Adik-adik tahu tak sepanjang kehidupan Nabi Muhammad dan para pengikutnya banyak cabaran yang dilalui oleh mereka.
Kesian kan? Eh, tidak ya! Ini kisah Nabi Muhammad dan para pengikutnya.
ya ini, adik-adik kena tahu semangat dan perjuangan Nabi Muhammad ini lah yang perlu ikut! Jadi, kisah ini ialah Baginda dan para pengikutnya telah menghadapi banyak cabaran di Mekah.
Mereka diseksa oleh orang Quraisy kerana menyebarkan ajaran Islam. Jahatnya mereka!
Untuk melindungi umat Islam, Nabi Muhammad menerima petunjuk daripada Allah untuk berhijrah ke Madinah.
Pada malam sebelum Hijrah, Nabi Muhammad hampir ditangkap oleh orang Quraisy, tetapi dengan izin Allah, baginda berjaya melarikan diri!
Bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar, mereka bersembunyi di Gua Thur.
Abu Bakar risau, tetapi Nabi Muhammad menenangkannya dengan berkata, “Jangan takut, Allah bersama kita.”
Setelah beberapa hari, mereka tiba di Madinah, di mana umat Islam disambut dengan penuh kasih sayang. Hijrah ini adalah langkah penting untuk menyelamatkan Islam dan memperkuatkan umatnya.
Jadi, adik-adik perlu mengambil contoh kisah Nabi Muhammad dan para pengikutnya, walaupun susah kita sentiasa percaya kepada Allah kerana Allah sentiasa membantu kita.
Selain itu, pengorbanan sentiasa diterapkan walaupun kita menyayangi sesuatu benda atau orang seperti mana Nabi sanggup meninggalkan Mekah demi umat Islam.