Talita Buat Mummy Watie Menangis Terharu Di Majlis Graduasi

Pada majlis graduasi sekolah rendah yang penuh meriah dan bermakna baru-baru ini, Talita menjadi perhatian bukan hanya kerana kejayaannya, tetapi kerana ucapan yang langsung menyentuh hati semua yang hadir. Namun orang yang paling sebak sudah tentu mummy Watie.

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak dapat menahan air mata apabila mendengar ucapan anak tirinya, Talita, yang berdiri megah di atas pentas sambil menyampaikan penghargaan kepada keluarga.

Talita Buat Mummy Watie Menangis Terharu Di Majlis Graduasi

Ucapan Sebak Dari Talita

Dalam ucapan tersebut, Talita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra Shahmira memulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada tiga insan penting dalam hidupnya.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy.

Ads

Ibu, walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangimu.

Untuk mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.” katanya. 

Watie pula meluahkan rasa sebaknya malah sangat terharu mendengar setiap patah kata Talita.

Ads

“Tahniah sayang. Sangat bangga dengan awak. Hujung-hujung kamera dah goyang sebab mummy dah mula menitik air mata dengar ucapan awak. Terima kasih sebab dalam ramai-ramai nama, mummy tetap ada di hati awak.”

Ucapan itu membuat ramai tersentuh, terutama bahagian apabila Talita menyebut nama mummy Watie dengan penuh kasih sayang.

Ads

Talita Buat Mummy Watie Menangis Terharu Di Majlis Graduasi

Saat Talita menyebut ayat itu, Watie dilihat menunduk sambil menyeka air mata. Bukan mudah untuk seorang ibu tiri mendapat tempat istimewa di hati anak, tetapi Watie jelas membuktikan kasih sayangnya bukan sekadar pada kata-kata.

Majlis hari itu bukan sahaja meraikan kejayaan Talita, tetapi juga menunjukkan betapa kuatnya hubungan kasih antara mereka. Ramai warganet turut memuji cara Talita membesar sebagai anak yang matang, lembut hati dan tahu menghargai insan di sekelilingnya.

Bagi Watie, kata-kata itu mungkin hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads