Mengendali dan menjaga anak autism sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun seorang tukang gunting rambut atau ‘barber’ dipuji ramai kerana menyantuni mesra seorang kanak-kanak autism ketika menggunting rambut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, seorang barber menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tenang dan sabar melayan kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.
Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.
Ads
Malah Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum menggunting rambut anak kecil itu.
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun Mr D yang penuh dengan sifat kebapaan itu begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.
Bahkan Mr D juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy kemudiannya nampak selesa malah tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D. Memang terbaik!
Ads
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D.
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
Ads
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi potong rambut dia dan tidak lari-lari,” tulis Imashariza dalam video tersebut.
Paling menarik pastinya kata-kata dari Mr D yang memberikan kesan di hati.
“Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang ya,” ujarnya berkongsi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mak ayah mana yang tak bimbang bila anak demam. Sebolehnya mak ayah mahu anak cepat-cepat turun suhu badannya ke paras normal. Mulakan mak ayah mencuba pelbagai cara. Namun jangan tersalah langkah.
Menurut Dr. Salehin di akaun Tiktoknya @drsalehink, terdapat beberapa kesilapan yang sudah menjadi kebiasaan ibu bapa ketika menangani masalah anak demam.
Antaranya adalah memakaikan pakaian tebal kepada anak dan memandikan dengan air suam ketika sedang demam. Jom ikuti perkongsian beliau.
“Pertama, kebiasaannya orang Malaysia kalau anak-anak demam mesti bagi pakai pakaian tebal. Sebenarnya, salah. Pakaian tebal itu ia menyimpan haba, maksudnya ia menyimpan haba badan.
Badan anak-anak panas, sepatutnya dia kena keluarkan haba dalam badan. Jadi, sepatutnya kita tak boleh bagi pakaian yang tebal.
Macam itu anak-anak bila bagi pakaian baju sejuk, dia akan lagi panas. Demamnya akan lagi teruk.
Kedua, kebiasaannya anak-anak yang demam dia akan lapar. Dan bila anak demam dia akan kurang nak makan.
Bila dia kurang nak makan, sebenarnya ibu bapa kena menggalakkan dan suruh anak makan. Melalui pemakanan, anak akan cepat pulih. Jadi, ibu bapa kena galakkan anak untuk makan.
Terakhirnya adalah memandikan anak demam dengan air suam atau air panas. Air suam ini biasanya dia punya suhu mungkin lebih tinggi daripada badan kita. Mungkin dalam 50 degree 60 degree macam itu ataupun mungkinlah 45 macam itu.
Kita demam pun paling tinggi mungkin 40, boleh pergi jauh pun 41. Jadi, kita punya suhu badan lebih sejuk daripada air yang kita mandi.
Jadi, suhu panas air itu akan masuk ke dalam badan yang menyebabkan badan kita lebih panas. Sebenarnya, bila demam bukan kena mandi air panas tapi kena mandi dengan air sejuk.
Jadi mak ayah jangan buat silap, elakkan baju tebal dan pilih baju yang selesa dan boleh menyerap peluh. Paling penting elakkan mandi air suam.
Jika dilihat kembali zaman kanak-kanak terdahulu, terdapat banyak permainan yang memberikan kita keseronokkan walaupun menghasilkan peluh.
Namun, kanak-kanak sekarang kebanyakannya menggemari bermain telefon pintar yang disebut sebagai satu perkara terpenting dalam kehidupan. Namun, situasi ini juga mungkin kerana kanak- kanak zaman sekarang tidak terdedah dengan permainan terdahulu dan tidak tahu akan keseronokkannya.
Jadi, mari kita lihat beberapa permainan terdahulu yang tidak diketahui mengenainya dan cara permainan tersebut dimainkan.
Baling Tin
Permainan baling tin ini dimainkan dengan tin disusun secara piramid. Kemudian satu pihak harus menjatuhkan susunan tin tersebut untuk memulakan permainan. Kemudian, setiap ahli dari pasukan yang menjatuhkan tin tersebut harus berlari dan merebut peluang semula untuk menyusun kembali tin kepada bentuk piramid, namun tidaklah mudah kerana akan dihalang oleh pihak lawan dengan balingan bola. Tetapi permainan ini tetaplah menyeronokkan walaupun harus menahan kesakitan.
Guli
Permainaan guli merupakan permainan yang biasanya dimainkan oleh budak lelaki terdahulu.
