
Korang selalu craving pizza tak? Kadang-kadang bila lapar, nak tunggu orang hantar memang buat mood terus hilang. Sebab itu Roti Pizza DIY jadi pilihan ramai sebab lima minit pun dah siap. Sesuai sangat untuk minum petang, bekal sekolah atau buat sambil tengok kartun. Jom kita jadi Mini Chef!

Apa Bahan Untuk Roti Pizza DIY?
Bahan dia simple sangat. Mesti semua ada dekat rumah korang.
- 1 keping roti
- Sos tomato atau sos pasta
- Keju parut atau keju slice
- Topping: sosej, jagung, tomato, ayam carik, cendawan
- Sedikit oregano atau black pepper untuk aroma
Tips Mini Chef: Kalau nak rupa cantik, pilih topping warna-warni. Lagi meriah, lagi sedap mata memandang.

Cara Buat Roti Pizza Simple
Ini bahagian paling menyeronokkan. Korang boleh hias dan cipta pizza ikut kreativiti masing-masing.
1. Sapu Sos
Ambil roti dan sapu sos tomato rata-rata. Jangan tebal sangat supaya roti tidak menjadi lembik.
2. Tabur Keju
Bahagian kegemaran semua orang! Tabur keju banyak-banyak. Lagi banyak, lagi meleleh.
3. Letak Topping Ikut Kreativiti Korang
Nak bentuk senyum? Bentuk hati? Atau huruf nama sendiri? Semua boleh! Inilah masa untuk tunjuk kreativiti.
4. Bakar Sekejap Je
Minta bantuan mak ayah untuk masukkan ke air fryer selama 5 minit atau bakar dalam oven sampai keju cair.
Bila keluar… fuhhh bau dia memang membuatkan semua orang lapar!

Kenapa Seronok Buat Roti Pizza DIY?
- Korang boleh pilih topping sendiri
- Senang buat, tak perlu guna pisau atau api
- Siap dalam masa yang sangat cepat
- Nampak macam chef betul bila dah siap
- Seronok buat bersama adik beradik atau kawan
Bila korang buat sendiri, korang akan rasa bangga dan lebih berani cuba masak benda lain juga!
Tip Tambahan Untuk Buat Roti Pizza DIY Lebih Sedap
Kalau korang nak levelkan rasa, korang boleh tambah sedikit mentega pada roti sebelum sapu sos. Roti akan jadi lebih rangup bila dibakar. Korang juga boleh campurkan sedikit bawang putih cincang kalau suka aroma yang padu. Cara ini buat Roti Pizza DIY korang rasa macam makan dekat café tetapi versi mini chef!
Kalau nak jadikan aktiviti keluarga, ajak adik beradik buat versi masing-masing. Ada yang suka pedas, ada yang suka cheesy, ada yang suka topping penuh warna. Aktiviti simple macam ini pun boleh buat bonding jadi lebih seronok.
Kesimpulan Mini Chef
Roti Pizza DIY bukan saja sedap, tapi buat korang rasa “Wow! Aku pun boleh masak!”
Lepas ni kalau lapar, tak payah tunggu mak ayah beli apa-apa. Korang boleh masuk dapur dan buat sendiri. Senang, cepat dan menyeronokkan. Jom jadi chef kecil!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







