Kita selalu usik anak dengan perkara yang menakutkan seperti hantu, lipas dan sebagainya. Ini sepatutnya tak perlu berlaku.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Eh Fhais Salim, keadaan ini lama-lama boleh meningkat lagi Anxiety Disorder anak.
Suka momok momokkan anak dengan hantu, monster, lipas & gelap adalah sangat merugikan kerana ini meningkat lagi Anxiety Disorder si anak.
Ads
1. Risiko besarnya anak bukan sahaja takut hantu tapi dia akan takut semua benda.. sampai nak ke tandas sorang sorang pun takut.
2. Menambah kerisauan & buatkan anak fikir berlebihan (overthinking) untuk benda yang tak ada asas.. punca takut tanpa sebab.
Ads
Ads
3. Kanak-kanak ni imaginasi dia lagi la unlimited. Momokkan begini buatkan imaginasi dia lagi liar tak teratur. Pernah tengok budak takut air? Hah ini juga tanda imaginasi yang liar.
4. Anxiety disorder juga boleh menjadi punca anak-anak ni jadi introvert atau ada social anxiety. Tak pandai nak berkawan & bersosial.
5. Tolong berhenti momok momok anak dengan perkara seperti ini. Tak lucu langsung sebab anak kecil dia tahu apa, dia percaya je apa kita cakap.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mengendali dan menjaga anak autism sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun seorang tukang gunting rambut atau ‘barber’ dipuji ramai kerana menyantuni mesra seorang kanak-kanak autism ketika menggunting rambut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, seorang barber menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tenang dan sabar melayan kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.
Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.
Malah Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum menggunting rambut anak kecil itu.
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun Mr D yang penuh dengan sifat kebapaan itu begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.
Bahkan Mr D juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy kemudiannya nampak selesa malah tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D. Memang terbaik!
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D.
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi potong rambut dia dan tidak lari-lari,” tulis Imashariza dalam video tersebut.
Paling menarik pastinya kata-kata dari Mr D yang memberikan kesan di hati.
“Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang ya,” ujarnya berkongsi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mak ayah mana yang tidak rungsing bila anak tidak dengar kata dan keras hatinya. Mak ayah boleh amalkan doa-doa tertentu sebagai amalan harian untuk lembutkan hati anak.
Cuba amalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati mereka. Yakinlah dengan kuasa doa.
Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mengapa perkembangan sosial penting untuk anak? Perkembangan sosial kanak-kanak adalah proses di mana kanak-kanak belajar bagaimana berinteraksi dengan orang lain, memahami dan mengurus emosi, serta membina hubungan.
Ia penting kerana membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran berkomunikasi, empati dan bekerjasama yang diperlukan untuk kehidupan seharian dan masa depan mereka.
Pembangunan sosial yang sihat membolehkan kanak-kanak membina keyakinan diri dan keterampilan sosial.
Sekiranya kanak-kanak tidak mengalami perkembangan sosial yang sepatutnya, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran dalam membina hubungan, mengurus emosi dan berinteraksi dengan berkesan dalam masyarakat.
Bagaimana untuk memupuk perkembangan sosial anak-anak? Kanak-kanak masih dalam proses perkembangan mereka, maka aktiviti yang hendak dilakukan itu mestilah mengikut fasa dan sesuai dengan umur mereka.
Aktiviti perkembangan sosial kanak-kanak 1-2 tahun
Bermain bersama
Libatkan kanak-kanak dalam permainan yang memerlukan penglibatan individu lain seperti menyusun blok atau permainan interaktif. Ini akan mengajar mereka tentang adab menunggu giliran dan berkongsi dengan orang lain.
Selain itu, ia juga boleh memupuk kemahiran komunikasi dalam perkembangan sosial kanak kanak 1-2 tahun.
Sesi bercerita
Sesi bercerita dan berdiskusi tentang karakter dan plot cerita boleh membantu anak mengembangkan pemahaman tentang emosi dan perspektif orang lain. Cara ini bagus untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Aktiviti muzik bersama
Menyertai kelas muzik atau bermain alat muzik sederhana seperti dram dan marakas bersama anak boleh membina kepekaan terhadap irama bersama dan sifat kerjasama.
Aktiviti perkembangan sosial kanak-kanak 4 tahun
Permainan peranan (roleplay)
Permainan peranan seperti berlakon sebagai doktor, guru atau chef membolehkan kanak-kanak mempraktikkan dan memahami pelbagai peranan sosial dan emosi. Ini juga baik untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Sukan dan permainan berkumpulan
Melibatkan anak dalam sukan seperti bola sepak atau permainan berkumpulan seperti ‘polis dan perompak’ boleh membina kemahiran kerjasama, mengurus kemenangan dan kekalahan.
Aktiviti seni bersama
Projek seni berkumpulan seperti melukis mural atau membuat kolaj boleh menggalakkan ekspresi diri dan penghargaan terhadap sumbangan orang lain. Ini cara terbaik untuk perkembangan sosial kanak kanak 4 tahun.
Aktiviti perkembangan sosial kanak-kanak 5 tahun
Permainan papan dan kad
Permainan papan (board game) dan kad yang sesuai seperti ‘UNO’, boleh mengajar anak untuk mengikuti peraturan, mengatur strategi dan berinteraksi secara positif dengan pemain lain.
Aktiviti sukarelawan
Melibatkan anak dalam aktiviti sukarelawan seperti membersihkan taman atau membantu di rumah kebajikan boleh memperkenalkan anak dengan konsep membantu orang lain dan empati sosial. Ini juga bagus untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Perkhemahan atau kelas kurikulum tambahan
Menyertai perkhemahan atau kelas seperti berenang atau seni bela diri akan membina kemahiran sosial dalam suasana yang lebih berstruktur bersama rakan sebaya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!