Korang tahu tak, macam mana nak jaga diri sebagai seorang kanak-kanak perempuan yang baik? Sebenarnya, ada beberapa ilmu asas penting yang kita kena belajar supaya kita tahu batas-batas yang perlu dijaga sebaiknya. Menjaga diri anak perempuan ini bukan sekadar tentang adab, tapi juga tentang hati dan maruah.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, anak perempuan digalakkan belajar ilmu-ilmu ini sebelum masuk usia remaja. Supaya bila besar nanti, kita jadi wanita yang menjaga maruah diri, atau orang panggil sebagai wanita yang ‘iffah. Jom tengok satu-satu, apa benda penting yang kita kena tahu.
1. Berani Rasa Malu Dengan Lelaki Yang Bukan Keluarga
Rasa malu itu bukan lemah. Rasa malu itu macam baju pelindung untuk hati kita. Bila kita jumpa lelaki yang bukan ayah, abang atau adik sendiri, kita kena jaga cara bercakap, cara duduk dan cara berpakaian. Bukan bermaksud kita tak boleh kawan langsung, cuma kita kena jaga adab.
2. Belajar Cakap “TIDAK” Bila Ada Benda Tak Elok
Kadang-kadang ada orang ajak buat benda yang buat kita rasa tak selesa. Contohnya, ajak tengok video pelik, sentuh tempat tak sepatutnya, atau bergambar cara yang memalukan. Sebagai anak perempuan, kita kena berani cakap “TIDAK” atau “NO”. Kita tak perlu ikut semua benda yang orang suruh, terutama kalau boleh jatuhkan maruah kita.
Ads
3. Tegas Dengan Orang Luar, Manis Dengan Keluarga
Dengan orang luar, kita kena belajar tegas. Kalau tak suka sesuatu, cakap elok-elok tetapi jelas. Tapi dengan mak, ayah dan keluarga, kita boleh tunjukkan kasih sayang, kelembutan dan senyuman. Itu tanda kita ada hati yang baik, tapi dalam masa sama pandai jaga diri.
4. Rasa Malu Itu Benteng Pertahanan
Dr Taufiq cakap, rasa malu itu benteng pertahanan terkuat seorang wanita. Bayangkan ada tembok besar yang jaga kita dari benda tak elok. Kalau kita jaga rasa malu, kita tak mudah buat benda yang memalukan diri sendiri, keluarga dan agama.
Ads
5. Ada Pendirian Agama Yang Kuat
Dunia sekarang banyak sangat pengaruh, kawan, media sosial, YouTube, semua bagi macam-macam idea. Sebab itu, anak perempuan perlu ada pendirian agama yang kuat. Bila hati kuat dengan agama, kita tahu mana satu betul, mana satu salah, walaupun semua orang lain buat sebaliknya.
Ads
6. Hanya Bergantung Pada Pencipta Kita
Kadang-kadang bila sedih atau takut, kita cari kawan untuk bercerita. Itu tidak salah. Tapi yang paling utama, kita kena belajar bergantung kepada Allah dulu. Doa, solat, mengadu pada Tuhan, semua itu buat hati kita rasa tenang.
7. Belajar Kawal Emosi Bila Marah Atau Sedih
Ada masa kita rasa nak menangis kuat-kuat. Ada masa kita marah sampai rasa nak jerit. Anak perempuan yang bijak akan belajar kawal emosi. Tarik nafas, diam sekejap, jangan terus balas atau buat keputusan waktu marah. Bila emosi tenang, barulah kita fikir dengan betul.
8. Tahu Diri Kita Cantik Di Mata Ibu Bapa
Kadang-kadang kita tengok orang lain di media sosial dan rasa, “Dia lagi cantik dari aku…” Sebenarnya, setiap anak perempuan itu cantik dengan cara sendiri. Dan di mata mak ayah, kitalah anak paling cantik dan paling berharga. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Yang penting, hati kita baik dan jaga maruah diri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang bayi, Fahry Nedzar yang mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar membuatkan wargamaya begitu kagum dengan didikan ibu dan ayahnya.
Berkongsi kisah bayi itu menerusi Sinar Harian, ujar ibunya Fatin Nur Sakinah Zolkifly, anak kecilnya itu mula lancar menyambung bacaan surah bermula usianya lapan bulan.
Tambahnya lagi, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.
“Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.
“Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’ tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.
“Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah. Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” katanya berkongsi.
Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr telah mendapat sembilan juta tontonan.
Menerusi rakaman tersebut, ramai yang bertanyakan apakah cara dan didikan kedua ibubapanya sehingga anak kecil itu lancar membaca surah.
“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.
“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.
“Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat,” jelasnya lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Memuji anak seharusnya menjadi perkara wajib buat kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak. Biar anak rasa dihargai sentiasa, lebih-lebih lagi bila anak menunjukkan prestasi dan sifat yang membanggakan.
Pun begitu, biarkan anak benar-benar termotivasi dan bersemangat dengan penghargaan dan pujian kita. Bukan separuh jalan.
Pujian yang bagaimana? Ini panduan yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim mengenai ini.
Ini 5 contoh cara beri pujian yang dapat tingkatkan intrinsic motivation anak. Rugi kalau hanya fokus pada extrinsic motivation.
Instrinsic motivation ialah yang menaikkan keyakinan diri & semangat tanpa jadi people pleaser.
Extrinsic motivation pula ada ketika jadi people pleaser sebab hanya dapat keyakinan & semangat bila ada orang puji & nampak perbuatan kita.
1. Jangan sebut pandai tapi sebut Alhamdulillah.
“Alhamdulillah kakak dah boleh membaca”
2. Jangan cakap macam ni la ibu suka, tapi sebut bangga.
“Bangganya ibu dengan abang..”
3. Jangan fokus pada markah atau A+ tapi fokus pada usaha & ketekunan.
“Inilah hikmah bila kita tekun usaha belajar dapat A+”
4. Jangan guna perkataan hebat atau terbaik tapi guna perkataan seperti mahir & potensi.
“Syukur abang dah mahir basuh pinggan sendiri..”
“Kakak memang ada potensi memanah ni”
5. Jangan puji kecantikan luaran sahaja tapi fokus juga kecantikan dalamannya.
“Baik hati kakak beri adik pinjam mainan kakak”
“Terima kasih abang sebab jaga adik masa ibu sibuk tadi”
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, team Bintang Kecil telah menyertai satu acara sukan sempena AKE ‘Fun Run Olympic Carnival’ di 99 Wonderland Park, Selayang.
Apa yang menariknya, kami telah menyertai kawan-kawan dari tadika Al Kauthar untuk menyumpul cop di setiap ‘check point’ yang ditetapkan bagi mendapatkan medal.
Haaa.. Nak tahu semput tak semput? Korang kena tengok video di bawah ini.
Kalau korang tak tahu, acara ini telah mendapat pengikhtirafan dari Malaysia Book of Records kerana menghimpunkan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia ketika ini.
Seronoknya kami sepanjang acara ini apabila melihat kesungguhan dan semangat kawan-kawan kita menghabiskan setiap cabaran yang diberikan.
Selain mengumpul cop, kami turut menari zumba dan melakukan pelbagai aktiviti di setiap booth yang disediakan.
Terima kasih Ak Kauthar kerana menjemput Bintang Kecil untuk turut merasai kemeriahan acara ini yang dirasmikan oleh dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketahui 5 filem paling seram di dunia berdasarkan kajian saintifik — lengkap dengan BPM, tahap stress dan scare level. Sinister, Host, Insidious dan lain-lain dibuktikan secara sains sebagai paling menakutkan!