Bila anak mengadu sakit atau tidak selesa, mak ayah jangan abaikan sahaja. Cuba periksa mana tahu ada benda yang tidak kena dengan anak.
Perihal seorang kanak-kanak yang mengadu sakit telinga kepada ibunya membuatkan ramai yang merasa ngeri. Mana tidaknya sakit telinga yang dialami oleh kanak-kanak itu rupanya kerana kutu babi yang sudah bersarang di dalam telinga.
Hal itu dikongsikan oleh ibunya, Aqila Nasir mendedahkan pengalaman ngeri apabila seekor kutu babi bersarang dalam telinga anak perempuannya, Hayfa.
“Anak mengadu sakit telinga, bila doktor check rupa-rupanya kutu babi dah bersarang dalam telinga!
Ads
“Ngeri tengoknya, naik bulu roma,” tulisnya di kapsyen.
“Ibu bapa kat luar sana kalau anak mengadu sakit, jangan ambil sambil lewa,” ujarnya.
Aqila yang membuat pemeriksaan ke sebuah klinik membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik lain untuk pemeriksaan lebih terperinci dan hasilnya, doktor mendapati kutu babi itu berada dalam telinga anaknya bersama dengan telur-telur berwarna hitam.
Ads
Jelasnya lagi, dia tak tahu punca keberadaan kutu babi itu di dalam telinga anaknya namun akui anak perempuannya itu gemar bermain dan membelai kucing-kucing liar.
Ads
“Mungkin sebelum-sebelum tu dia tak rasa sangat sebab pain tolerance dia memang tinggi. Sebab tu ayah dia cakap, kalau Hayfa cakap sakit maksudnya serious case.
“Doktor dah cakap awal-awal, masa nak tarik ni memang sakit sangat ye. Sebab kaki kutu babi ni mencengkam kulit, jadi kulit akan terkoyak sikit.
“Tapi, telinga ke hidung kalau luka, sakit dia memang tak boleh bawa bincang. Doktor cuci sekali taik ke telur hitam-hitam tu sebab dia kata kalau tak bersih boleh jadi infection juga. Memang bersih doktor cucikan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Aqila menyeru kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak mengambil ringan sekiranya anak mengadu sakit di bahagian anggota badan mereka.
Usahawan, Shuib tampil mendedahkan keadaan anak bongsunya, Ayash Affan yang rupanya mempunyai masalah pada bahagian kanannya.
Akui Shuib, tangan anaknya itu kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di akaun Tik Toknya bersama Ayash.
Tambah Shuib lagi bukan hanya tangan kanan bahkan ketika dilahirkan, Ayash tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan oksigen dah itu turut memberi kesan kepada perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya pasal tangan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru, barulah dia boleh bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa berfungsi,” katanya berkongsi.
Tambah Shuib lagi, bukan hanya tangan kanan anaknya itu yang sentiasa dalam keadaan menggenggam bahkan sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu.
Bapa kepada empat cahaya mata ini bagaimanapun amat bersyukur melihat perkembangan Ayash yang semakin baik.
“Tapi sekarang alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu dia banyak genggam tangan, sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat menyenangkan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayash terpaksa dilahirkan lebih awal kerana Allahyarhamah Siti Sarah yang terpaksa ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat Covid-19.
Kanak-kanak mana yang tidak suka makan gula-gula dan jajan berbentuk manis. Walaupun tanpa diajar atau dibelikan, inilah yang menjadi kesukaan mereka sepanjang masa.
Jangan dibiasakan atau terlalu kerap biarkan anak makan makanan manis. Lebih baik tak perlu diperkenalkan kepada mereka kerana ia bersifat ‘ketagih’.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, gula boleh memberi kesan buruk kepada anak kecil kita. Jadi sebaiknya elakkan gula-gula, coklat, jajan dan sebagainya.
Sekali anak makan coklat dan gula-gula, sampai bila pun diorang pergi kedai akan tunjuk nak benda tu. Gula ni ketagih. Anak tak lupa rasa dia. Sekali makan, pasti nak lagi. 6 kesan buruk gula pada anak. Ibu ayah ambil perhatian ya.
1. Gula ni addictive. Macam nikotin (rokok), morfin dan heroin. Perit nak sebut dadah, tapi itulah fakta yang kita kena terima. Beri kesan pada otak anak.
2. Gula naikkan paras insulin dalam darah. Ganggu hormon anak, biasanya kita akan mula perasan kesannya bila anak meningkat remaja. Atau ada yang lebih awal.
3. Gula naikkan paras glukos dalam darah dan ketidakstabilan insulin, risiko kencing manis usia muda dan PCOS sangat tinggi untuk anak kita.
4. Gula bantu penghasilan hormon ghrelin dengan lebih banyak, ini namanya hormon lapar. Anak asyik nak makan je. Makin lama, makin bertambah berat badan.
5. Gula merubah fungsi sel dalam tubuh. Tak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna seperti biasa.
6. Gula rosakkan gigi anak. Nak gigi anak cantik, kena start kurangkan makanan tinggi gula pada anak.
Kita usaha sama-sama ya. Tak ada baiknya pun makan minum tinggi gula buat anak. Berpada, jangan berlebihan.
Cemas juga bila dapat soalan tak disangka-sangka dari anak lelaki yang masih kecil. Keadaan ini mungkin normal tapi bagi anak lelaki, dia pastinya keliru dengan tubuh badan sendiri.
Bagi mak ayah yang buntu dengan pertanyaan anak, ini panduan yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
“Ayah, kenapa kemaluan saya mengeras pada waktu pagi?”
Jika anak sudah meningkat dewasa dan sudah mula ada morning erection, langkah terbaik adalah dengan menjelaskan kepadanya mengapa ia berlaku.
1. Proses biologi semula jadi
Alat sulit lelaki mengeras pda waktu pagi adalah satu fenomena semula jadi yang berlaku kepada hampir SEMUA lelaki sebagai sebahagian daripada fungsi tubuh normal.
2. Menunjukkan tubuh badan sihat
Ia adalah satu tanda bahawa sistem saraf dan peredaran darah berfungsi dengan normal.
3. Hormon dewasa meningkat
Morning erection berlaku semasa tidur, terutamanya semasa fasa tidur. Ketika ini, tubuh lelaki menghasilkan lebih banyak hormon testosteron, yang boleh menyebabkan ereksi
4. Pundi kencing penuh
Morning erection juga boleh disebabkan oleh kandung kencing yang penuh. Tekanan dari pundi kencing yang penuh boleh merangsang saraf yang menyebabkan ereksi
Owh ya, morning erection BUKAN akibat ransangan seksual seperti melihat gambar yang tidak elok. Dengan menjelaskan bahawa morning erection adalah proses biologi semula jadi, anda dapat membantu anak memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan normal, BUKAN akibat tindakan yang salah atau tidak baik yang memalukan.
*Ketiadaan morning wood tidak semestinya bermaksud seseorang itu tidak sihat, tetapi jika ia berlaku secara berterusan dan disertai dengan gejala lain, lebih baik dapatkan pemeriksaan.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...