Rezeki tak pernah salah alamat. Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik Arman diperlekehkan oleh netizen gara-gara tidak memakai kasut sukan original daripada salah satu jenama terkenal.
Difahamkan kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut original buat anaknya. Pun begitu anak kecil ini amat menghargai pemberian ibunya.
Dek keprihatinan itu, stesen radio terkenal, Era FM menghadiahkan kasut sukan baharu buat adik Arman yang telah berjaya menarik perhatian warganet.
Arman dan keluarga terlebih dahulu di bawa ke konti radio dan ditemubual bersama ibunya.
Ads
“Saya rasa macam sedih sebab itu hadiah dari mak.
“Saya rasa macam sebak, walaupun copy original tapi ibu beli bukan murah,” kata adik Arman berkongsi ketika di konti radio.
Ads
Menerusi temubual itu, akui ibunya, anak kecilnya itu kelihatan murung selepas membaca komen-komen yang tidak sepatutnya ditinggalkan diruangan komen.
“Waktu dia baca tu, dia terus jadi murung dan terus tidur.
“Saya beli online campur postage tak sampai RM80,” katanya berkongsi.
Ads
Menerusi hantaran yang dimuat naik Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan sekeluarga di sebuah kedai kasut.
Tidak hanya Arman bahkan adik dan abangnya serta kedua ibu bapanya juga turut dibelikan kasut baru. Memang rezeki.
Rata-rata wargamaya memuji Tindakan anak kecil ini malah amat berterima kasih atas keprihatinan stesen radio berkenaan yang prihatin.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Wah siapa sangka permainan kapal terbang kertas yang korang selalu main dekat rumah dengan adik boleh bertukar jadi satu idea bisnes comel kanak-kanak yang mencuit hati dan penuh makna. Itulah yang dilakukan oleh dua adik-beradik kecil, Hazama dan Hua, apabila mereka buka sebuah “kedai” roket kertas di hadapan rumah sendiri.
Mereka hasilkan roket kertas buatan tangan sendiri untuk jual kepada jiran-jiran sekitar. Nampak macam ringkas, tapi usaha kecil ini boleh pupuk minat korang untuk berniaga.
Menurut mommy mereka, Bongsu Puteri, Hazama dan Hua sudah mula menyiapkan roket kertas sejak malam sebelumnya. Mereka siap beritahu hasrat untuk menjual roket tersebut keesokan hari. Walaupun pada waktu malam tiada sesiapa yang membeli, Hazama tetap bersemangat dan tidak patah hati.
Keesokan paginya, Hazama bangun awal dan terus kejutkan mommy kerana teruja untuk buka kedai.
Seawal pagi, halaman rumah sudah bertukar menjadi ruang niaga mini. Roket-roket kertas disusun kemas, hasil kreativiti tangan kecil mereka sendiri. Hazama kelihatan paling bersemangat, manakala Hua turut membantu dengan senyuman manis.
“Dari malam tadi Hazama & Hua buat roket. Nak menjual katanya. Tengah-tengah malam siapa nak beli anak. So mommy janji esok pagi. So harini pagi-pagi dah bangun awal kejut mommy.
“Semangat setting kedai depan rumah.. Hazama paling semangat jual roket kertas je pun tapi dia sangat yakin sebab dia enjoy main. So kawan-kawan dekat Taman Bandar Senawang roger kalau nak datang, ada air Ribena tau, ” kongsi ibu mereka.
Walaupun hanya menjual roket kertas, Hazama yakin dengan apa yang dia hasilkan kerana ia datang daripada minat dan keseronokan sendiri.
Jiran-jiran yang lalu di hadapan rumah tidak dapat menahan senyuman melihat gelagat mereka. Ada yang jadi pembeli pertama, ada juga yang singgah sekadar memberi sokongan dan kata-kata semangat.
Walaupun kedainya kecil, suasana pada pagi itu cukup meriah. Kanak-kanak belajar berinteraksi, berkomunikasi dan berani mencuba sesuatu yang baru. Inilah keindahan sebenar sebuah idea bisnes comel kanak-kanak yang lahir secara spontan.
