Cem di siri BK Fantastic | Bintang Kecil.
Iman Darwisy merupakan pemenang bagi Bintang Kecil RTM 2023 peringkat Wilayah Persekutuan.
Menurut Iman Darwisy, bakatnya diasah oleh ibunya, yang turut menyukai menyanyi. Iman menyerlahkan bakat nyanyiannya bermula umur 5 tahun! Hebat sungguh!
Walaupun bakatnya sudah menyerlah, pesanan ibu dan bapanya masih segar dalam ingatan agar “jangan over”, “jangan selfish” dan “jangan berlagak”.
Setiap penampilan nyanyian daripada Iman Darwisy sentiasa memikat, di mana vokalnya yang mantap berjaya mencuri perhatian ramai.
Menurut adik Iman lagi, terdapat beberapa pertandingan, antaranya Asia Talent Search.
Mari bersama-sama untuk menyokong adik Iman untuk menjadi penyanyi yang hebat akan datang!
Sebagai salah satu peserta program Bintang Kecil, Iman Darwisy jelas menunjukkan potensi besar dalam dunia seni suara. Program ini memang terkenal kerana mengetengahkan bakat kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang seni persembahan.
Adik-adik boleh menonton aksi penuh Iman Darwisy di YouTube!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak? Mulai tahun 2027, semua murid Tahap 1 di Malaysia akan belajar satu subjek baru yang sangat special. Nama dia pun dah cool, Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu.
Kalau korang fikir ini macam subjek biasa, sebenarnya tak sama langsung! Subjek ni macam “super subject” sebab gabungkan banyak benda yang kita suka dan jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Bayangkan satu buku yang gabungkan:
Semua ni ada dalam satu subjek! Haa, best kan? Tak payah pening dengan banyak buku. subjek Alam dan Manusia ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk jadikan pembelajaran lebih seronok, kreatif dan dekat dengan kehidupan seharian kita.
Dulu, murid kena bawa banyak buku:
Empat buku kena bawa setiap hari, berat macam bawa batu tapi mulai 2027, hanya satu buku yang menggabungkan semuanya. Beg ringan, hati pun senang.
Dalam subjek Alam dan Manusia, murid bukan sekadar baca buku. Mereka akan buat aktiviti gabungan seperti:
Kelas jadi macam playground pembelajaran yang penuh idea dan imaginasi!
Guru pun dapat manfaat besar dengan subjek Alam dan Manusia sebab mereka boleh fokus pada satu subjek besar. Mereka boleh:
Bila guru happy, murid pun lagi la happy!
Ramai parents dan guru setuju subjek ni sangat bagus kerana:
Zaman sekarang, murid perlukan cara belajar yang fleksibel, seronok dan relevan. Subjek Alam dan Manusia adalah langkah besar ke arah itu.
Dengan subjek baru ini, murid akan:
Belajar bukan lagi sekadar duduk dan baca. Belajar jadi hidup, penuh warna dan imaginasi.
Sebenarnya, perubahan ini bukan saja untuk murid, tapi untuk seluruh sistem pendidikan kita. Jadi nanti bila masuk tahun 2027, korang sendiri akan rasa, “Eh… seronok juga belajar subjek ni!” dan mungkin, ini akan jadi subjek kegemaran ramai murid di seluruh Malaysia.
Sumber: Sinar Bestari
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati:
* Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang.
* Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah.
* Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang.
* Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati:
* Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira.
* Kurang berdikari kerana takut berbuat silap.
* Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah.
* Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli.
*Mempunyai tahap akademik yang rendah.
* Mempunyai skil sosial yang rendah.
* Cenderung kepada keganasan.
* Terdedah kepada masalah kesihatan mental.
Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati:
* Lebih tenang dan gembira.
* Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang.
* Berjaya mencapai tahap akademik yang baik.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi.
* Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling.
* Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.
* Tidak cenderung kepada keganasan.
Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati:
* Lebih impalsif dan kurang kawalan diri.
* Tidak berupaya untuk mengawal emosi.
* Tiada empati terhadap orang lain.
* Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku.
* Cenderung kepada masalah kesihatan mental.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!