Ads
Home Kekeluargaan ‘Chicky’, Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

‘Chicky’, Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

0
‘Chicky’, Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

“Adrian hadiah terbesar dalam kehidupan kami.” Itu luahan cinta dan rasa syukur pelakon, Alif Muhaimin mengenai anak sulungnya, Muhammad Adryan yang dipilih sebagai penghias muka depan Bintang Kecil Digital 2025.

Si comel Muhammad Adryan yang dilahirkan pada 7 Mac 2024 ini sememangnya menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri. Bahkan Alif menyifatkan kehadiran Adryan begitu istimewa di hatinya.

Pelawaan Pa&Ma dan Bintang Kecil untuk menjadikan Muhammad Adryan sebagai penghias muka hadapan digital disambut baik oleh Alif. Dia dan isteri begitu teruja untuk melihat aksi comel Adryan ketika sesi fotografi berlangsung.

'Chicky', Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

 

Terharu Pelawaan Pa&Ma & Bintang Kecil

Ujar Alif lagi, dia dan isteri tidak menyangka pelawaan untuk menjadikan anaknya sebagai muka depan Pa&Ma dan Bintang Kecil namun amat bersyukur kerana sesi fotografi itu berjalan lancar.

“Bila Pa&Ma invite untuk jadi cover. Mula-mula rasa risau juga sebab takut dia menangis atau macam mana. Sebelum ini bila kami ambil gambar dia okay saja, memang saya risau tapi rasanya tak salah kalau nak cuba.

“Lagi pula saya excited sangat dan tak fikir banyak jadi kami setuju. Foto shoot ni gambar cantik jadi Alif sendiri nak tengok macam mana hasilnya nanti.

“Lagi satu Alif rasa terharu juga sebab dalam banyak-banyak anak artis, Muhammad Adryan terpilih. Rasa terharu,” luahnya lagi.

'Chicky', Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

Muay Thai Cilik

Sepanjang sesi fotografi berlangsung, ternyata Muhammad Adryan sememangnya cukup menyenangkan malah begitu mendengar kata ibu dan ayahnya. Pemilik mata cantik dan berkulit cerah ini begitu ‘enjoy’ kala lensa kamera dari @newbornbytakara merakamkan wajah dan aksi comelnya.

Ads

Adryan seolah-olah sudah terbiasa dengan cahaya lampu dan kamera yang berada di hadapannya. Memang cute!

“Bila Pa&Ma nak pilih tema Muay Thai jujurnya Alif rasa teruja sangat.

“Sebab Muhammad Adryan ni bila dipakaikan seluar Muay Thai hari tu, dia buat aksi comel, tendang-tendang dan tumbuk, jadi Alif rasa teruja nak share momen tu dengan semua. Memang comel,” ujarnya lagi.

Kongsi Alif lagi yang sememangnya sudah lama menjinakkan diri dalam sukan Muay Thai, dia dan isteri sudah sering membawa Adryan ketika berlatih di gelanggang.

'Chicky', Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

Bahkan kongsi Alif lagi dia begitu terharu dan teruja bila Muhammad Adryan mula mengikut gerakan seperti tumbukan dan tendangan.

Waktu umur dia setahun, tiba-tiba tangan Adryan naik dan buat tumbukan. Lama-lama saya fikir mungkin dia tiru tumbukan saya dan waktu itu saya rasa sangat terharu.

Ads

“Bagi Alif kalau anak nak sertai sukan yang satu ini bukan satu masalah untuk kami berdua.

“Alif sendiri rasa Alif terlambat untuk join aktiviti macam ini, kalau dari awal lagi lebih bagus kerana perkembangannya berbeza dan kalau Muhammad Adryan nak join saya rasa happy.

“Lagi pula Muay Thai satu seni pertahanan diri sihat dan sekarang ini memang perlu. Lebih-lebih lagi kes buli yang makin meningkat di sekolah. Jadi Alif rasa kemahiran dan ilmu macam ini perlu ada dalam diri anak-anak kecil kita,” luahnya lagi.

'Chicky', Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

Chicky & Happy Go Lucky

Bercerita mengenai sifat dan karakter anak kecilnya itu, ujar Alif, Muhammad Adryan banyak mewarisi sifat dirinya dan itu turut dipersetujui oleh isteri Alif sendiri.

“Dia seorang yang sangat chicky, aktif dan happy go lucky macam saya.

Ads

“Muhammad Adryan ni kalau seharian memang dia akan bermain tanpa henti. Walaupun dia nampak penat tapi dia akan habiskan tenaganya sebaik mungkin dengan memanjat dan buat macam-macam aktiviti dalam rumah. Dan bila penat barulah dia akan cari susu dan tidur dengan sendirinya,” ujar Alif bercerita.

Adryan Pelengkap Bahagia

Kehadiran Muhammad Adryan sememangnya menjadi pelengkap bahagia buat keluarga kecil Alif Muhaimin dan isteri. Bahkan Alif menyifatkan kehadiran anaknya itu begitu istimewa di hatinya.

“Selama ini dah gembira dapat isteri tapi bila anak ni lagi rasa lain. Semua benda rasa comel, tengok dia menangis, bangun tidur, nak mandi, time nak makan semua rasa comel. Tak boleh nak describe macam mana.

“Sampaikan kalau kami nak bergaduh, bila fikir balik dan bila tengok wajah Muhammad Adryan memang tak jadi gaduh,” begitu luah Alif.

'Chicky', Ceria & Comel! Gaya Juara Adryan Buat Hidup Alif Muhaimin Penuh Warna!

Berkongsi kisah anak sulungnya ini, Muhammad Adryan yang kini baru menginjak usia 1 tahun 7 bulan mewarnai kehidupan Alif dan isterinya Alissa Azam.

“Betullah orang kata baby ni banyak fasa. Fasa merangkak, berjalan, ikut mood sendiri, tak nak semua benda, semua benda nak masuk mulut dan macam-macam lagi perkara yang menyeronokkan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

“Tapi saya tak rasa perkara itu memeningkan malah saya rasa perjalanan membesarkan anak memang seronok,” kata Alif lagi.

Semoga Muhammad Adryan terus membesar dengan sihat malah mampu menjadikan sukan Muay Thai sebagai salah satu sukan yang menyihatkan malah berjuang sama seperti kehebatan ayahnya di gelanggang.

Terdahulu, Alif mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Fatin Alissa Azam, pada 24 Jun 2023.

Ads
SeeNI ×