Korang pernah dengar tak pasal UPSR? Haa, ujian yang biasanya diambil oleh murid Tahun 6 tu. Sekarang ni, ada cadangan supaya UPSR diadakan semula. Korang setuju ke tak? Atau terus rasa cuak bila dengar perkataan “peperiksaan”?
Sebenarnya, ujian macam UPSR ni ada juga kebaikannya untuk korang.
Kenapa UPSR Dicadang Nak Ada Balik?
Baru-baru ni, Penasihat DAP, Lim Guan Eng mencadangkan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihidupkan semula. Katanya, UPSR boleh jadi cara untuk tengok sejauh mana murid belajar dan faham pelajaran selepas enam tahun di sekolah rendah.
Ads
Macam cermin la. Bila tengok cermin, kita boleh tahu rambut kemas ke tak. UPSR pun sama, boleh bantu cikgu, mak ayah dan juga murid sendiri tahu tahap pembelajaran masing-masing.
Peperiksaan Bukan Sekadar Kertas Soalan
Menurut Lim Guan Eng, peperiksaan ni sebenarnya penting dalam sistem pendidikan. Ia jadi satu ukuran untuk tengok prestasi dan usaha pelajar sepanjang tahun belajar. Bukan nak menakutkan, tapi nak bantu kenal pasti apa yang murid dah kuasai dan apa yang masih perlu diperbaiki.
Ads
Beliau juga kata, Malaysia perlu kuatkan pendidikan dalam bidang STEM, iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Kalau asas di sekolah rendah kuat, barulah senang nak belajar benda lebih susah bila besar nanti.
Ads
Jangan Takut, Anggap UPSR Sebagai Cabaran
Memang normal rasa gementar bila dengar peperiksaan. Tapi UPSR bukan bermaksud korang kena jadi sempurna. Ia cuma satu cabaran kecil untuk uji usaha dan kesungguhan korang selama ni.
Kalau rajin dengar cikgu, buat kerja sekolah, dan belajar sikit-sikit setiap hari, insya-Allah boleh je hadapi UPSR dengan tenang.
Akhir kata, UPSR bukan musuh tapi ia cuma satu ujian untuk bantu korang jadi lebih bersedia dan yakin dengan diri sendiri. Yang penting, belajar dengan gembira dan jangan putus asa. Korang boleh buat!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang dengar abang, ayah atau cikgu lelaki cakap badan lelaki boleh jadi lain sikit bila bangun pagi? Jangan terkejut ya. Ini sebenarnya perkara normal yang berlaku bila badan kita sihat dan cukup rehat.
Keadaan ini berlaku secara automatik, maksudnya badan buat sendiri tanpa kita minta. Ia biasanya berlaku ketika tidur atau sebaik sahaja bangun pagi. Bukan sebab fikir benda pelik atau perasaan lain, ya. Inilah yang dinamakan Morning Wood.
Morning wood ialah keadaan di mana alat sulit lelaki jadi tegang secara automatik ketika tidur atau sebaik sahaja bangun pagi. Jangan salah faham. Ia bukan sebab berfikir pelik, bukan sebab perasaan lain, dan bukan salah langsung. Ia berlaku kerana badan kita sedang sihat dan membesar.
Korang jangan fikir bukan-bukan ya! Morning wood ni berlaku sebab badan kita buat kerja sendiri. Ia jadi bila darah mengalir elok, saraf berfungsi dengan baik, dan hormon pembesaran sedang aktif.
Masa kita tidur nyenyak, badan tengah berehat sepenuhnya. Waktu ni, badan jadi lebih tenang dan semua sistem bergerak dengan lancar. Sebab tu ada perubahan kecil yang berlaku tanpa kita sedar.
Keadaan ni sama macam jantung yang berdegup sendiri atau perut berbunyi bila lapar. Kita tak suruh pun, tapi badan tetap buat. Morning wood pun macam tu juga. Ia berlaku sendiri, bukan sebab kita fikir apa-apa atau buat apa-apa.
