Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak-anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah.
Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank.
Tak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya, aplikasi Bank Islam (BIMB) kini telah menambah ciri khusus iaitu berfungsi untuk tukar duit raya secara atas talian.
Penukaran ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Bank Islam dalam menjalankan urusan perbankan dengan lebih pantas dan efisien serta meningkatkan pengalaman secara keseluruhan.
Cara tukar duit raya guna aplikasi Bank Islam
Ads
1. Log masuk ke akaun anda menggunakan aplikasi BIMB seperti biasa. Kemudian, klik di bahagian ‘Jom Tukar Duit Raya’ seperti yang tertera di bawah.
Ads
2. Pilih negeri dan cawangan yang anda ingin ambil duit raya berkenaan.
3. Masukkan nilai yang anda ingin tukar.
Ads
4. Sebelum Klik ‘Submit’, pastikan semua maklumat anda betul.
Pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari dan akan dihantar melalui emel. Perkhidmatan ini boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025.
Korang tahu tak, setiap 20 November seluruh dunia sambut Hari Kanak-Kanak Sedunia? Hari ini khas untuk raikan semua budak dekat planet Bumi. Ya, termasuk korang yang tengah baca ni!
Hari ni bukan sekadar hari untuk bergembira, tapi juga hari untuk ingatkan semua orang bahawa budak-budak ialah masa depan dunia. Tanpa korang, bumi ni mesti jadi sunyi, bosan dan tak ada warna.
Rumah yang ada budak mesti penuh gelak tawa. Kadang riuh sikit lah, tapi itulah bunyinya kebahagiaan.
Hanya budak boleh jadikan penyapu sebagai pedang, kotak sebagai kereta, dan meja sebagai kapal angkasa. Kreativiti korang memang tak boleh lawan.
Hari-hari ada je benda baru korang nak buat. Korang suka baca, kira, lompat, basikal, berenang… semua korang cuba. Hebat tau!
Peluk mak ayah, bagi kata semangat pada kawan, tegur orang dengan senyuman… semua benda kecil yang buat dunia jadi lebih baik.
Tak kisah korang kecil atau besar, murid tadika atau sekolah rendah, hari ini adalah hari untuk korang rasa bangga dengan diri sendiri.
Boleh buat aktiviti seronok, contohnya:
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia membawa satu pesan penting bahawa setiap budak berhak rasa selamat, disayangi dan gembira. Suara korang penting. Perasaan korang penting. Mimpi korang pun penting.
Kadang-kadang orang dewasa pun perlukan peringatan tentang betapa bernilainya seorang budak. Korang bukan sekadar kecil tapi korang adalah insan yang penuh potensi, imaginasi dan keberanian yang tak semua orang ada. Dunia perlukan suara-suara kecil yang jujur dan penuh cahaya macam korang.
Hari istimewa ini juga mengingatkan kita bahawa setiap budak di mana saja berhak dapat peluang yang sama, peluang belajar, peluang bermain dan peluang untuk rasa bahagia. Itulah sebab kenapa sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia diraikan seluruh dunia, supaya semua orang sedar bahawa masa depan dunia bermula daripada senyuman budak-budak hari ini.
Kalau dunia ni macam langit malam, korang ialah bintang-bintang yang buat langit tu bersinar. Setiap seorang ada cahaya sendiri tak kira siapa, tak kira dari mana.
Dan korang kena tahu satu benda, walaupun korang kecil, korang tetap penting. Setiap langkah kecil yang korang buat hari ini akan bentuk dunia pada masa depan. Teruskan jadi diri korang yang penuh semangat, penuh cerita dan penuh harapan.
Jadi… Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia! Teruslah jadi diri korang yang baik, jujur, dan penuh semangat. Dunia perlukan korang untuk jadi lebih indah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang menonton rancangan The Chosen One tahun lalu, pasti korang menyaksikan perjalanan Amir Sisi yang merupakan salah seorang peserta program tersebut.
Amir juga telah di nobat sebagai pemenang The Chosen One bagi musim pertama.
Apa yang unik mengenai kawan kita ini, bukan sahaja memiliki suara yang sedap tetapi sifat yang bersahaja.
Inilah yang memikat hati ramai peminat sehingga menjadi viral di platform Tiktok bukan sahaj di Malaysia tetapi juga Indonesia.
Kalau korang nak tahu, Amir ini merupakan Orang Asli dari suku kaum Temiar. Bakatnya mula di cungkil oleh guru sekolah Amir.
Lagu nyanyiannya yang digilai ramai adalah Tiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris.
Terbaharu, Amir telah pun melancarkan sebuah lagu berjudul Ayah Ibu.
Kami di Bintang Kecil sangat berbangga dengan pencapaian Amir Sisi
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Muhammad Naim Mohd Zahir Alam terkorban selepas menunjukkan keberanian yang sangat luar biasa apabila dia cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di sungai. Walaupun dia tidak pandai berenang, dia tetap terjun ke dalam air kerana tidak sanggup melihat rakannya dalam bahaya.
Ibu kepada Muhammad Naim, Maizatuakma Zakaria, berkongsi dengan suara yang penuh sebak. Katanya, rakannya selamat, tetapi anaknya pula tidak dapat diselamatkan. Hati siapa yang tidak hancur bila dengar kisah begini.
“Anak tidak pandai berenang, tapi dia tetap mahu selamatkan rakan. Rakan selamat tapi dia yang lemas.
“Saya dimaklumkan rakan dia mandi dan dua daripadanya lemas. Muhammad Naim telah turun ke dalam air untuk selamatkan rakannya itu dan sempat dihalang oleh salah seorang lagi rakan tapi dia tetap berbuat demikian,” katanya sebak.
Muhammad Naim pergi ke sungai bersama tiga orang rakannya selepas pulang dari sekolah. Dia masih memakai baju sekolah dan belum sempat makan atau minum. Bila dua orang rakannya hampir lemas, Muhammad Naim terus masuk ke sungai untuk membantu. Seorang lagi rakan sempat menahannya, tetapi dia tetap berani mencuba.
Keberanian Muhammad Naim sangat luar biasa. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kawan.
Di rumah, Muhammad Naim ialah anak ketiga daripada lima beradik. Dia sangat rapat dengan ayahnya dan selalu membantu keluarga. Beberapa hari sebelum kejadian, ibunya perasan sesuatu yang berbeza. Biasanya Muhammad Naim berbasikal ke sekolah, tetapi kebelakangan ini dia dihantar oleh ibunya. Dia juga sangat penyayang kepada adik bongsunya yang berumur lima tahun dan sering menemani adiknya ke sekolah.
Ada satu perkara kecil yang membuatkan ibunya sangat terkilan. Muhammad Naim pernah meminta dibelikan pakaian sukan baharu untuk sekolah. Namun permintaan itu ditangguhkan dan dia diminta memakai pakaian lama dahulu. Siapa sangka, itu antara permintaan terakhirnya.
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang. Selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan, jasad Muhammad Naim ditemui pada jam 5.25 petang.
Kisah ini mengajar kita bahawa keberanian itu sangat mulia, tetapi keselamatan diri juga sangat penting. Kalau berdepan dengan bahaya seperti air sungai yang deras, kita mesti segera minta bantuan orang dewasa atau pihak yang lebih mahir.
Muhammad Naim pergi sebagai seorang wira kecil. Keberaniannya akan sentiasa dikenang dan menjadi pengajaran buat kita semua agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan. Al-Fatihah buat Muhammad Naim.
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!