Setiap anak ada perjalanan perkembangan mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, kita mesti faham bahawa membaca bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa terlalu awal. Ia perlukan masa, kesabaran, dan pendekatan yang sesuai dengan minat serta keperluan anak.
Apa yang lebih penting adalah memastikan asas perkembangan mereka kukuh sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Ramai ibu bapa mungkin risau bila anak belum pandai membaca pada usia tertentu, tapi sebenarnya ada banyak cara untuk membantu tanpa perlu memaksa. Dalam perkongsian Siti ‘Aisyah Rozalli menyatakan caranya membimbing anak membaca dengan kaedah yang santai tapi berkesan. Ia lebih kepada fokus membina asas yang kukuh, daripada mengharapkan hasil yang cepat.
Anak saya ni masa umur 6 tahun baru saya start betul-betul ajar dia membaca. Masa darjah 1 baru dia betul-betul pandai baca.
Apa yang saya buat sebelum tu?
1. Banyakkan perkataan dia
Kami ada rutin baca buku sebelum tidur masa waktu anak-anak 4 orang tu dalam fasa usia nak banyakkan vocab, dan kenal bahasa bertulis.
2. Pastikan dia ada kesedaran fonemik yang mencukupi.
Kami suka main teka-teka. “Apa benda yang mula dengan bunyi KE?” Anak-anak pun tekalah.
Kereta
Kerusi
Ke sana
Ke sini
Kentut (pastu gelak ramai-ramai).
Kesedaran fonemik ni penting untuk anak tu alert yang perkataan terhasil dari bunyi-bunyi yang digabungkan.
3. Pastikan anak ada kemahiran motor halus dan fokus mata yang mencukupi.
Main gunting-gunting.
Buat origami.
Main lukis-lukis.
4. Pastikan anak-anak boleh urus diri.
Ini sangat penting untuk perkembangan sosial-emosi. Anak yang ada kemahiran urus diri yang baik, ada motivasi yang lebih baik untuk belajar pelbagai skill.
5. Pastikan anak-anak suka buku, suka pensel.
Uuiiii… ramai tau sekarang anak-anak yang jadi “benci” buku dan pensel sebab dipaksa baca tulis dari usia kecil.
Anak-anak memang banyak main je masa kecil.
Anak kami yang no.2 & no.4 pandai membaca awal sikit. Sebab mereka sendiri yang paksa kami ajar mereka membaca. Tak sabar nak baca sendiri. Tunggu mama bacakan, kena tunggu malam tiba.
Begitulah…
Asas perkembangan tu penting.
Pastikan anak yang kita nak latih dia kuasai baca tulis tu dah kuasai asas-asas tersebut.
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli
.