Morning wood boleh berlaku seawal umur 3 hingga 6 tahun, walaupun budak lelaki tu belum baligh lagi. Jangan terkejut ya, sebab badan kita memang dah pandai buat kerja sendiri dari kecil.
Ini berlaku sebab badan budak lelaki sudah ada saraf dan aliran darah yang berfungsi dengan baik. Jadi, ada masa badan akan bertindak secara refleks, maksudnya badan buat sendiri tanpa kita suruh.
Morning wood ni langsung tak ada kaitan dengan perasaan pelik atau perkara dewasa. Ia cuma tindak balas badan sahaja.
Senang cakap, morning wood ni sama macam mata yang berkedip sendiri atau perut yang berbunyi bila lapar. Kita tak rancang pun, tapi badan tetap buat sebab itu cara badan kita berfungsi.
Untuk kanak-kanak lelaki, pengalaman ini berbeza mengikut umur dan perkembangan badan masing-masing.
Semua ini adalah normal dan setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Tidak perlu bandingkan diri dengan orang lain.
Jawapannya sangat jelas, tidak perlu risau.
Ia bukan tanda nakal. Ia bukan tanda fikir perkara dewasa. Morning wood hanyalah petanda bahawa badan berada dalam keadaan sihat, tidur cukup dan sistem tubuh berfungsi dengan baik.
Walaupun morning wood ni perkara biasa dan normal, ada masa-masa tertentu yang kita perlu beritahu mak ayah atau penjaga.
Contohnya, kalau sebelum ni badan rasa sihat, tapi tiba-tiba lama tak rasa perubahan, atau badan selalu penat, lesu dan tak bertenaga, jangan simpan sendiri.
Ceritakan pada orang dewasa supaya mereka boleh bantu bawa jumpa doktor. Doktor boleh periksa dan pastikan badan kita sihat dan ok.
Doktor biasanya akan memeriksa perkara asas seperti:
Pemeriksaan ini bukan kerana masalah besar, tetapi untuk memastikan badan berada dalam keadaan terbaik.
Kesimpulannya, morning wood ialah tanda badan kita sihat dan sedang membesar. Ia berlaku secara semula jadi tanpa kita minta dan tidak membawa maksud negatif.
Perkara paling penting ialah menjaga kesihatan diri dengan tidur yang cukup, makan makanan berkhasiat, bergerak aktif dan tidak malu bertanya kepada orang dewasa yang dipercayai.
Ingatlah, badan kita bijak. Jika kita jaga badan dengan baik, badan juga akan menjaga kita dengan baik.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.
Untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari senaraikan apa yang perlu dibuat untuk menjaga anak lepas berkhatan, terutamanya untuk mama yang pertama kali nak jaga hero.
Pertama kali jaga anak lepas berkhatan?
Ni antara ilmu penjagaan yang penting untuk mak ayah semua praktikkan:
Penting tau. Kalau tak jaga betul-betul, takut berlaku jangkitan pada luka.
Nak gunakan topical antibiotic seperti Chloramphenicol pun bagus.
Ada apa apa pantang tak doktor? Tak ada. Follow je tips yang saya share ni ye.
Selamat menjaga dan merawat anak teruna kalian.
Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mak ayah mana yang tidak risaukan anak. Sebolehnya setiap masa mak ayah mahu perhatikan apa anak buat tapi jangan pula berlebih-lebihan. Beri anak kebebasan.
Anak yang terlebih dipantau dan dikawal pergerakannya boleh menjadi seorang anak yang hilang keyakinan diri dan penakut. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi.
Pantau untuk mendisiplinkan?
Atau pantau sampai anak jadi penakut?
Ramai yang salah faham dengan perkataan ‘pantau’.’Pantau’ sangat bagus untuk mengelakkan anak-anak kita dari cedera. Mahupun terjebak buat benda-benda yang salah. Tapi janganlah sampai semua benda kita larang anak buat.
Anak pegang apa-apa kita ketuk tangan dia.
Anak baru nak berjalan ke tempat gelap, kita takutkan dia.
