Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.
“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.
“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.
Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.
Ads
“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.
” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.
Ads
Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak
Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.
Ads
“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.
Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.
Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.
Apalah nilai ‘gelang emas’ jika nak dibandingkan dengan ilmu, jasa dan keprihatinan guru terhadap kita semua.
Sepanjang di sekolah, guru-guru inilah yang menjaga dan mendidik kita. Tempat kita bermanja sepanjang berada di sekolah.
Baru-baru ini, tular seorang rakan kita yang menghadiahkan gelang emas kepada 10 guru-gurunya.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,”
Alhamdullilah, rezeki buat para pendidik yang ikhlas memberikan kita ilmu.
‘Selamat Hari Guru’. Terima kasih kerana mendidik kami,.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, aktiviti bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak main mercun tanpa kebenaran kerana itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa sepanjang tahun ini, terdapat dua kes kecederaan akibat bermain mercun membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.
Di Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Di Kelantan pula, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” nasihatnya.
Katanya lagi, PDRM dan agensi keselamatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.
“Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun,” katanya.
Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai pusat perniagaan tetapi juga sebagai destinasi yang sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak. Berikut adalah beberapa tempat yang boleh anda kunjungi untuk memberikan pengalaman yang tidak terlupakan kepada anak-anak anda.
1. Aquaria KLCC
Terletak di pusat bandar, Aquaria KLCC adalah akuarium bawah air yang menawarkan pelbagai spesies laut dari seluruh dunia. Dari zon hutan hujan hingga lautan dalam, anak-anak dapat belajar tentang kepelbagaian biologi sambil melihat haiwan seperti jerung, ikan pari, dan lebih banyak lagi.
2. Petrosains, The Discovery Centre
Bagi anak-anak yang mempunyai minat dalam sains dan teknologi, Petrosains di KLCC menawarkan pelbagai pameran interaktif yang menggabungkan pembelajaran dan keseronokan. Pameran ini dirancang untuk memperkaya pengetahuan sains dengan cara yang menarik dan mengasyikkan.
3. KL Bird Park
Taman Burung KL, yang terletak di Taman Tasik Perdana, adalah rumah kepada lebih daripada 3,000 burung dari 200 spesies yang berbeza. Taman ini menawarkan pengalaman ‘Free-flight Walk-in Aviary’, di mana pengunjung boleh melihat burung-burung terbang bebas di sekitar mereka dalam suasana yang menyerupai habitat semula jadi.
4. KidZania Kuala Lumpur
KidZania menyediakan platform unik di mana anak-anak boleh meneroka pelbagai jenis kerjaya melalui permainan peranan yang realistik. Dari menjadi doktor, juruterbang, hingga chef, KidZania menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman praktikal yang memupuk kemandirian dan kreativiti.
5. Sunway Lagoon Theme Park
Taman tema ini menawarkan berbagai jenis tarikan, termasuk taman air, taman haiwan, dan zon permainan yang sesuai untuk segala usia. Sunway Lagoon adalah tempat yang sempurna untuk pengembaraan seisi keluarga yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.
Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan untuk menghiburkan anak-anak dengan cara yang mendidik dan menghiburkan. Dari belajar tentang dunia semula jadi hingga mengembangkan kemahiran baru melalui permainan peranan, pasti ada sesuatu untuk setiap anak-anak di ibu kota ini.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...