Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
Ads
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
Ads
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
Ads
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai ibu bapa, sering kali kita rasa kecewa apabila anak menolak makanan sihat. Ayat seperti “Tak tahulah anak aku ni bila nak makan sayur” atau “Haih, tak suka langsung makanan masakan rumah” mungkin kedengaran biasa, tetapi tanpa kita sedar, kata-kata itu boleh mempengaruhi anak secara tak langsung.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini bukan sahaja memberi panduan praktikal, malah mengingatkan kita untuk bermula dengan asas yang paling penting: doa dan niat.
Allah yang Maha Pengasih pasti ingin melihat usaha kita berjaya. Namun, usaha kita sebagai ibu bapa juga perlu disertai dengan pendekatan penuh kasih sayang dan komunikasi positif.
“Kita dah usaha ni, selebihnya tawakkal je lah. Tak tahulah Allah nak makbulkan ke tak. Hmmm.”
Ayat selalu didengar. Kita cuba ubah daripada sekarang. Bersangka baik pada Allah yang kebaikan dan cintaNya pada kita melebihi cinta ibu bapa kepada kita, melebihi cinta kasih kita pada anak. Boleh bayangkan ke hebatnya kasih sayang Allah?
Jadi, logik ke Allah yang penuh kasih sayang itu sengaja tak bantu kita?
Ingat selalu, dalam lakukan sesuatu, DAHULUKAN ALLAH. DOA HARUS JADI USAHA KITA YANG PERTAMA.
Usaha kedua, terpulanglah nak guna cara psikologi paling hebat di duniapun terpulanglah. Tapi, doa pada Allah harus jadi yang pertama. Jika Dia jadi yang terakhir? Mahukah kita jadi yang terakhir di sisi Allah? Taknak, kan? Jadi, mari kita ubah.
+ Zikir Ya Rahim (penyayang)
+ Zikir Ya Latif (lembut)
+ Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak dan roh kita sendiri. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
+ Makanan setiap kali memasak
+ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat. Dilindungi daripada yang sebaliknya. Niatkan dilembutkan hati kita untuk sentiasa gunakan kata-kata elok pada anak, bukan asyik komplen dan fokus pada kesalahan mereka saja.
YA, SANGAT PENTING: JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana? ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN. INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI. Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda. Jadikan dapur kita, tempat mencipta memori indah bersama.
Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa je yang tak suka dengan keletah kedua-dua orang anak pelakon cantik, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie. Adik-beradik ini seringkali membuatkan orang ramai terhibur dengan kecomela dan gelagat ‘out of the box’ mereka.
Bukan saja cerdik bahkan Hayder dan Endra suka bergurau antara satu sama lain dan setiap momen indah itu akan direkodkan oleh mama mereka.
Eyra ada memuatnaik sebuah video ketika membawa anak-anaknya ke kedai gunting rambut. Pada awalnya, rambut Endra agak panjang sehingga boleh diikat toncet. Ketika awalnya Endra kelihatan okay tetapi sebaik saja proses memotong rambut bermula, dia mula menangis.
Tonton video ini;
Mungkin kerana proses mengambil masa dan Endra mula rasa tak selesa sebab itulah dia menangis. Sepanjang proses memotong rambut, tak lepas lolipop dari mulutnya.
Lain pula kisahnya dengan Hayder kerana dia telah bersedia untuk potong rambut. Dia juga membuat permintaan untuk membuat potongan rambut seperti papa mereka. Ingin memujuk adiknya yang menangis, Hayder memuji Endra kerana berjaya memotong rambut.
Di penghujung video, Hayder dan Endra bergambar bersama dan pada waktu inilah ramai yag memberi komen wajah mereka nampak sangat serupa.
Tak lama pun Endra merengek, lama-lama dia pun dah okay dan nampak comel dengan rambut baru.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!