Selepas sambutan Hari Kemerdekaan ada sambutan apa? Sambutan Hari Malaysia!

Adik-adik, bila sambutan Hari Malaysia? Tak tahu?

Hari Malaysia ini berlaku pada 16 September 1963. Hari Malaysia ini merupakan hari bentuknya semua kaum, budaya dan agama telah bergabung dan menjadi negara Malaysia yang perpaduan tau!

Jadi, setiap tahun pada 16 September, adik-adik kena ingat untuk menyambut sambutan Hari Malaysia ini sebagai tanda penghargaan atas pembentukkan negara Malaysia.

Apa yang adik-adik boleh buat? Disini terdapat 10 aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika sambutan Hari Malaysia.

1. Upacara Perbarisan dan Perarakan
Adik-adik boleh sertai atau tonton perbarisan yang dianjurkan oleh kerajaan di bandar-bandar utama. Macam pembarisan waktu Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka!

Perbarisan ini melibatkan pasukan beruniform, agensi kerajaan, serta pelbagai komuniti. Jangan lepaskan peluang ni!

2. Mengibarkan Jalur Gemilang
Kalau adik-adik nak tahu, mengibarkan Jalur Gemilang ni bukan hanya ketika Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia je.

Adik-adik boleh ajak ahli keluar untuk menghias rumah dan kenderaan, dengan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotisme. Macam kereta ni!

Ads

10 Aktiviti Menarik Ketika Sambutan Hari Malaysia!

3. Persembahan Budaya dan Seni Tradisional
Bulan Ogos merupakan Bulan Kemerdekaan. Jadi, terdapat banyak persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan.

Adik-adik boleh menghadiri ke persembahan kebudayaan yang menampilkan tarian tradisional, muzik, dan teater dari pelbagai kaum di Malaysia.

Disini, adik-adik boleh belajar tentang pelbagai kaum lebih mendalam!

4. Program Komuniti
Program komuniti ni bagus sebab seluruh masyarakat akan bersama dan saling membantu.

Antara aktiviti sukarela yang boleh adik-adik sertai ialah gotong-royong, atau kempen kebersihan di kawasan setempat.

Ads

Selain daripada mengenali satu sama lain, adik-adik juga boleh menjaga kebersihan alam sekitar. Adik-adik juga boleh musnahkan pembiakan nyamuk Aedes!

5. Pameran Sejarah dan Budaya
Lawati muzium atau galeri yang menganjurkan pameran khas tentang sejarah Malaysia, kemerdekaan, dan perpaduan nasional.

Banyak sejarah yang adik-adik boleh belajar terutamanya sejarah sebelum kemerdekaan dan bagaimana negara kita mendapat kemerdekaan.

6. Pertandingan Patriotik
Adik-adik boleh sertai pertandingan seperti kuiz sejarah Malaysia, perarakan pakaian tradisional, atau pertandingan mewarna Jalur Gemilang yang dianjurkan untuk kanak-kanak.

7. Sesi Tayangan Filem Patriotik
Ada beberapa pawagam atau siaran televisyen yang akan menyiarkan sesi tayangan filem bertema kemerdekaan dan sejarah Malaysia.

Ads

Adik-adik mesti tidak pernah menonton filem seperti “Tanda Putera” atau “Bukit Kepong”

8. Aktiviti Melukis Muka (Face Painting)
Aktiviti melukis muka bertemakan Jalur Gemilang atau simbol-simbol patriotik yang menarik ini adik-adik pasti suka! Selalu mesti ada di festival atau acara sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

10 Aktiviti Menarik Ketika Sambutan Hari Malaysia!

9. Cerita dan Lagu Patriotik
Acara sesi bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan atau kisah tentang pelbagai kaum di Malaysia, sangat menarik untuk adik-adik sertai.

Diikuti dengan sesi nyanyian lagu-lagu patriotik seperti “Tanggal 31” dan “Jalur Gemilang.”

Adik-adik kan berbakat besar! Mesti boleh punya!

10. Aktiviti Sukan
Sertai acara sukan seperti larian amal, sukaneka, atau permainan tradisional yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Berlari Amal Mini (Mini Fun Run) adalah satu acara yang adik-adik boleh sertai.