Ads

Semak Tawaran MRSM & SBP 2026 Hari Ini!

Ada berita TERBAHARU yang penting untuk korang dan mak ayah tau! Menerusi perkongsian Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), ibu bapa dan pelajar kini sudah boleh mula membuat semakan MRSM 2026 serta Sekolah Khusus bagi sesi persekolahan akan datang. Yeayyy!

Berita ini pastinya dinanti-nantikan oleh ramai pelajar yang menyimpan impian untuk menyambung pengajian di institusi pendidikan berprestij di bawah MARA. Kalau korang atau abang kakak tengah tunggu keputusan, inilah masanya untuk ambil tahu dan bertindak segera.

Semak Tawaran MRSM & SBP 2026 Hari Ini!

Siapa Yang Terlibat Dalam Semakan Ini?

Untuk makluman semua, proses semakan MRSM 2026 ini melibatkan beberapa kategori pelajar yang telah membuat permohonan sebelum ini, antaranya:

  • Murid Tingkatan 1
  • Murid Tingkatan 4
  • Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Setiap kategori mempunyai laluan dan sistem semakan yang berbeza, jadi pastikan mak ayah serta pelajar memahami kategori masing-masing sebelum membuat semakan.

Tarikh Penting Yang Korang Kena Ingat

Bahagian ini sangat penting dan tidak boleh diambil ringan. Sila catat dan simpan tarikh-tarikh berikut:

Ads
  • Semakan keputusan & rayuan:
    26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
  • Tarikh pendaftaran pelajar berjaya:
    13 Januari 2026
  • Semakan keputusan rayuan:
    6 hingga 10 Februari 2026

Kelewatan membuat semakan atau pendaftaran boleh menyebabkan tawaran terbatal, jadi pastikan semua tarikh ini dipatuhi.

Semak Tawaran MRSM & SBP 2026 Hari Ini!

Macam Mana Nak Buat Semakan MRSM 2026?

Tak susah langsung, semuanya boleh dibuat secara atas talian. Calon hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing.

Ads

Semakan Untuk Tingkatan 1

👉 Calon Tingkatan 1 boleh membuat semakan melalui pautan rasmi berikut:

https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1

Untuk kategori lain seperti Tingkatan 4 dan SVM, semakan perlu dibuat mengikut kategori sekolah asal pelajar. Pastikan korang klik pautan yang betul supaya tidak berlaku kekeliruan.

Ads

Pesanan Penting Untuk Mak Ayah & Pelajar

Mak ayah sangat digalakkan untuk tidak menangguhkan proses semakan MRSM 2026. Ini kerana sebarang masalah teknikal, kesilapan maklumat atau kelewatan boleh memberi kesan kepada proses pendaftaran.

Bagi pelajar yang berjaya mendapat tawaran, tahniah kami ucapkan! Ini adalah hasil usaha, disiplin dan doa yang tidak pernah putus. Gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Bagi yang belum berjaya, jangan patah semangat. Peluang rayuan masih terbuka dan ramai pelajar sebelum ini berjaya melalui laluan tersebut. Teruskan berusaha, yakin pada diri sendiri dan jangan berhenti berdoa.

Semoga impian korang untuk melangkah masuk ke MRSM atau Sekolah Khusus menjadi kenyataan. Semoga berjaya dan good luck kepada semua calon!

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Cuti Sekolah Jangan Bazir! Ini Tip Best Supaya Masa Tak Terbuang!

Cuti sekolah tak semestinya membosankan. Ini tip best untuk isi masa cuti sekolah dengan aktiviti seronok, bermakna dan tak buang masa.