Pernah tak korang tengok pelangi lepas hujan? Cantik betul, kan! Warna dia ada merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Tapi pernah tak korang terfikir, kenapa pelangi tak ada warna hitam? Artikel ni akan bongkar rahsia sains di sebalik warna pelangi yang selalu buat kita terpesona.
Selepas Hujan, Datanglah Pelangi
Pelangi muncul bila cahaya matahari bertemu dengan titisan air hujan di udara. Air tu bertindak macam cermin kecil yang memecahkan cahaya matahari kepada banyak warna indah.
Matahari sebenarnya mengandungi semua warna cahaya. Tapi bila ia “terbelah” melalui titisan air hujan, muncullah tujuh warna cantik yang membentuk pelangi. Namun, warna hitam tidak termasuk sebab ia bukan sebahagian daripada cahaya pelangi.
Ads
Kenapa Pelangi Tak Ada Warna Hitam?
Warna hitam sebenarnya bukan cahaya, tapi ketiadaan cahaya. Maksudnya, kalau tiada cahaya langsung, barulah kita nampak hitam. Pelangi pula terjadi kerana cahaya matahari yang terang, jadi warna hitam memang tak boleh muncul sebab pelangi terbentuk daripada cahaya, bukan kegelapan!
Bayangkan kalau pelangi ada warna hitam, mesti nampak pelik macam garis kosong di langit. Sebab tu, pelangi hanya menampilkan warna yang datang daripada cahaya, bukan dari kegelapan.
Ads
Macam Warna Cat Juga!
Kalau kamu campur semua warna cat, hasilnya akan jadi warna gelap atau hitam. Tapi kalau campur semua warna cahaya, hasilnya ialah putih! Ini sebab warna hitam bukan sebahagian daripada cahaya, tapi hasil campuran warna bahan seperti cat atau pensel warna kita.
Ads
Jadi, sebab utama kenapa pelangi tak ada warna hitam ialah kerana pelangi terbentuk daripada cahaya matahari yang terang. Warna hitam pula ialah ketiadaan cahaya, jadi ia takkan pernah wujud dalam pelangi sebenar.
Pelajaran Dari Pelangi
Pelangi ajar kita satu perkara penting — walaupun setiap warna berbeza, bila bergabung, jadilah sesuatu yang indah dan menggembirakan semua orang. Macam kita juga! Tak kira warna kulit, latar belakang, atau perangai, bila kita bekerjasama, dunia jadi lebih ceria dan penuh makna.
Fakta Ajaib Tentang Pelangi
Warna pelangi sentiasa dalam urutan yang sama di seluruh dunia.
Kamu cuma boleh nampak pelangi jika berada pada sudut tertentu berbanding cahaya matahari.
Kadang-kadang ada pelangi berganda, satu terang dan satu lagi samar.
Rahsia Sebenar Kenapa Pelangi Tak Ada Warna Hitam
Kesimpulannya, pelangi tak ada warna hitam sebab ia lahir daripada cahaya, dan warna hitam pula ialah kegelapan tanpa cahaya. Jadi, bila nampak pelangi selepas hujan, senyum dan ingat, semua warna itu tanda keindahan alam ciptaan Tuhan yang menggembirakan hati kita.
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, team Bintang Kecil telah di undang untuk turut sama merasai kemeriahan acara ini.
Lebih dari 2000 orang murid hadir bagi meraikan acara ini, gabungan dari sesi pagi dan petang.
Memilih tema ‘Bangsawan Melaka’, guru-guru hadir dengan baju yang sangat kreatif dan mencuit hati. Masa inilah mereka ingin melaram kan?
Istimewa sambutan hari guru di SKBK 2 ini adalah acara sukaneka telah di kendalikan oleh murid-murid sekolah itu sendiri seperti boling kelapa, dayung sampan dan banyak lagi.
Menjadi tradisi sekolah ini, setiap kali sambutan Hari Guru para pengawas akan diberikan amanat untuk menyampaikan cenderahati kepada setiap guru.
Suasana sambutan memang meriah lebih-lebih lagi setiap murid membawa hadiah dari mereka sendiri untuk para pendidik yang telah banyak menabur jasa kepada mereka ini.
Kami di Bintang Kecil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih guru kerana menjadikan kami insan yang berguna.
Adik-adik tahu tak ‘The Chosen One 2024’ telah kembali lagi?
Astro kembali memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini. Seramai 16 peserta berbakat dari seluruh Malaysia, berumur 11 hingga 17 tahun, telah dipilih untuk menyertai The Chosen One 2024!
Mereka ini mempunyai latar belakang yang hebat! Antaranya, juara pertandingan nyanyian, bintang media sosial, dan juga bakat baru yang belum pernah bertanding sebelum ini.
Dari 16 peserta ini, hanya 8 duo yang berjaya memikat hati coach selebriti akan dipilih untuk bergandingan dengan mereka. Setiap duo akan bersaing di pentas utama untuk merebut gelaran juara. Siapakah yang akan menjadi bintang seterusnya!
Adik-adik ini akan digandingkan dengan penyanyi terkenal seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat sebagai coach untuk merebut gelaran juara. Bukan calang-calang orang barisan coach kali ini!
Musim kedua ini akan jadi lebih hebat dengan Dato’ Awie, legenda rock Malaysia, sebagai juri tetap! Bersama beliau, ada Jaclyn Victor, penyanyi hebat yang dah menang banyak anugerah.
Setiap episod akan dikendalikan oleh hos yang kelakar dan ceria, Jihan Muse, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni. Mereka semua akan memastikan rancangan ini penuh aksi dan keseronokan!
Jangan lupa saksikan ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini! Setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).
Kata orang, kalau nak melentur bulu biarlah dari rebungnya. Bila didik anak tu biar masa mereka masih kecil sebab mudah faham dan dapatlah mereka biasakan dengan sesuatu perkara dan boleh jadi lebih pandai dan berdikari sepanjang nak membesar.
Keletah comel anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam sering mencuri perhatian ramai. Biarpun masih kecil, tetapi Rina anak yang sangat bijak dan boleh berdikari. Video-video Rina ketika makan sering dipuji ramai kerana dia boleh makan tanpa tumpah serta sentiasa menghargai setiap masakan Ommanya.
Begitu juga dengan Maryam yang sangat menitikberatkan tentang surviving skills terhadap anaknya. Terbaru, Maryam berkongsi video Rina sedang membasuh bajunya sendiri. Sambil merakam video anaknya, Maryam memberikan kata-kata semangat dan memuji Rina.
Tanpa perlu diajar, Rina membasahkan baju serta menggunakan sabun untuk mencuci pakaiannya itu. Bukan itu saja, dia turut menggosok serta membilas baju dengan air.
Malah, Rina turut menghalang Maryam dari membantunya. Dia menyuruh Maryam pergi dan biarpun memberitahu mahu tolong, Rina tidak membenarkannya.
Ternyata ramai yang terhibur dengan video tersebut dan memuji kecerdikan Rina. Antaranya komen yang ditinggalkan rata-rata memuji Maryam yang mendidik Rina berdikari dari kecil serta betapa bagusnya Bahasa Melayu Rina.
Eiii.. Geramlah dengan Rina ni! Semoga terus membesar menjadi anak yang baik dan membanggakan Omma dan Appa okay!
Nikmati keseronokan sebenar dengan main di taman bersama kawan! Ketahui kenapa dunia luar lebih menyeronokkan daripada skrin dan bagaimana aktiviti ini membantu badan serta minda jadi lebih sihat.