Biasanya permainan guli ini dimainkan dengan setiap pemain harus memasukkan guli milik mereka mengikut jumlah yang telah dipersetujui. Kemudian, pemain yang handal membaling sehingga guli keluar dari bulatan tersebut dan mengumpul guli yang paling banyak dikira sebagai pemenang.
Tarik Upih
Tarik upih merupakan salah satu permainan yang sering dimainkan zaman dahulu. Permainan ini biasanya dimain dengan cara lawan tarik upih sehingga ke penamat dan selalunya tukang tarik upih ialah budak yang berbadan berisi kerana lebih kuat dibanding budak yang kurus.
Permainan ini nampak sangat simple tetapi sangatlah menyeronokkan.
Jadi, inilah antara jenis-jenis permainan zaman dahulu yang tidak diketahui oleh kanak-kanak sekarang. Namun, zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan serta kecanggihan teknologi pada era ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Semakin anak membesar, semakin mencabar tugas dan tanggungjawab ibu bapa terutama ketika mereka bersekolah. Salah satu masalah yang sering dipandang biasa adalah kes buli di sekolah.
Jangan sesekali pandang mudah. Ambil kira apa jua aduan dari anak-anak. Apa nak buat bila anak mengadu? Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM.
Satu dari 5 kanak-kanak sekolah terlibat dengan buli (dibuli/membuli). Jangan ambil mudah kes buli. Jangan sampai kata-kata “biasalah budak-budak” berakhir dengan “Ya Allah anakku…”.
Saya pernah merawat seorang pelajar tingkatan 4 yang mengadu di hadapan saya ‘rasa nak bunuh diri’ sebab terlalu tertekan dibuli (kesnya – geng lain negeri).
Ibunya pada awalnya geleng kepala sebab anak dirujuk ke psikiatri. “Anak saya bukan gila, bergaduh je, kenapalah sampai nak rujuk doktor jiwa?”.
Bila anaknya luah segalanya depan doktor, dengan mak-mak sekali meraung dalam bilik doktor. Tolong jangan ambil mudah. Cukuplah statistik anak balik dari asrama dengan kereta Jenazah.
Apa nak buat jika anak anda di buli?
• Tanya terus terang dengan anak, lihat tanda-tanda seperti takut ke sekolah, mohon tukar sekolah, kurang kawan-kawan atau kerap hilang barang.
• Jumpa guru sekolah, maklumkan dan minta sekolah ambil tindakan
• Dengan bantuan guru, libatkan penyelesaian dengan ibubapa pembuli
• Jika buli berlaku di luar sekolah, pastikan langkah keselamatan perjalanan anak-anak ke/pulang dari sekolah
• Bawa ke pihak atasan sekiranya sekolah tidak mengambil tindakan
• Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami masalah emosi/mental
• Bina kembali keyakinan diri secara beransur-ansur
• Elakkan dari terlalu mengongkong (kerana takut berulang)
• Tukar sekolah sekiranya tiada perubahan
Apa nak buat jika anak jadi pembuli?
• Ambil serius masalah ini sekiranya tidak mahu berlarutan
• Cakap terus terang dengan anak anda dan gurunya
• Pastikan anak anda faham yang tingkah lakunya tidak boleh diterima
• Fahamkan kesan dan akibat membuli
• Laksanakan disiplin yang efektif dan konsisten sejajar dengan kesalahan dan mengikut tahap umur anak
• Tingkatkan pengawasan – apa yang dilakukan, siapa kenalan
• Kerjasama dengan guru bagi pengawasan di sekolah
• Komunikasi dengan guru untuk memantau perubahan di sekolah
• Beri galakan dan pujian bagi perubahan dan tingkah laku yang baik
• Elakkan anak dari menonton elemen ganas dalam media
• Jangan wujud sebarang keganasan dalam rumahtangga
• Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami masalah emosi/mental
Secara prinsipnya, cara mengatasi buli ialah ‘being praktikal’. tak cukup dengan minta anak bersabar dan mengelak.
Ibubapa dan guru banyak kerja sikit kena buat, tetapi inilah yang sebaiknya supaya masalah tak meleret menjadi lebih besar.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketahui 5 filem paling seram di dunia berdasarkan kajian saintifik — lengkap dengan BPM, tahap stress dan scare level. Sinister, Host, Insidious dan lain-lain dibuktikan secara sains sebagai paling menakutkan!