Anak baru nak test pegang barang, kita dah gertak.
Lama-lama, anak takut nak explore semua benda. Nak cuba buat apa-apa pun tak confident. Sedangkan dari exploration deria badan itulah yang membina jaringan otak yang mereka perlukan jadi budak bijak.
Rugi besar kalau kita asyik melarang-larang anak buat semua perkara. Sebab apa? Sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang banyak larangan dan peraturan yang keterlaluan, menyebabkan anak:
* Hilang keyakinan diri. Nak pandang mata orang pun takut apatah lagi nak buat semua sendiri.
* Penakut. Sampai ke besar penakutnya menghalang mereka dari pergi jauh.
* Hilang sifat risk-taker. Sedangkan sifat inilah antara orang-orang yang mudah berjaya.
* Boleh jadi juga, mereka cari saluran lain untuk salurkan kepuasan diri. Kat rumah dia tak dapat, kat luar dia mencuba. Tau-tau kena tangkap dengan kawan-kawan. Nauzubillah…
Apa yang boleh kita lakukan untuk galakkan sifat aktif, berani dan menyerlah dalam diri anak-anak adalah :
❤️ Kurangkan ‘no’.
Dr Syeikh Muszaphar pernah berpesan perkara yang sama dalam satu talk. Beri anak ruang untuk explore.
Jangan takut anak pegang benda tajam atau buat benda bahaya. Selagi kita memantau dengan baik, insya Allah anak akan dapat kebaikan.
❤️ No ‘helicopter parenting’.
Beri anak buat sendiri. Sesekali, biar mereka suap sendiri, butang baju sendiri, selesaikan puzzle sendiri. Memang anak buat kerja lambat dan messy. Memang tak sempurna. Tapi dari situlah mereka belajar jadi mahir.
❤️ Perbanyakkan aktiviti outdoor.
Beri anak kebebasan untuk berlari, melompat, memanjat. Malah berkaki ayam. Connect dengan alam. Detox dari gajet.
❤️Sign up kelas.
Cari kelas yang kena dengan kecenderungan anak. Dari kelas pidato, kelas muzik, kelas renang, kelas teakwando dan kelas baking.
❤️ Cuba perkara baru.
Buat sesuatu di luar kebiasaan. Sekali-sekala bawa anak camping. Beri anak hammer untuk bantu kita bertukang. Ajak anak bercucuk tanam. New experience spark connection baru dalam otak anak.
❤️ Jangan sekat mereka mencuba atas alasan jantina.
Tak salah perempuan memanjat.
Tak salah lelaki menjahit.
Tak salah perempuan memanah.
Tak salah lelaki memasak.
Kita yang kadang meletakkan boundry yang tak perlu. Sampai anak salah tafsir had kerja untuk lelaki dan perempuan.
Ya, saya faham. Peraturan sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak. Tapi janganlah disekat sampai anak tu dipaksa rigid macam robot.
Ada masanya, kita perlu beri autoriti untuk anak mencuba. Dalam masa yang sama, kita sebagai ‘coach’, memerhati dari jauh.
Agak-agak melampau, baru tiup wisel dan mula semula. Kalau salah, betulkan.
Kalau perlu kata semangat, bagilah motivasi. Kalau bahaya, pesan untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Barulah anak kita membesar jadi yakin diri. Tak takut mencuba. Dan berani untuk melangkah jauh terkehadapan dari orang-orang lain.
Saya tau macam mana rasanya jadi kanak-kanak yang penakut. Sebab tu bila ada anak sekarang ni, saya beri je ruang untuk mereka explore.
– Saya beri anak pegang pisau untuk tolong saya memasak
– Saya bagi anak slide tilam kat tangga, asalkan tilamnya cukup tebal
– Saya bagi anak panjat tinggi-tinggi asalkan saya pantau
– Saya bagi anak main skate board dan roller blade, asalkan pakai helmet.
Sebab nak mereka jadi explorer. Yang yakin diri dan berani mencuba.
Wawa Shauqi
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!