Kian lama Maulidur Rasul semakin dekat dengan kita. Maulidur Rasul merupakan hari penting bagi umat Islam untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, serta memperbaharui kecintaan dan keimanan kepada baginda. Selain menghadiri majlis-majlis ilmu dan perarakan, amalan berdoa dan berselawat menjadi ibadah utama dalam sambutan ini.
Selawat adalah tanda penghormatan kepada Nabi, manakala doa memohon keberkatan, rahmat, dan syafaat baginda untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dalam artikel ini, perkongsian beberapa doa dan selawat yang boleh diamalkan sepanjang Maulidur Rasul untuk menghayati hari yang penuh keberkatan ini.
1. Selawat Nabi
Selawat adalah antara amalan utama yang boleh dilakukan pada hari Maulidur Rasul. Salah satu selawat yang boleh diamalkan ialah:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Maksud: “Ya Allah, selawatkanlah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad.”
2. Doa Memohon Syafaat
Ya Allah, berikanlah kepada Nabi Muhammad tempat yang mulia, martabat yang tinggi, kedudukan yang terpuji, dan kurniakanlah kepadanya syafaat pada hari akhirat.
اللهم اجعل سيدنا محمداً شفيعنا يوم القيامة
Maksud: “Ya Allah, jadikanlah Nabi Muhammad sebagai pemberi syafaat kami pada hari kiamat.”
3. Doa Memohon Kesejahteraan
اللهم احفظنا بالإسلام قائمين، واحفظنا بالإسلام قاعدين، واحفظنا بالإسلام نائمين، ولا تشمت بنا الأعداء والحاسدين
Maksud: “Ya Allah, peliharalah kami dengan Islam ketika kami berdiri, peliharalah kami dengan Islam ketika kami duduk, peliharalah kami dengan Islam ketika kami tidur, dan janganlah Engkau memperlihatkan kami kepada musuh dan orang yang mendengki.”
4. Doa Memohon Keberkatan di Dunia dan Akhirat
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
Maksud: “Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab api neraka.”
Semoga dengan membaca selawat dan doa-doa ini, kita dapat menghayati Maulidur Rasul dengan penuh keberkatan dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.