
Pernah tak jadi macam ni? Main hujan seronok-seronok petang ni, esok pagi bangun hidung berair, tekak sakit sikit atau badan rasa panas.
Terus ada orang cakap, “Ha kan, mandi hujan la tu!”. Tapi sebenarnya… hujan tak bersalah pun! Ada sebab lain kenapa badan kita boleh jatuh sakit lepas kena hujan.

Penyakit Tak Datang Sendiri
Sebenarnya, kita tak boleh sakit hanya sebab hujan je. Demam dan selsema berlaku sebab virus kecil yang masuk dalam badan kita.
Virus ni tak nampak dengan mata, tapi dia suka cari badan yang letih dan sejuk.
Jadi kalau korang main hujan, yang buat kita sakit bukan air hujan, tapi keadaan badan kita masa tu.
Kenapa Badan Senang Kena Virus Lepas Hujan?
Bila hujan turun, cuaca jadi sejuk. Bila badan sejuk sangat, sistem pertahanan badan kita boleh jadi lemah sikit.
Lagi-lagi kalau:
Kurang tidur
Tak makan sayur dan buah
Asyik duduk je, tak bergerak
Badan dah memang letih
Masa inilah virus suka datang menyapa, “Hi, aku nak masuk!”

Haa… Kenapa Lepas Hujan Hidung Berair?
Pernah perasan tak, lepas basah kena hujan, tiba-tiba hidung berair macam paip bocor?Jangan risau. Itu normal!
Bila cuaca sejuk, hidung kita akan hasilkan lebih air untuk panaskan udara yang kita sedut masuk. Ia macam jaket untuk hidung, supaya hidung kita tak luka dan tak kering.
Sebab tu hidung jadi berair, bukan sebab terus kena selsema pun.
Jadi, Boleh Ke Main Hujan?
Jawapannya… BOLEH! Main hujan tu seronok, boleh buat kita gembira dan aktif.
Tapi kena buat dengan betul.
Lepas main hujan:
✔️ Terus mandi dan tukar baju
✔️ Lap rambut sampai kering
✔️ Minum air suam
✔️ Jangan duduk bawah aircond kuat-kuat
Bila badan kita panas dan selesa, virus pun susah nak masuk.

Kesimpulannya
Hujan bukan punca kita sakit. Yang buat kita mudah sakit ialah:
Badan terlalu sejuk
Badan penat
Sistem pertahanan badan lemah
Jadi tak salah nak main hujan. Asalkan lepas tu jaga diri betul-betul. Hujan tetap kawan,
asal kita pandai jaga badan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







