
Pernah tak mak ayah suruh kita tolong kemas bilik, basuh pinggan atau sidai baju, tapi kita buat muka malas? Haa… lepas ni jangan pandang ringan tau, sebab rupanya rajin tolong mak ayah di rumah boleh buat kita jadi lebih hebat bila besar nanti!

Kenapa Rajin Tolong Mak Ayah di Rumah Penting?
Menurut satu kajian besar yang dikongsi oleh Public Health Malaysia, kanak-kanak yang mula membantu dengan kerja rumah sejak usia tadika sebenarnya jadi lebih yakin dan berjaya bila dah masuk sekolah rendah. Menarik, kan?
Hasil Kajian Tentang Anak Rajin Tolong Mak Ayah di Rumah
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics melibatkan hampir 10,000 murid. Hasilnya menunjukkan beberapa perkara yang sangat positif:
- Anak yang selalu bantu di rumah seperti kemas bilik, susun barang, atau cuci pinggan mempunyai keyakinan diri dan kemahiran sosial yang lebih tinggi.
- Mereka juga lebih cemerlang dalam akademik, termasuk dapat markah matematik yang lebih baik!
- Dan yang paling menarik, walaupun latar belakang keluarga dan pendidikan mak ayah berbeza, kesannya tetap sama, budak yang rajin bantu di rumah tetap lebih yakin dan berdikari.
Kerja Rumah Bina Keyakinan dan Empati
Sebenarnya, bila kita tolong buat kerja rumah, kita bukan sekadar bantu mak ayah. Kita sedang belajar tanggungjawab, empati, dan etika kerja. Semua nilai ni sangat penting bila kita besar nanti dan mula bekerja dengan orang lain.
Mulakan Dengan Perkara Kecil
Jadi, kalau mak suruh angkat kain atau sapu lantai, jangan merungut ya! Mulakan dengan perkara kecil sebab dari tugasan kecil tu lah lahirnya jiwa besar. Bila kita rajin dan rasa seronok bantu orang lain, keyakinan diri pun makin tinggi.
Rumah Adalah Tanggungjawab Bersama
Ingat, rumah bukan tempat untuk mak ayah je buat kerja. Rumah kita semua kena jaga sama-sama. Bila kita sama-sama rajin tolong mak ayah di rumah, suasana keluarga pun jadi lebih harmoni dan penuh kasih sayang.
Jadi, lepas ni kalau nampak mak tengah sibuk, bangun dan bantu. Kecil-kecil dah belajar tolong, besar nanti pasti jadi insan yang hebat dan yakin diri!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!





















