Anak kita berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan seribu satu macam karakter dan perangai yang berbeza biarpun dilahirkan dari satu rahim ibu yang sama. Semuanya punya karakter tersendiri.
Berkongsi jenis dan karakter anak, menerusi Webinar Penyusuan Syoknya Susukan Anak yang berlangsung pada Sabtu lalu, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.
Jom ikuti perkongsian daripada beliau.
Ads
Kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, samada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik.
Malah dapat memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah. Ini tip yang dikongsikan olehnya.
Tidurkan anak mengikut karakter anak:
Ads
Visual
– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur.
Auditory
– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur
Ads
Kinestetik
– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur
Reading Writing
– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– cth minum susu seblum tidur
Flexible Kinestetik
– Sama seperti kinestetik
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan si cilik comel yang pernah mencuri hati rakyat Malaysia. Lara Alana yang dilahirkan pada lahir 22 Julai 2014 kini bukan lagi si kecil yang sering mencuri perhatian netizen dengan wajah comel dan gelagat manja.
Anak kesayangan pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini kini sudah meningkat remaja dan tampil dengan pesona yang makin menawan serta personaliti yang matang.
Ketika kecil, wajah manis Lara Alana sering menjadi tumpuan setiap kali ibu bapanya berkongsi gambar atau video di media sosial. Dengan jutaan pengikut di Instagram sejak usia setahun, tidak hairanlah jika ramai yang merasa dekat dengan perjalanan hidupnya.
Kini pada usia 11 tahun, Lara tampil lebih tinggi, yakin, dan sopan dalam setiap kemunculan. Ramai netizen memuji gaya Lara yang manis dan bersahaja, seiring dengan cara didikan ibu bapanya yang tegas tetapi penuh kasih sayang.
Menurut perkongsian Awal Ashaari dan Scha Alyahya, mereka berdua sentiasa menekankan nilai disiplin dan adab dalam membesarkan Lara. Walaupun dibesarkan dalam keluarga selebriti, Lara tidak dimanjakan secara berlebihan dan dididik agar menghormati semua orang tanpa mengira latar belakang.
Scha pernah menjelaskan bahawa mereka memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan sekolah Lara kepada umum bagi menjaga privasi anak mereka. Keputusan itu menunjukkan kematangan pasangan ini dalam mengimbangi dunia glamor dan kehidupan keluarga yang normal.
Selain fokus pada pelajaran, Lara Alana turut aktif dalam beberapa aktiviti tambahan di luar waktu sekolah. Rutin hariannya teratur — ke sekolah pada waktu pagi dan menyertai kelas atau aktiviti yang membantu membentuk disiplin diri selepas waktu belajar.
Menurut Awal, Lara semakin menunjukkan minat terhadap seni dan fesyen, namun mereka sepakat untuk membiarkan anak mereka meneroka minatnya secara semula jadi tanpa paksaan. Lara juga semakin pandai menyesuaikan diri dengan perhatian orang ramai, namun tetap merendah diri dan sopan santun.
Setiap kali Awal atau Scha berkongsi gambar Lara di media sosial, pasti ramai yang teruja melihat perubahan terbaru Lara Alana. Sama ada ketika sambutan hari lahir, percutian keluarga, atau majlis istimewa, Lara tetap tampil ceria dan menawan.
Ramai netizen memuji cara pasangan ini mendidik anak mereka dengan penuh kasih sayang tetapi tetap berprinsip. Mereka juga kagum bagaimana Lara membesar menjadi remaja yang berkeyakinan, sopan dan tidak mudah terpengaruh dengan dunia glamor.
Melihat perkembangan Lara Alana hari ini, ramai yang berasa bangga dan terharu. Dari seorang bayi comel yang sering menghiasi kaca televisyen dan kempen jenama besar, Lara kini menjadi remaja yang membesar dengan nilai murni dan personaliti yang menyenangkan.
Tidak mustahil suatu hari nanti Lara akan mengikut jejak langkah ibu bapanya dalam dunia seni atau fesyen. Namun buat masa ini, fokus utamanya tetap pada pelajaran dan menikmati kehidupan remajanya dengan seimbang antara dunia glamor dan dunia nyata.
