Terfikir untuk merasai pengalaman berseronok di taman tema air tetapi tidak tahu lokasi yang terbaik untuk seisi keluarga ? Di bawah adalah beberapa senarai taman tema air yang boleh dilawati bersama keluarga.

Tidak hanya sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa dan seisi keluarga juga pasti turut menikmati keseronokkan aktiviti yang terdapat di taman tema air tersebut.

BIG BUCKET SPLASH GAMUDA

TOP 5 TAMAN TEMA AIR YANG BEST DIKUNJUNGI BERSAMA KELUARGA

Big Bucket Splash sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga kerana terdapat empat gelongsor besar, kolam cetek sesuai untuk kanak-kanak kecil dan terdapat juga pistol air.

Ia terletak di Rawang, lokasi yang sangat strategik untuk menjadi tarikan kerana bertemakan hutan hujan Gamuda Gardens yang meliputi tanah seluas 1,000 kaki persegi dengan gelongsor yang menjulang tinggi, baldi hujan dan banyak lagi.

Waktu Operasi :
Isnin hingga Khamis – 12 pm hingga 9 pm
Jumaat, Sabtu dan Ahad – 10 am hingga 10pm
Alamat : North Selangor MY, Persiaran Gamuda Gardens 1, Bandar Gamuda Gardens, 48050 Sungai Buloh

MSEKIN WONDERLAND

TOP 5 TAMAN TEMA AIR YANG BEST DIKUNJUNGI BERSAMA KELUARGA

Ads

Msekin Wonderland adalah tarikan baharu di Sekinchan yang memang sesuai untuk family getaway. Anak-anak pasti akan suka bermandi-manda di sini kerana terdapat 10 jenis kolam pelbagai saiz yang membuatkan mereka tidak senang duduk.

Selain itu, terdapat juga ATV, trampoline, basikal eletrik, restoran ikan bakar dan juga gerai-gerai menjual produk tempatan. Taman tema ini terletak berhampiran dengan pantai, mempunyai pemandangan yang cukup cantik sesuai untuk bergambar dan santai bersama keluarga. Sekiranya ibu bapa ingin menginap disitu juga terdapat hotel dan resort.

Waktu Operasi : Setiap hari 9 am hingga 6 pm
Alamat : No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

WET WORLD WATER PARK, SHAH ALAM

TOP 5 TAMAN TEMA AIR YANG BEST DIKUNJUNGI BERSAMA KELUARGA

Wet World Water merupakan salah satu tarikan menarik di Shah Alam yang boleh dikunjungi seisi keluarga. Taman teman air ini beroperasi sejak 1996 lagi dan menjanjikan keseronokkan kepada pengunjung lebih-lebih lagi pada si kecil.

Ads

Antara tarikan popular yang boleh dicuba ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon. Pilihan aktiviti yang ditawarkan sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana kebanyakan kolamnya mempunyai paras air yang cetek.

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali hari Rabu 10 am hingga 6 pm
Bayaran :
Dewasa 130cm dan keatas – RM 30
Kanak-kanak 90cm hingga 130cm – RM 25
Kanak-kanak bawah 90cm – PERCUMA
Alamat : Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor

GOLD COAST MORIB THEME PARK, BANTING

TOP 5 TAMAN TEMA AIR YANG BEST DIKUNJUNGI BERSAMA KELUARGA

Taman tema air ini dibuka setiap hari dari 9.30 pagi sehingga 7 petang. Sekiranya anda menginap di Morib Gold Coast, anda akan dapat menikmati pakej bilik penginapan disertakan sekali dengan tiket masuk ke taman tema air.

Ads

Pakej Studio – percuma 2 tiket taman tema air
Pakej Apartment 2 Bilik – percuma 4 tiket taman tema air
Pakej Apartment 3 Bilik – percuma 5 tiket taman tema air

Jadi ianya lebih jimat sekiranya anda menginap di sini sekurangnya satu malam daripada hanya datang untuk mandi-manda semata-mata. Selain tarikan utama taman tema airnya, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang menjadi tarikan iaitu :

  • flying fox, berkayak di laut
  • high rope (berjalan di atas Titian tali dari pokok ke pokok
  • kereta mini kecil untuk disewa khas untuk anak-anak

Waktu Operasi : Setiap Hari 8 am hingga 7 pm
Bayaran :
Dewasa 12 Tahun dan Keatas RM 25
Kanak-kanak 2 hingga 11 Tahun RM 15
Alamat: PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

BANGI WONDERLAND

TOP 5 TAMAN TEMA AIR YANG BEST DIKUNJUNGI BERSAMA KELUARGA

Taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar, lokasinya yang terletak di tengah antara Semenyih dan Bangi sesuai bagi anda yang ingin jauh dari kesibukan bandar.

Bangi Wonderland juga menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi.

Waktu Operasi :
Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat – 11 am hingga 6 pm
Selasa – CUTI
Sabtu & Ahad – 10 am hingga 6 pm
Bayaran :
Dewasa – RM 58
Kanak-kanak 13 keatas – RM 48
Kanak-kanak 12 kebawah – RM 38
Alamat : 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor