Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami masalah mild slipped disc.
Menurut perkongsian Ayda menerusi Instagramnya, dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang sebelum menjalani pemeriksaan dan disahkan mempunyai masalah pada tulang belakang.
“Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap.
Ads
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat,” kongsinya menerusi Instagram.
Masih menerima rawatan, hantaran terbaru yang dimuatnaik semalam mengundang rasa sebak wargamaya.
Ads
Rindu dukung anak
Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa rindu untuk mengendong dan memeluk anak-anak tercinta, Nayla dan Aali.
Ads
“Rindu nak dukung Nayla and Dedek. Mama promise jaga diri then I can carry you guys lagi okay?
“If not, Nayla and Dedek jela dukung mama bila mama tua,” katanya menerusi kapsyen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setiap Ayda turut mendoakan agar cepat sembuh dan dapat kembali bersama anak-anaknya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Tiga beradik itu ditemani bapa mereka, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu lain mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga beradik itu juga begitu teruja untuk bersunat malah bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menjalani prosesnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
“Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
“Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami,” kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak kamu tertanya-tanya kenapa rambut boleh tumbuh semula walaupun dah dipotong pendek? Setiap kali pergi ke kedai gunting rambut, rambut yang dipotong tetap akan panjang balik selepas beberapa minggu. Ajaib kan? Tapi sebenarnya semua itu ada penjelasan sains!
Ramai orang fikir rambut tumbuh dari hujung, tapi sebenarnya rambut tumbuh dari akar rambut yang ada di bawah kulit kepala kita. Akar rambut ni berada dalam folikel rambut, sejenis kantung kecil yang menjadi “kilang” rambut. Di sinilah rambut baru mula terbentuk dan tumbuh keluar melalui kulit kepala. Itulah sebab utama kenapa rambut boleh tumbuh semula selepas dipotong.
Di dalam folikel rambut, terdapat banyak sel hidup yang membahagi dengan cepat. Sel-sel ini menghasilkan keratin, iaitu sejenis protein yang sama digunakan untuk membentuk kuku dan lapisan luar kulit. Bila sel-sel baru tumbuh, sel lama akan ditolak ke atas dan keluar dari kulit kepala sebagai helai rambut yang kita nampak. Proses inilah yang memastikan rambut sentiasa tumbuh dan menunjukkan kenapa rambut boleh tumbuh semula secara semula jadi.
Sebenarnya, rambut kita tak tumbuh tanpa henti. Ia melalui tiga peringkat utama yang menentukan kenapa rambut boleh tumbuh semula selepas gugur:
Selepas rambut gugur, folikel yang sama akan mula hasilkan rambut baru semula. Proses ini berulang-ulang, sebab itulah rambut boleh tumbuh balik walaupun telah digunting atau gugur secara semula jadi.
Pemakanan dan kesihatan tubuh memainkan peranan penting dalam menentukan kenapa rambut boleh tumbuh semula dengan sihat. Bila kamu makan makanan sihat seperti sayur, buah, ikan, dan telur, akar rambut akan dapat banyak nutrien. Nutrien ini penting untuk menghasilkan rambut yang kuat dan cepat tumbuh.
Namun, jika badan kekurangan zat seperti protein, zat besi, atau vitamin B, rambut boleh menjadi mudah gugur dan lambat tumbuh semula. Jadi, jaga pemakanan supaya folikel rambut terus aktif menghasilkan rambut baru.
Kesimpulannya, kenapa rambut boleh tumbuh semula ialah kerana akar rambut di bawah kulit kita masih hidup dan terus bekerja menghasilkan rambut baru. Folikel rambut bertindak seperti kilang kecil yang tak pernah berhenti berfungsi. Hebat kan tubuh manusia? Walaupun kita potong rambut berkali-kali, folikel rambut tetap tahu tugasnya iaitu untuk tumbuhkan rambut baru semula!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Masuk Tahun Satu bukan perkara kecil tau. Bukan dapat pakai uniform besar sikit dan bawa beg berat semata tapi tentang bersedia belajar, berkawan dan jaga diri sendiri.
Ramai ibu bapa fikir, bila anak dah cukup umur, automatik anak dah boleh ke sekolah. Hakikatnya, ada banyak perkara lain yang menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu benar-benar bersedia atau masih perlukan masa.
Jom kita tengok sama-sama, apa tanda-tanda budak dah bersedia ke sekolah.
Bahagian ini berkaitan dengan keupayaan berfikir, fokus dan asas pembelajaran awal.
Korang boleh tanya diri sendiri:
✔️ Boleh ikut arahan 2 atau 3 langkah
Contoh cikgu cakap, “Ambil buku, letak atas meja, lepas tu duduk.”
✔️ Boleh fokus buat satu benda lebih kurang 15 hingga 20 minit
Tak asyik bangun, lari atau main benda lain.
✔️ Kenal huruf ABC, nombor 1 sampai 10 dan warna asas.
✔️ Tahu pegang pensel dengan betul walaupun tulisan belum cantik.
✔️ Suka tanya soalan macam “Kenapa?” dan “Macam mana?” sebagai tanda minat belajar.
Kalau banyak yang korang boleh buat, itu tanda otak dah mula bersedia menerima rutin pembelajaran di sekolah rendah.
Sekolah bukan belajar sorang-sorang. Kita akan berada dalam persekitaran baru bersama ramai kawan dan cikgu.
Tanda-tanda emosi dan sosial yang baik termasuk:
✔️ Boleh berpisah dengan mak ayah tanpa menangis terlalu lama.
✔️ Boleh bermain bersama kawan, tunggu giliran dan berkongsi barang.
✔️ Boleh menyebut perasaan seperti “saya marah” atau “saya sedih” tanpa mengamuk.
✔️ Tak mudah putus asa bila kerja sekolah susah atau silap buat.
✔️ Boleh ikut peraturan mudah dalam kelas seperti angkat tangan dan beratur.
Bahagian emosi ini sangat penting kerana anak yang emosinya stabil lebih mudah menyesuaikan diri di sekolah.
Cikgu ada ramai murid dalam satu kelas. Sebab itu, kanak-kanak perlu ada kemahiran asas urus diri sendiri.
Cuba tengok senarai ini:
✔️ Boleh pergi tandas sendiri.
✔️ Boleh makan sendiri tanpa perlu disuap.
✔️ Boleh pakai dan buka kasut sendiri.
✔️ Tahu jaga beg sekolah, botol air dan barang peribadi.
✔️ Badan cukup kuat untuk duduk belajar beberapa jam walaupun dengan rehat.
Kemahiran fizikal ini membantu anak rasa yakin dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Kemahiran komunikasi membantu anak faham apa yang cikgu ajar dan bergaul dengan kawan. Tanda komunikasi yang baik ialah:
✔️ Boleh bercakap menggunakan ayat penuh.
✔️ Boleh bercerita semula apa yang berlaku sepanjang hari.
✔️ Berani bertanya bila tidak faham.
✔️ Boleh menjawab soalan orang dewasa dengan jelas.
✔️ Faham arahan asas dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Ini semua membantu proses pembelajaran berjalan dengan lebih lancar.
Tak bersedia pada umur enam tahun bukan bermaksud gagal.
Yang penting bukan cepat masuk sekolah, tetapi bersedia masuk Tahun Satu dengan gembira, yakin dan emosi yang stabil.
Bila dah benar-benar bersedia, proses belajar akan jadi lebih seronok dan kurang tekanan.
Korang semua hebat dengan cara korang sendiri!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!