
Korang suka alam semula jadi tak? Setiap kanak-kanak berbeza-beza cara belajar. Ada kanak-kanak yang cepat faham bila dengar cerita. Ada pula yang lebih mudah belajar bila tengok gambar.
Tapi tahukah korang, ada juga kanak-kanak yang paling seronok belajar dengan alam.
Kanak-kanak seperti ini dikenali sebagai Naturalistic Learner.

Kadang-kadang orang dewasa tak perasan. Sebab kanak-kanak Naturalistic Learner nampak macam biasa saja. Padahal sebenarnya, mereka sangat peka dan sayangkan alam sekeliling.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, kanak-kanak Naturalistic Learner lebih mudah belajar bila berada di luar rumah berbanding duduk lama-lama di dalam rumah.
Jom kita dengar satu kisah ringkas yang mungkin biasa berlaku dalam kehidupan ramai mak ayah.

Bila Kanak-Kanak Asyik Meragam, Rupanya Rindu Alam
Seminggu ini, seorang ayah perasan anaknya sering meragam. Malam pula susah nak tidur.
Bila difikirkan semula, baru ayah tersebut sedar. Sudah lama dia tidak membawa anaknya itu keluar bermain.
Dulu, hampir setiap hari mereka keluar naik basikal menuju ke kebun pokok getah berhampiran rumah.
Di situlah anak itu mengutip biji getah, ranting kayu, dan daun-daun
yang mempunyai corak menarik untuk dibawa pulang.
Pada awalnya, ayah itu hanya terfikir, “Entah apa la yang anak aku ni main.”
Namun lama-kelamaan, beliau mula faham. Kanak-kanak itu sebenarnya seorang Naturalistic Learner.
Kanak-kanak Naturalistic Learner ni belajar dengan lebih cepat, lebih tenang dan lebih fokus apabila dikelilingi oleh alam semula jadi.
Apa Itu Naturalistic Learner?
Naturalistic Learner ialah kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan semula jadi
untuk belajar melalui persekitaran alam.
Mereka peka terhadap:
- Bunyi alam seperti burung dan serangga
- Tekstur daun, tanah, batu dan kayu
- Perubahan cuaca dan persekitaran
Bagi kanak-kanak Naturalistic Learner, alam bukan sekadar tempat bermain,
tetapi ruang pembelajaran yang sangat bermakna.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Naturalistic Learner
Kanak-kanak Naturalistic Learner biasanya suka:
✔️ Aktiviti yang boleh disentuh dan dilakukan sendiri
✔️ Bermain di luar rumah atau di luar bilik darjah
✔️ Belajar tentang binatang dan tumbuh-tumbuhan
✔️ Pegang daun, tanah, kayu dan batu
✔️ Memerhati serangga, awan dan perubahan alam
Jika korang nampak kawan-kawan atau kanak-kanak lain sangat tenang bila berada di luar rumah, mungkin inilah gaya pembelajaran mereka.
Idea Aktiviti Alam Untuk Naturalistic Learner
Nak bantu kanak-kanak belajar dengan lebih seronok?
Cuba aktiviti mudah ini:
- Main kad atau board game atas rumput
- Main anak patung di bawah pokok
- Berkebun bersama-sama
- Main lumpur atau mandi hujan
- Panjat pokok dengan pengawasan orang dewasa
- Main dengan ranting kayu dan daun
- Belajar memerhati bentuk awan
- Bawa mainan dari dalam rumah ke luar rumah
Aktiviti yang sama, tetapi dilakukan di tempat berbeza, akan memberi pengalaman belajar yang jauh lebih bermakna kepada kanak-kanak Naturalistic Learner.
Kenapa Main Di Luar Rumah Sangat Penting?
Kajian menunjukkan, kanak-kanak hanya memerlukan sekitar
10 minit sehari bermain di luar rumah untuk mendapat kesan positif kepada emosi dan tumpuan.
Namun realitinya, ramai kanak-kanak hari ini menghabiskan sehingga 7.5 jam sehari
menghadap skrin elektronik.
Lebih membimbangkan, satu daripada lima kanak-kanak hanya bermain di luar rumah
sekali sahaja dalam seminggu.
Keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi, tingkah laku serta keupayaan belajar kanak-kanak.
Tip Untuk Mak Ayah Sokong Naturalistic Learner
Mak ayah boleh membantu dengan langkah mudah:
✔️ Luangkan sekurang-kurangnya 20 minit,
3 kali seminggu bermain di luar rumah
✔️ Libatkan diri bersama kanak-kanak
✔️ Kurangkan tekanan dan hormon stres
✔️ Bantu kanak-kanak jadi lebih tenang
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







