Bagi menyokong penganjuran Festival Budaya Malaysia (FBM) 2025, Grup Famili & Parenting Nu Ideaktiv Sdn Bhd  iaitu Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil, tampil dengan pelbagai aktiviti berteraskan kebudayaan. Penganjuran ini bukan sekadar hiburan, tetapi platform untuk meraikan kepelbagaian tradisi serta menyalakan rasa bangga terhadap identiti bangsa.

Himpunan Anak Budaya, Meriahnya Etnik Malaysia!

Pada 13 September 2025, Himpunan Anak Budaya menjadi tarikan utama apabila 70 kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun tampil anggun dalam busana tradisional. Mereka mewakili pelbagai kaum di Malaysia, menzahirkan keindahan budaya melalui pakaian yang penuh warna dan simbolik. Kehadiran anak-anak kecil ini membuktikan bahawa warisan bangsa terus hidup dan diwarisi sejak usia muda.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Jom Mewarna Mega

Pada hari yang sama, program Jom Mewarna Mega berlangsung dengan tema kebudayaan, melibatkan 70 peserta cilik berusia 5 hingga 12 tahun. Aktiviti ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengekspresikan kreativiti mereka, selain menyemai rasa cinta terhadap budaya melalui hasil lukisan yang penuh imaginasi dan warna-warni.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Himpunan Martial Art

Keesokan harinya, 14 September, FBM 2025 dimeriahkan lagi dengan Himpunan Martial Art yang menyaksikan empat persatuan bergabung mempersembahkan seni mempertahankan diri.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Silat Seni Gayong Gelanggang Kumbang Hitam, A Team Martial Art Academy untuk Taekwando, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia serta Raff Teras Muay Thai tampil dengan keunikan gerak masing-masing.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Lebih mengujakan, penonton turut disajikan dengan persembahan khas oleh bekas juara Hero Remaja 2017/2018, Alif Muhaimin, yang memukau dengan aksi Muay Thai.

Ads

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

BK Fantastic X KEWPIE, Peserta Tonjol Bakat Hebat!

Pada sebelah petang 14 September, pentas utama menyaksikan konsert akhir BK Fantastic X KEWPIE. Seramai 10 finalis cilik mempamerkan bakat luar biasa seperti tarian, nyanyian, bermain alat muzik tradisional hingga seni bercerita.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Persembahan hebat dan penuh tenaga para peserta telah diadili oleh selebriti terkenal,Mark Adam bersama Penolong Editor Pengurusan Grup Famili & Parenting, Shahir Rahim, dengan pengacaraan ceria Fiza Frizzy. Memang gamat!

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Kehebatan Para Pemenang

Sorakan penonton memuncak apabila kumpulan Setia Kesuma dinobatkan sebagai Juara dengan tarian Melayu kontemporari, membawa pulang wang tunai RM400, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.

Ads

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Gelaran Naib Juara pula menjadi milik Forces Crew dengan persembahan Aerodanze yang mengagumkan, disertai hadiah wang tunai RM300, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Di tempat ketiga, Beby El berjaya mencuri perhatian dengan tarian Bollywood penuh bertenaga, membawa pulang wang tunai RM300, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Tempat keempat pula disandang Auni Humaira dengan tarian Sewang manakala Hafiya Dayani meraih tempat kelima dengan persembahan bercerita. Kedua-dua mereka menerima wang tunai RM100, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.

Ads

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Lima pemenang saguhati turut diraikan iaitu Jeanette Lim, Ifra Mikayla, Aduqa & Iris, Kumpulan Akasia dan Dewi Qaseh. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM50, produk KEWPIE serta hamper istimewa dari Bintang Kecil sebagai penghargaan bakat dan usaha yang ditonjolkan.

Belajar Menu Sihat Bersama KEWPIE

Selain persembahan, KEWPIE turut menyerikan festival tersebut dengan Egg Sandwich Class sepanjang lima hari berlangsung. Pengunjung bukan sahaja dapat belajar menyediakan sandwic telur yang sihat, malah membawa pulang produk KEWPIE.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Lebih menarik, slot Shake Cup Salad bersama finalis BK Fantastic X KEWPIE dan Fiza Frizzy menjadikan sesi ini lebih interaktif serta menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Finalis BK Fantastic X KEWPIE Gamatkan Pentas Dengan Warna Budaya

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Semarakkan Rasa Cinta Budaya

FBM 2025 membuktikan bahawa budaya boleh diraikan dengan pelbagai cara iaitu melalui pakaian, seni, makanan, mahupun kreativiti kanak-kanak. Semoga acara hebat sebegini terus menjadi platform untuk merapatkan masyarakat, membuka mata rakyat Malaysia terhadap keunikan etnik, serta menyemarakkan rasa cinta kepada kepelbagaian budaya tanah air.