Kisah Hazama dan Hua membuktikan bahawa bermain sambil belajar boleh menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan. Daripada aktiviti mudah seperti membuat kapal terbang kertas, mereka belajar tentang berdikari, keyakinan diri, dan pentingnya berhubung dengan komuniti sekeliling.
Apa yang penting sekali, enjoy!
Sumber: Threads Bongsu Puteri
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.
Barisan finalis Top 10 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Pun begitu di acara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies,12, Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.
Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!
Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.
Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.Penuh yakin menari tarian viral di TikTok, comel dengan aksi lincah menari. Selain tampil berbusana tradisonal, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.
Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka-teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.
Farisha dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama!
Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan ICE WATCH, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.
Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, Farisha bersama rakan-rakan Dewi yang lain. Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran foto Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH dan hadiah sampingan lain.
Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Tahniah Farisha!
Tonton video cabaran foto Dewi Cilik 2023 :
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang lepas Subuh je terus baring balik sebab mata masih ngantuk? Haa… sebenarnya satu jam lepas Subuh ni waktu special tau! Mak ayah selalu pesan jangan tidur sebab banyak benda best kita boleh buat untuk bagi badan dan hati jadi kuat. Dalam artikel ni, kita akan tengok beberapa aktiviti selepas Subuh yang simple tapi sangat memberi kesan pada hidup korang.
Jom tengok apa korang boleh buat dalam satu jam yang power ni!
Memang sedap kalau sambung tidur, tapi tubuh kita boleh jadi lemah dan malas. Banyak rezeki pun tutup pintu kalau kita tidur awal sangat. Kalau betul-betul mengantuk sangat, tunggu sampai matahari naik lebih kurang pukul 7.00 pagi. Lepas tu barulah boleh rehat. Ini sebenarnya salah satu aktiviti selepas Subuh yang ramai orang tak perasan bahawa ia memberi tenaga sepanjang hari.
Mandi sebelum atau selepas Subuh boleh buat badan rasa fresh dan otak jadi aktif. Kulit muka pun nampak lebih sihat. Ajak adik atau abang sekali, biar semua wangi dan ceria waktu pagi!
Tak perlu makan banyak pun. Ambil roti, susu, atau buah pun dah cukup untuk bagi tenaga sebelum pergi sekolah. Perut pun happy, otak pun senang fokus. Aktiviti selepas Subuh yang ringan macam ni pun dah mampu buat mood korang lebih stabil sepanjang hari.
Kalau boleh, baca beberapa ayat atau zikir ringkas. Kalau belum pandai sangat, boleh pasang dari YouTube dan ikut perlahan-lahan. Hati akan rasa tenang, lembut, dan kuat. Ajak mak ayah baca sama-sama, mesti lagi seronok!
Tak perlu banyak. Masukkan syiling dalam tabung pun dah cukup. Sedekah ni ajar kita jadi pemurah dan ingat orang lain. Lama-lama jadi habit yang baik untuk sepanjang hidup. Sedekah juga antara aktiviti selepas Subuh yang sangat digalakkan sebab ia mencuci hati.
Pegang penyiram kecil, siram pokok bunga atau sayur mak ayah. Kotor sikit pun tak apa, yang penting seronok!
Lari keliling rumah, lompat bintang, atau buat stretching. Tenaga banyak, mood jadi happy sepanjang hari. Bila digabungkan dengan aktiviti selepas Subuh yang lain, ia boleh jadikan korang lebih fokus sepanjang hari.
Kemas katil sendiri, susun beg sekolah, atau sapu ruang tamu sikit. Nampak simple, tapi buat korang jadi anak yang bertanggungjawab.
Duduk makan sama-sama memang best. Boleh borak tentang plan hari ni, boleh gelak sama-sama.
Satu jam lepas Subuh ni sebenarnya masa yang paling berharga. Kalau kita isi dengan perkara baik, hari kita akan jadi lebih ceria, lebih bersemangat dan lebih bermakna. Banyak aktiviti selepas Subuh yang boleh buat korang rasa lebih segar, lebih kuat dan lebih positif.
Jom jadi anak hebat yang bangun pagi dan hargai waktu Subuh!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!