Tidak dinafikan mendidik anak zaman sekarang amat mencabar. Oleh itu, ramai antara kita mencari cara didik anak yang betul supaya mereka dapat dibentuk sejak kecil.

Malah untuk mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza pendekatannya.

Nak didik anak lelaki kena tahu caranya. Begitu juga yang diperkatakan oleh saudara Redza Zainol menerusi facebooknya.

Moga jadi panduan untuk kita mendidik anak-anak dengan istiqomah dalam era digital yang mencabar ini.

Ads

5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.

Sebelum Remaja, Pastikan Anak Lelaki Tahu 5 Perkara Ini Dari Ayah

1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
• Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.

Ads

2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
• Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan.
• Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.

3 Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya. Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.
• Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.

Ads

4 Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
• Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
• Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.

5 Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.
• Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sejak 30 tahun yang lepas, semakin ramai ayah yang rapat dengan anaknya.
Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diisi dengan ketakutan.

Sumber: Redza Zainol