Dengan sokongan keluarga yang kuat serta asas didikan yang kukuh, Lara Alana diyakini akan terus menjadi inspirasi kepada ramai remaja di luar sana. Bukan hanya kerana kecantikannya, tetapi juga kerana sikap rendah diri dan keperibadian yang baik.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak sulung sememangnya cukup istimewa di hati kita selamanya. Penghuni rahim yang pertama bagi seorang ibu. Biarpun anak sulung segalanya namun anak ini sering diabaikan.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Hanis Athirah Rusli mengenai anak sulung ini mak ayah kena buka mata.
Sebagai anak sulung juga, mama akui mama silap dan sebenarnya inilah lapan perkara yang anak sulung perlukan dari ibu dan ayah.
Dengar dan faham dirinya
Kita selalu meminta anak sulung mengalah dengan turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM. Lama kelamaan mereka rasa sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Mereka menjadi reda, akur dan terpaksa banyak berkorban. Dalam masa sama kita lupa mereka masih lagi kecil dan perlukan perhatian dari kita.
Berikan perhatian
Percayalah anak-anak tak mahu pun percutian ke tempat yang mewah-mewah, pakaian yang berjenama, mainan yang mahal-mahal. Sebab peringkat umur ini, mereka lebih utamakan keperluan berbanding kehendak diri mereka. Mereka inginkan perhatian daripada kita, masa dan ruang untuk kita luangkan masa dengannya.
Belaian kasih sayang
Anak-anak tak dapat tahu apa isi hati kita. Betapa sayangnya kita terhadap mereka. Tapi anak boleh lihat sebagaimana kita melayan mereka dan cara itulah mereka interpretasi kasih sayang kita terhadap mereka. Tak semestinya anak bila besar tak boleh dimanjakan lagi. Cuma ikut batasan dan tidak keterlaluan. Tak salah ajak anak sulung letak kepala atas riba, gosok rambutnya. Berikan pelukan kasih sayang dan ciuman seorang ibu padanya setiap hari supaya anak rasa disayangi.
Berhenti membandingkan diri
Setiap anak ni unik, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Raikan dan jangan banding-banding. Terima personaliti dirinya, tunjukkan contoh yang baik supaya anak meniru sikap yang baik kita tonjolkan kepadanya.
Luang masa berbual
Anak sulung sangat perlukan kita untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya tanpa kehadiran adik-adiknya yang lain. Anak sulung sangat perlukan kita terutama di waktu sukar yang dialaminya. Tapi kita mak ayah langsung tidak memahami, malah terus menghakimi mereka, tanpa peduli kitalah sepatutnya menjadi orang yang paling penting untuk berikan bahu untuk mereka mengadu, pelukan hangat tanda memahami dan ciuman tanda menyayangi.
Adil dan tak pilih kasih Satu perkara yang tak boleh dipertikaikan kepada golongan yang bergelar ibu ialah kasih sayang mereka. Mereka akan berhabis-habisan mengatakan mereka sayangkan semua anak dan kasih sayang yang diberikan sama kerana keluar dari rahim yang sama. Tapi pernah tak kita terfikir adakalanya kita sebagai ibu boleh juga tidak sengaja berlaku pilih kasih dalam memberi kasih sayang atau perhatian terhadap anak-anak?
Percayakan dirinya
Sesekali tak salah minta pendapat atau beri peluang anak sulung untuk menyatakan idea yang ada dalam sesuatu hal. Kurangkan kritik usaha mereka jika tak berjaya kerana akan membuatkan anak sulung tiada keyakinan diri dan takut untuk mencuba benda baharu. Berikan galakan dan dorongan padanya. Paling penting percayakan kebolehannya.
Hargai kewujudan dirinya
Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya terutama dalam menjaga adik-adiknya. Ungkapkan terima kasih dan berikan dorongan kepadanya. Kita yang telah diberi anugerah memelihara anak ini, tunaikan amanat yang diberikan sebaik-baiknya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Sayangi dirinya penghuni pertama rahim kita.
Selaku anak sulung, perkara ini juga yang saya perlukan masa kecil dulu. Tambah, bila jadi mak lebih daripada seorang anak, ada kalanya tersilap lebih layanan dan perhatian kepada yang kecil berbanding yang sulung. Namun langsung tak berbeza sayang di hati.
Tapi perlu diperbaiki supaya tak makan hati.
Kredit: Hanis Athirah Rusli
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!