Adik-adik pernah dengar cerita Legenda Mahsuri? Yang kena tikam dan keluar darah putih tu. Belum? Jom, kita baca bersama!

Mahsuri adalah seorang wanita cantik yang tinggal di Pulau Langkawi. Dia terkenal dengan kecantikan dan sifatnya yang baik hati.

Mahsuri berkahwin dengan seorang pahlawan bernama Wan Darus.

Namun, ketika Wan Darus pergi berperang, Mahsuri difitnah oleh wanita-wanita di kampung kerana cemburu dengan kecantikannya. Mereka menuduh Mahsuri berlaku curang dengan seorang pemuda.

Fitnah ini menyebabkan Mahsuri dihukum mati. 

Walaupun dia berulang kali menegaskan bahawa dia tidak bersalah, tuduhan itu tetap diteruskan. 

Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh dengan ditikam menggunakan tombak. Sebelum meninggal, Mahsuri berdoa agar Pulau Langkawi dilaknat selama tujuh keturunan.

Ketika tombak menembusi tubuhnya, darah putih keluar sebagai tanda kesuciannya. Selepas kejadian ini, Pulau Langkawi dilanda bencana dan malapetaka, dipercayai sebagai akibat daripada sumpahan Mahsuri.

Cerita ini mengandungi pengajaran tentang ketidakadilan, bahaya fitnah, dan kesucian hati. Adik-adik kena ingat, setiap perkara yang berlaku pasti tidak kesemuanya bersalah! 

Sumpahan Mahsuri juga menjadi satu legenda yang dipercayai sebagai sebab kesusahan yang dihadapi Langkawi selama bertahun-tahun.

Disini, adik-adik perlu tahu kisah ini amat popular di Malaysia, khususnya di Langkawi, dan sering diceritakan sebagai peringatan terhadap akibat dari kezaliman dan fitnah.