Ads

Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya?

“Eee… kenapa luka sunat abang nampak melekit-lekit ni?” Haa, itulah yang selalu buat mak ayah rasa seram bila anak pertama kali bersunat. Nak cuci, takut anak sakit. Nak pegang sikit pun, anak dah menangis kuat-kuat.

Tapi jangan risau, jangan panik dulu. Sebenarnya luka sunat ni memang ambil masa untuk sembuh.

Lagi best, kita sangat bertuah sebab ada doktor baik hati, Dr. Adelin Zin, yang sudi berkongsi ilmu tentang penjagaan luka sunat dengan cara mudah difahami. Ilmu ni pula kami olah jadi infografik bersiri supaya senang nak tengok dan ingat.

Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya?

Menurut Dr. Adelin, tempoh sembuh luka sunat setiap kanak-kanak tak sama. Walaupun adik-beradik, tempohnya boleh berbeza. Biasanya, luka sunat akan sembuh dalam masa sekitar seminggu hingga tiga minggu.

Jadi, jom kita belajar sama-sama. Supaya korang lagi berani, mak ayah pun tak risau lagi.

Ads

Tempoh Nak Sembuh Luka

Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.

Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.

Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.

Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci .

Ads

Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya?

Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?

Ads

*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 

RUJUK GAMBAR BERKAITAN BERKHATAN

Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya?

Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya? Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya? Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya? Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya? Luka Sunat Belum Kering Lagi! Apa Nak Buat Ya?

 

Sumber: Dr. Adelin Zin.

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Beg Sekolah Dah Sedia? Jom Susun Buku & Balut Cantik-Cantik!

Persediaan sekolah awal tahun jadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan tips susun buku, balut cantik dan kemaskan beg sekolah bersama anak-anak.