Berbanding dulu, anak-anak kita sekarang menerima daya rangsangan cukup berbeza. Jika dulu, kanak-kanak teruja bermain kejar-kejar, lompat getah, atau main cop tiang pun seronok. Sekarang?
Mereka duduk diam, terpaku pada skrin. Ketawa bila tengok video, marah bila gadget diambil. Kenapa?
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Public Health Malaysia mengenai kebimbangan anak kecil kita yang semakin membimbangkan. Bantu anak kita untuk menikmati hidupnya.
Ads
Kanak-kanak yang terlalu banyak bermain gadget sering mengalami kelebihan rangsangan dopamin, menjadikan aktiviti biasa seperti bermain di taman, membaca buku, atau bersembang dengan rakan terasa TIDAK MENARIK.
Ads
Dopamin ialah bahan kimia dalam otak yang memberi rasa seronok dan ketagihan. Apabila anak-anak terlalu kerap mendapat ledakan dopamin dari skrin—sama ada melalui game, video pendek, atau media sosial—mereka mula kehilangan minat terhadap perkara yang lebih sederhana tetapi penting untuk perkembangan mereka.
Perhatikan anak-anak kita. Jika mereka mula cepat bosan, sukar fokus, atau hanya gembira bila ada gadget—mungkin mereka sudah terlalu bergantung pada skrin.
Ads
Apa yang boleh kita buat?
✅ Hadkan masa skrin secara perlahan.
✅ Galakkan aktiviti luar, biar mereka berpeluh & berimaginasi.
✅ Libatkan diri—baca buku bersama, bermain, berbual.
Awalnya, mungkin mereka mengamuk, bosan, merajuk. Tapi jika kita bertegas dengan penuh kasih sayang, mereka akan kembali menikmati dunia sebenar.
Bantu mereka merasai semula kegembiraan yang sebenar ❤️
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Musim kedua program realiti “The Chosen One” kini memasuki minggu kelima, dan kali ini para penonton teruja dengan kejutan tiada penyingkiran dilakukan! Keputusan ini menjadikan suasana lebih mendebarkan, dengan semua peserta berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka untuk persembahan minggu seterusnya.
Hebat Show Budak Flat Kiki!
Kiki Fateeha, anak didik Aepul Roza sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama. Persembahan lagu Budak Flat yang dipopularkan oleh Amran Ra bukan sekadar memikat hati juri tetapi juga penonton di rumah. Kiki, dengan gaya vokalnya yang unik membuktikan bahawa dia adalah pesaing yang perlu diperhatikan.
Datuk Awie. Beliau memuji kemampuan pitching Kiki, menegaskan bahawa suaranya tidak goyah walaupun memnyanyi sambil menari. Pujian turut diberikan kepada Aepul yang berjaya mengeluarjan potensi hebat Kiki.
Juri jemputan yang juga merupakan komposer hebat, Ajai, turut memberi kredit kepada persembahan penyanyi cilik tersebut.
Atikah & Azry Tak Kurang Hebat
Selain itu, Atikah Rose yang membawakan lagu Problems dan Haa Tepuk berjaya mendapat kedudukan tempat kedua. Kata Datuk Awie, dia dapat melihat tenaga dan aura anak didik Adira Suhaimi ini berbeza dari persembahan sebelumnya.
Azry pula mendapat tempat ketiga dengan percaturan mempersembahkan nyanyian lagu Standing Next To You oleh Jungkook BTS. Kata Ajai, suara Azry sangat jarang didengari dan mengatakan bahawa dirinya seorang yang ‘gifted’.
Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week
Para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran setiap minggu selepas rancangan ini tamat melalui laman we www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
Untuk pengetahuan, The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah ini memaparkan sebuah cerita seram sekaligus menghibur yang berkisar pada penggunaan toyol untuk mencapai kekayaan dan kemudahan dalam hidup. Dikisahkan, terdapat beberapa insiden di mana orang-orang mengalami kehilangan duit dan barang akibat perbuatan makhluk halus ini.
Berawal dari sebuah sekolah di mana kejadian misteri mula terjadi seperti kehilangan duit dan barang-barang milik orang.
Pada suatu malam, seorang petugas merasa ada sesuatu yang tidak kena dan melihat kelibat makhluk halus yang mencurigakan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, mereka memutuskan untuk menangkap toyol tersebut.
Berujung dengan penangkapan toyol yang ternyata adalah makhluk kecil berwarna merah, yang telah banyak mencuri barang dan duit. Cerita ini mengajarkan tentang pentingnya usaha dan kerja keras dalam mencapai kekayaan, bukan melalui cara-cara yang tidak baik seperti menggunakan toyol.
