Ads

Keliru Nak Pilih Kokurikulum Tahun 4? Pilih Aktiviti Paling Sesuai Dengan Diri!

Masuk Tahun 4, korang bukan saja belajar subjek baru, tapi juga mula buat satu keputusan penting iaitu memilih kokurikulum Tahun 4.

Haa… yang ni selalu buat budak-budak pening sikit.

Nak masuk sukan ke?
Badan beruniform ke?
Atau kelab yang boleh buat aktiviti fun-fun?

Jangan risau! Ini tip untuk semua supaya tak salah pilih kelab dan badan beruniform mana yang disukai.

Keliru Nak Pilih Kokurikulum Tahun 4? Pilih Aktiviti Paling Sesuai Dengan Diri!

Tanya Diri Sendiri, “Aku Suka Buat Apa?”

Sebelum ikut cakap kawan atau sekadar ikut-ikut saja, cuba tanya diri sendiri dulu. Ini langkah paling penting bila nak pilih kokurikulum Tahun 4 yang sesuai.

Korang jenis macam mana?

  • Suka berlari, melompat dan bergerak aktif?
  • Suka melukis, menulis atau buat benda kreatif?
  • Suka disiplin, pakai uniform dan belajar kawad?

Kalau suka bergerak, sukan atau permainan memang sesuai dengan diri korang.
Kalau suka seni dan idea, kelab atau persatuan pun best.
Kalau suka cabaran dan disiplin, badan beruniform memang ngam!

Keliru Nak Pilih Kokurikulum Tahun 4? Pilih Aktiviti Paling Sesuai Dengan Diri!

Kenal 3 Jenis Kokurikulum Di Sekolah

Untuk murid Tahun 4, biasanya sekolah sediakan tiga jenis kokurikulum utama. Kenal dulu, baru senang nak buat pilihan.

Ads

Sukan & Permainan

Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, olahraga dan banyak lagi.

Aktiviti ni sesuai untuk murid yang aktif, suka bergerak dan tak takut berpeluh. Selain sihatkan badan, sukan juga ajar semangat berpasukan dan disiplin masa.

Kelab & Persatuan

Contoh: Kelab Bahasa, Kelab Sains, Kelab Seni, Kelab Komputer.

Kelab dan persatuan sesuai untuk murid yang suka berfikir, bercakap, mencuba idea baru dan buat projek bersama kawan-kawan. Kokurikulum Tahun 4 jenis ini bantu tingkatkan keyakinan diri.

Badan Beruniform

Contoh: Pengakap, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Badan beruniform pula sesuai untuk murid yang suka belajar disiplin, kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan. Banyak aktiviti luar kelas yang menyeronokkan juga!

Ads

Keliru Nak Pilih Kokurikulum Tahun 4? Pilih Aktiviti Paling Sesuai Dengan Diri!

Jangan Ikut Kawan 100 Peratus!

Memang seronok kalau dapat satu aktiviti dengan kawan baik. Tapi ingat, minat setiap orang tak sama.

Kalau kawan pilih bola sepak tapi korang tak suka berlari, nanti cepat penat dan bosan. Akhirnya, kokurikulum Tahun 4 yang sepatutnya menyeronokkan jadi beban.

Pilihlah aktiviti yang buat korang rasa gembira dan tak sabar nak datang setiap minggu.

Fikir Juga Badan & Masa Korang

Setiap murid ada tahap tenaga dan jadual yang berbeza. Kalau korang cepat penat, pilih aktiviti yang tak terlalu lasak.

Kalau korang ada kelas tambahan, pilih kokurikulum Tahun 4 yang tak buat korang stres atau terlalu padat. Ingat, kokurikulum bukan untuk menyusahkan, tapi untuk gembirakan diri dan belajar benda baru.

Ads

Keliru Nak Pilih Kokurikulum Tahun 4? Pilih Aktiviti Paling Sesuai Dengan Diri!

Boleh Tanya Cikgu & Mak Ayah

Kalau masih keliru, jangan pendam sorang-sorang.

Cuba tanya:

  • Cikgu aktiviti mana sesuai dengan diri korang
  • Mak ayah pula boleh bantu bagi pandangan dan sokongan

Kadang-kadang orang dewasa nampak bakat kita yang kita sendiri tak perasan.

Ingat Ini!

Kokurikulum bukan sekadar dapat markah dalam laporan sekolah.

Ia tempat korang belajar:

✔️ Berkawan dan bekerjasama
✔️ Berani cuba benda baru
✔️ Jadi lebih yakin dengan diri sendiri

Tak kisah apa pun pilihan kokurikulum Tahun 4 korang, yang penting buat dengan gembira, konsisten dan bersungguh-sungguh.

Selamat memilih kokurikulum, hero dan heroin Tahun 4!

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Peperiksaan UPSR & PT3 Kembali Semula? 

UPSR dan PT3 kembali dibincangkan dalam sistem pendidikan negara. Fahami sebab, pandangan ibu bapa dan fokus sebenar Kementerian Pendidikan Malaysia.