Mendidik anak di zaman yang serba mencabar ini sememangnya tidak mudah. Banyak hal yang terpaksa mak ayah fikirkan dan timbang tarakan demi memastikan anak dalam keadaan yang baik dari segi fizikal mahupun mental.

Memastikan emosi anak-anak terjaga dengan baik juga antara yang wajib ibu ayah utamakan, semuanya demi memastikan kesihatan mental mereka tidak terjejas.

Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat!

Anak menjadi kurang keyakinan diri, lebih degil dan sentiasa berfikiran negatif merupakan antara salah satu kesan yang berlaku sekiranya emosi mereka terjejas.

Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat!
Miss Evelyn Ngui, Pakar Psikologi Klinikal dari Sunway Medical Centre, Bandar Sunway.

 

Menurut perkongsian Miss Evelyn Ngui, Pakar Psikologi Klinikal dari Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, bagi memastikan mental anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ibu bapa perlu memastikan aktiviti fizikal dan mental anak seimbang.

Ibu ayah perlu tahu bahawa kesihatan fizikal juga turut mempengaruhi kesihatan mental anak-anak. Apa yang ibu ayah perlu lakukan agar kesihatan mental ini seiring adalah dengan melakukan beberapa perkara berikut.

Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat!

Seimbangkan aktiviti fizikal dan mental

Ibu ayah perlu periksa kembali rutin harian anak-anak dan perlu pastikan aktiviti fizikal dan mental mereka seimbang. Jangan biarkan anak sentiasa belajar sahaja tanpa seimbangkan dengan aktiviti fizikal.

Ads

Biarkan anak ada masa untuk belajar, namun jangan abaikan aktiviti luar rumah untuk mereka lakukan. Wajib!

Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat!

 

Dengarkan luahan suara anak-anak

Ketika mendidik anak-anak, ibu ayah selalu terlupa untuk mendengar kemahuan anak-anak. Walaupun masih kecil namun mereka masih punya impian dan kehendak sendiri.

Sesekali dengarkan juga suara dan luahan dari hati anak-anak. Anak-anak sebenarnya mempunyai banyak perkara yang hendak dikongsi tetapi disebabkan kekangan masa ibu ayah membuatkan segalanya tersimpan kemas.

Ads

Bila suara hatinya didengari, anak-anak akan berasa lebih dihargai dan merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Emosi anak-anak juga secara tidak langsung akan lebih senang ditangani.

Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat!

Ajar anak tunjukkan emosi

Setiap kali anak rasa kecewa misalnya gagal mencapai markah yang bagus dalam ujian, ataupun kalah dalam pertandingan, didik anak untuk luahkan rasa kecewanya atau ketidakpuasan hatinya. Dengan cara ini anak akan merasa lebih didengari.

Ajar juga anak-anak untuk mengendali emosi mereka setiap hari. Jika berasa marah atau sedih, didik mereka untuk belajar mengawal emosi sebaiknya.

Stress Buat Mental Anak Terganggu

Ads

Tidak dinafikan tekanan sekeliling juga menjadi salah satu gangguan terhadap kesihatan mental dan emosi anak. Sama seperti orang dewasa, anak-anak kecil juga melalui hal yang sama.

Anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak mampu untuk meluahkan ekspresi dan rasa hati mereka, jadi disebabkan itulah ada anak yang tantrum dan mudah menangis jika kehendaknya tidak dipenuhi.

Orang sekeliling atau perubahan yang berlaku pada anak misalnya bertukar sekolah atau kawan-kawan juga akan memberi tekanan kepada anak-anak dan inilah salah satu punca anak mengalami stres.

Tekanan daripada ibu bapa, misalnya untuk mendapat markah yang baik juga membuatkan anak-anak tertekan, namun biasanya mereka tidak tahu cara untuk meluahkannya.

Petanda anak stress:

  • Tak gembira macam selalu
  • Selalu nampak anak main, melompat macam biasa tapi tiba-tiba menjadi pendiam.
  • Berubah watak dan mood.

Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat!

Apa mak ayah perlu buat?

Bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal anak dalam keadaan sihat dan baik, kedua-duanya perlu diseimbangkan namun belajarlah untuk mengenali anak dengan lebih baik.

  • Ketika menegur anak, sebaiknya cari waktu yang tenang sebelum menegur kesalahan anak. Bercakap dengan suara yang tenang boleh membuatkan anak tidak berasa gerun.
  • Bercakap dengan cara baik, luahkan emosi ibu ayah dengan jelas dan terangkan dengan sabar. Selitkan emosi dengan cara yang baik boleh membuatkan anak lebih faham apa yang cuba disampaikan.
  • Ibu ayah perlu konsisten dengan arahan, namun biarlah secara berhemah dan bukan dengan kekerasan.
  • Paling penting bagi memastikan emosi anak dalam keadaan yang baik, luangkan masa berkualiti dengan anak. Ajak anak untuk berbual dan kongsi pengalaman dengan mereka. Tunjukkan bahawa anda sentiasa bersedia untuk mendengar setiap cerita anak-anak.

Dalam apa jua keadaan, ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak-anak dan membentuk persekitaran yang sihat buat mereka. Oleh itu, penting untuk ibu bapa menjaga kesihatan mental dan fizikal sendiri supaya mereka dapat menjaga insan tersayang dalam jagaan mereka.