Kisah ini mengajarkan kita bahawa kekayaan dan kemudahan hidup yang didapatkan melalui cara yang tidak benar tidak akan membawa kebahagiaan yang sejati. Kita harus selalu berusaha dengan cara yang halal dan baik untuk mencapai tujuan kita dalam hidup
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja selesai program Talk To My Manager, Amad Dayyan langsung tak toleh belakang lagi! Terus je dia melangkah ke dunia muzik dengan penuh yakin. Dan paling best, Amad Dayyan baru-baru ini melancarkan single pertama dia yang bertajuk “Mendewasa”.
Lagu ni memang bukan biasa-biasa tau. Lagu ni cerita tentang perasaan seorang remaja yang sedang membesar dan cuba faham dunia sekeliling yang kadang-kadang nampak senang, tapi sebenarnya penuh cabaran. Bila dengar je lagu ni, boleh rasa betapa jujurnya penyampaian dia. Serius, korang yang tengah melalui fasa perubahan hidup confirm akan rasa dekat dengan setiap bait lirik.
Kalau korang pun tengah membesar dan kadang rasa keliru, takut atau tak ready nak jadi orang besar… lagu ni memang masuk straight dalam hati! Bukan setakat lirik yang dekat di hati, tapi cara Amad menyampaikan perasaan tu memang padu. Tak berlebih, tak kurang, just nice.
Dan untuk lagu pertama ni, terus dapat sentuhan power daripada Omar K dan Shazriq Azeman. Diorang ni antara komposer muda yang selalu hasilkan lagu-lagu best. Power gila kan? Lagu debut pun dah dapat team hebat! Ini menunjukkan keyakinan industri muzik terhadap bakat Amad sendiri. Tak hairanlah kenapa Amad Dayyan kedengaran matang walaupun ini baru percubaan pertamanya.
Pemilihan komposer yang tepat juga buatkan lagu ini kedengaran lebih kemas dan profesional. Dari susunan muzik, vibe remaja yang mendalam, sampai gaya penceritaan dalam lirik semua kena dengan jiwa lagu ini. Korang yang minat muzik santai atau emotional pop memang akan repeat banyak kali!
Amad sendiri kata lagu ni memang dekat sangat dengan diri dia.
“Saya memang minat sangat dengan lagu ni sebab lagu ni kena sangat dengan diri saya sendiri. Lagu ini sebenarnya tentang perasaan takut nak jadi dewasa nanti, takut nak buat apa.
Kepada peminat Amad semua, terima kasih kerana support Amad. Korang kena dengar lagu ni,” ujar Amad.
Awww, sweet gila. Kita pun rasa macam faham perasaan dia. Bila dengar suara dia sambil baca luahan ni, memang terasa sangat perjalanan pendewasaan tu.
Suara Amad dalam lagu “Mendewasa” memang jadi punca kenapa lagu ni sedap gila nak dengar. Dari awal je, suara dia yang lembut terus buat hati rasa lapang macam kena angin sepoi-sepoi. Lepas tu bila dia mula masuk corus, suara merdu dan mendayu-dayu dia tu buat kita rasa macam… eh, abang ni tengah cerita rahsia hati dia kat kita ke? Serius sedap!
Lagi best sebab suara Amad ni memang kena betul dengan vibe lagu Mendewasa yang penuh perasaan budak remaja yang tengah belajar jadi besar. Lirik dia pula senang faham, terus melekat dalam kepala. Bila korus masuk, korang akan automatik teringat zaman sendiri yang tengah mencari diri. Memang related habis.
Lagu Amad Dayyan bukan sekadar lagu pop biasa. Ia macam satu perjalanan emosional yang bawa korang ke memori lama, sambil bagi rasa semangat baru. Lagi-lagi kalau korang tengah struggle nak faham diri sendiri atau tengah masuk alam dewasa yang penuh persoalan. Lagu ni boleh jadi soundtrack hidup korang!
Selain tu, produksi yang kemas dan penyampaian jujur buat lagu ni mudah dinikmati semua peringkat umur. Tak kira korang pelajar, dah bekerja atau tengah melalui fasa perubahan hidup, lagu ni beri vibe tenang tapi menusuk.
Dengan kualiti vokal yang mantap, lirik yang relatable dan muzik yang smooth, tak hairanlah ramai yang mula tertarik dengan bakat Amad.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!