Ads

Kenapa Nyamuk Asyik Gigit? Peliklah!

Pernah tak korang alami situasi ni? Tengah duduk lepak dengan kawan-kawan, sama ada kat taman atau kedai makan. Tiba-tiba korang seorang je yang asyik tepuk tangan, garu kaki, garu tangan. Rasa gatal satu badan!  Kawan kat sebelah pula? Relaks je. Tak kena gigit langsung!

Lepas tu mesti ada yang cakap, “Ha… kau ni darah manis kot. Sebab tu nyamuk suka!”

Tapi betul ke sebab darah manis? Atau sekadar mitos je?

Kenapa Nyamuk Asyik Gigit? Peliklah!

Rupanya… Bukan Mitos Tau!

Saintis dah buktikan, memang ada orang yang lebih disukai nyamuk. Malah, kira-kira 20 peratus manusia di dunia ni ialah ‘magnet nyamuk’. Kalau korang selalu kena gigit, mungkin korang termasuk dalam kumpulan ni.

Ads

Jom tengok kenapa nyamuk suka pilih-pilih mangsa.

1. Jenis Darah

Haa, ni penting! Kajian dapati nyamuk paling suka darah jenis O. Orang berdarah O boleh kena gigit hampir dua kali lebih banyak berbanding darah jenis A. Darah B pula sederhana je. Nyamuk boleh ‘hidu’ jenis darah kita melalui kulit tau. Hebat kan?

2. Nafas Kita

Nyamuk suka karbon dioksida (CO2) yang kita hembus bila bernafas. Siapa yang keluarkan CO2 lebih banyak?
– Orang yang baru lepas berlari atau bersukan
– Orang bersaiz badan lebih besar
– Ibu mengandung

Ads

Sebab tu lepas main kejar-kejar, nyamuk pun datang menyerbu!

3. Bau Peluh

Nyamuk memang suka bau tertentu dari peluh kita, terutama bila badan panas. Bau ni datang dari bahan seperti asid laktik dan ammonia. Pada nyamuk, bau ni macam bau makanan sedap.

4. Warna Baju

Korang tahu tak nyamuk juga guna mata? Nyamuk lebih senang nampak orang yang pakai baju warna gelap macam hitam, biru gelap atau merah. Kalau pakai warna cerah macam putih atau kuning, nyamuk susah sikit nak kesan.

Ads

Jadi kesimpulannya kalau korang selalu kena gigit, bukan sebab korang tak mandi ya. Mungkin sebab darah korang jenis O, bau badan korang ‘menarik’, atau baju korang warna gelap.

Kenapa Nyamuk Asyik Gigit? Peliklah!

Tip Elak Nyamuk Untuk Budak Bijak

✔️ Pakai baju warna cerah
✔️ Elakkan duduk luar waktu senja lama-lama
✔️ Sapu losyen penghalau nyamuk
✔️ Jangan bagi nyamuk buat ‘pesta makan’ atas badan kita!

Ingat ya, jangan derma darah percuma pada nyamuk. Badan kita untuk kita, bukan untuk nyamuk Aedes!

https://www.youtube.com/watch?v=1ScoHQN9zYo

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Kenapa Ramai Murid Perempuan Pilih Puteri Islam?

Puteri Islam, salah satu pakaian beruniform khas untuk murid perempuan di sekolah rendah. Di Malaysia, kokurikulum Puteri Islam biasanya mula disertai oleh murid Tahun 4 hingga Tahun 6.